Artikel pertama saya diterbitkan!

hehehe.. hari ni saya nak tulis 2 entri..

jarang- jarang berlaku tu...
bukan sebab saya ada banyak sangat masa lapang..
bukan sebab saya boring tak tahu nak buat apa
saya masih tetap sibuk sepertimana saya yang biasa

tapi saya nak tulis 2 entri hari ni sebab saya sangat gembira!
sedang saya menulis entri pertama berkaitan peraturan baru bank negara tadi, tiba-tiba saya terima satu emel
emel dari tuan Aqif dari majalahniaga.com mengatakan beliau telah terbitkan artikel yang saya hantar kepadanya sebelum ini.

wahhhhhhh!!!
mulut saya terlopong sebentar buat seketika...
dan kemudiannya menjerit dlm hati dan luahkan di status FB saya!
heeeee....

ini artikel saya




utk kawan2 yang belum pernah melayari majalahniaga.com, biar saya bagi intro sedikit
majalah niaga merupakan satu majalah elektronik berkaitan keusahawanan.
diuruskan oleh Flarebiz Network Sdn Bhd
mereka terbitkan artikel di dalam e-magazine ini dan terbitkan satu versi yang boleh dimuat turun setiap 3 bulan.
dan sehingga kini ada ramai tokoh2 tempatan dan penulis buku kita yang menulis di situ
antaranya pakdi, eruwan gerry, mazlan mohamad dan ramai lagi.
menarik kan!

jadi hari ni saya sangat gembira kerana buat pertama kali dalam hidup saya, artikel yang saya tulis dan hantar kepada pihak lain diterbitkan.
yelah selama ni saya menulis di blog sendiri saja...
memang saya sangat teruja!

insya Allah, penulisan saya takkan berhenti di sini
saya akan semakin bersemangat untuk menulis
sama ada di blog saya sendiri atau di majalah atau penerbitan lain, saya harap ia akan berterusan.

hm.. dan ini menerangkan sendiri kenapa saya menukar semula nama saya
dari nama pena eun-yong
kepada nama sebenar saya semula, rohaniah noor

terima kasih tak terhingga kepada tuan Aqif kerana memberi saya peluang
terima kasih majalahniaga.com kerana mencatat sejarah hidup saya
terima kasih semua pembaca blog saya yang menyebabkan saya terus ingin menulis

apa yang berlaku hari ini betul2 buat saya bersyukur dan teruja!


Share:

6 ulasan:

ojah berkata...

ya setuju sangat2.. rohaniah noor tu dah jadi satu branding bagi blogger pelabur hartanah wanita berjaya :)

rohaniah noor berkata...

hehehe.. yelah.. sabelum ni ingat nak low profile tp sejak jumpa tuan zamri, beliau cadangkan saya gunakan semula nama saya. tu yang sejak minggu lepas saya ubah semula nama profile saya kepada rohaniah noor.
terima kasih ojah.. kita tak pernah bertemu muka tp kita sentiasa bertemu dan menyokong satu sama lain di alam cyber :)

ctfarazila berkata...

Tahniah! Teruskan menulis... ;)

rohaniah noor berkata...

heeee... terima kaisih fara!

kupaslaroren berkata...

cayalah kak anie...teruskan menulis..

eh kata bangga jadi anak Malaysia...kenapa nak guna nama korea tu hik2..

Rohaniah Noor kan terbaek :)

rohaniah noor berkata...

niza, ceritanya begini. nama blog ni diilhamkan dr drama korea spring waltz. muzik waltz ost drama tu adalah video klip pertama diletakkan di blog ini dulu. so eun-yong adakah nama heroin citer tu lah.. wpun i tak secute heroin tu, tp kira mcm ambik berkat lah.. hehehehe

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog