• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Bumi Lot - untung atau rugi besar?


Semalam artikel saya diterbitkan lagi di majalahniaga.com
alhamdulillah.. terima kasih team majalahniaga.com terutama kepada tuan aqif kerana sudi menerbitkannya
artikel berjudul 'Bumi Lot- Untung atau Rugi Besar' saya tulis untuk menerangkan untung ke beli rumah bumi lot ni...

nak tahu, mari lah baca

Share:

Kerjasama Tabung Kebajikan NSTP dan masalah bayi arteri terbalik

Salam hari sabtu

saya nak kongsikan antara perkembangan terbaru projek Lend a Helping Hand 2011 kami


pihak tabung kebajikan NSTP sudi datang untuk penyerahan cek sumbangan itu nanti
mereka juga akan sediakan slide untuk sedikit pengisian acara penutup nanti
saya juga perlu maklumkan kepada mereka berapa jumlah kutipan beberapa hari sebelum sesi ini berlangsung
wah... terima kasih!

jadi kawan2, mana yang dah register tapi belum buat bayaran, saya harap dapat buat bayaran segera
sebab duit tu lah yang akan saya kumpul sebagai sumbangan
setakat ini dah ada 10 orang yang mendaftar tapi baru sorang yang buat bayaran.

dan bagi yang belum mendaftar, saya seru marilah datang beramai2
kita berjumpa, kita belajar ilmu pelaburan hartanah dan kita menderma untuk mereka yg kurang bernasib baik di luar sana

untuk mendaftar, isi sahaja borang ini
kemudian kami akan hubungi untuk cara pembayaran
kemudian boleh lah kawan2 buat bayaran seperti yang dinyatakan nanti




berita terkini: sumbangan diperlukan untuk seorang bayi yang mengalami masalah bayi terbalik
bayi berumur 50 hari bernama Siti Fatimah memerlukan rm 45K untuk pembedahannya
boleh baca artikel penuhnya di sini




marilah kawan2...
kalau anda boleh bayar duit deposit rumah sampai 10K, 15K
boleh juga kena tipu sebab beli rumah tanpa ilmu sampai hangus 1k - 5K
apalah sangat rm88 untuk kita sumbangkan kepada mereka

harap kita akan berjumpa nanti
Share:

memang takde penalti ke?

Bila saya menulis tentang peraturan baru Bank Negara, ada yang bersemangat nak tunggu 1 Julai untuk refinance atau jual property mereka.
Memang boleh... memang akan tiada penalti kerana menyelesaikan hutang lebih awal
jika mengikut kenyataan akhbar ni, ia untuk semua jenis pinjaman pengguna
pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta..

tapi jangan lupa
bagi urusniaga hartanah, anda masih tertakluk kepada satu lagi perkara
iaitu real property gain tax (RPGT)
jika anda menjual property tu kepada pihak lain, anda akan dikenakan cukai ini
berdasarkan bajet 2012, RPGT distruktur semula
untuk hartanah yang diperoleh kurang dari 2 tahun, kadar RPGT adalah sebanyak 10%
untuk hartanah yang diperoleh 2 - 5 tahun, kadar RPGT adalah 5%
kalau dah lebih 5 tahun, tiada RPGT dikenakan
pengiraan RPGT ini adalah berdasarkan keuntungan harga rumah tu.
jika anda beli dulu 100K kemudian nak jual pada harga 150K, jadi kadar rpgt akan dikira dari keuntungan 50K yang anda dapat tu.

Jadi, maksudnya di sini
selepas 1 Julai 2012

jika rumah tu anda baru beli 1 tahun setengah tahun dan nak jual
anda tak perlu bayar penalti kepada bank
tapi masih tertakluk pada rpgt sebanyak 10%

jika baru setahun setengah beli tapi nak refinance je.. atau nak bayar cash untuk selesaikan terus pinjaman
mungkin anda dapat duit terpijak ke kan..
anda tak perlu bayar penalti
dan tak perlu bayar RPGT sebab anda tak jual rumah tu. hakmilik tetap anda punya.

jika rumah tudah dibeli lebih 5 tahun dan anda nak jual
anda tak perlu bayar penalti
dan tak perlu bayar RPGT

ok sekarang harap anda semua jelas tentang hal ini
hm.. kalau adik saya, sitie yg dulu selalu pening baca blog saya tak faham sekarang boleh faham
itu maknanya saya dah sampaikan maklumat ini dengan baik
so, sitie, jelas tak info ni? andalah benchmark ni..
hehehehe

gambar cuci mata: jom bina pendapatan pasif.. jangan bergantung pada kerja sampai tua.
bila dah sampai begini, maknanya anda memang wajib resign :)


Share:

The Glades Villa - projek baru di Kerteh


hari ni kita pergi jauh sedikit ye..
jauh ke pantai timur di Kerteh, Terengganu

Sabtu minggu terdahulu saya dijemput menghadiri pre-launch satu projek baru di Kerteh

demi projek ni saya sanggup pergi hari ke kerteh!
dah lah ahad pagi-pagi saya ada terry fox charity run
sudahnya seminggu saya kepenatan...
tak dapat tulis cepat pun review projek ni... huhuhu

Nama projek ni The Glades Villa
projek eksklusif 14 unit rumah semi-D dan banglo
terletak di atas sebidang tanah rezab melayu tapi freehold
betul2 hampir dengan Kompleks Petronas dan Mesra Mall

Ada 3 jenis layout dan saiz

Paling murah adalah unit semi-D 2 tingkat setengah
ada 9 unit sahaja, memang unit terhad ni
keluasan tanah adalah 43'x40'
keluasan lantai adalah 3800 sqft
ada 5 bilik tidur, 5 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas
Harga bermula dari RM 487,279


Jenis seterusnya adalah unit banglo dua tingkat setengah
Unit ini dinamakan Villa Orchid
cuma ada 4 unit sahaja, lagi terhad
keluasan tanah sama, 43'x40'
keluasan lantai pula 3300 sqft
ada 6 bilik tidur, 5 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas
Harga bermula dari RM 580, 168






Jenis ketiga merupakan unit banglo dua tingkat setengah juga
Unit ini dinamakan Villa Lily
hanya ada 2 unit sahaja dan sangat esklusif
keluasan tanah 63'x40'
keluasan lantai pula 4350 sqft
ada 7 bilik tidur, 6 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas
Harga pula bermula dari RM 651,483




Pemaju menawarkan percuma yuran guaman, percuma television 42'' dan percuma pemasangan astro.
Untuk booking, pembeli hanya perlu bayar rm1k sahaja.. kemudian bayar baki 10% semasa menandatangi s&p.
namun jika ada masalah dengan pinjaman, pemaju bersedia memulangkan semua deposit 10% ni setelah ditolak dengan caj pengurusan.

Apa yang saya nampak, rumah-rumah ni memang sangat mewah dengan harga yang jauh lebih murah jika di KL.
kalau kat Lembah Kelang ni, rumah teres 2 tingkat setengah pun saya tengok dah 500K.
contoh projek terbaru di Bandar Baru Bangi.
di putrajaya, lagi hilang akal. rumah teres dua tingkat pun harga rm600K ke atas.
hm..
Tapi projek ni semi-D 2 tingkat setengah dengan 5 bilik tidur baru 480K++
beruntung kan mereka yang tinggal di luar lembah klang dan mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang baik

Tinggi syiling 9'
jenis tiles bercampur.. di ruang tamu, mereka akan gunakan tiles 2" x 2"
setiap unit akan dilengkapi dengan 3-phase wiring, wiring telefon, wiring water heater dan wiring serta lubang untuk aircond.
Pemaju juga menawarkan pakej tambahan pemasangan alarm bagi pembeli yang berminat.
Mereka juga menerima permintaan customization.
contoh kalau pembeli nak minta ubah kedudukan point lampu, nak plug elektrik lebih, nak minta tambah point aircond, tukar tiles kepada ayng lebih mewah dan lain-lain.
Boleh duduk berbincang dan mereka akan tawarkan harga terbaik.

Projek ini juga berkepadatan rendah.
cuma 14 unit sahaja.
Tanah dah diratakan dan lot-lot tanah tu pun dah ditanda.
jadi pembeli boleh terus tengok lot bagi rumah yang mereka nak beli tu.





Nama pemaju adalah Manifest Glory, anak syarikat Sumur Bumi Holding Sdn Bhd.

Sehingga review ini ditulis, saya mendapat tahu yang unit dah hampir habis.
tinggal beberapa unit terhad sahaja.

tapi kalau ada pembaca di terengganu berminat, boleh hubungi pihak pemaju sendiri
Mohd Faiz 017-2805546
Aqeel 016-3334497
Ahmad Aslam 012-9600598
Share:

Lend a Helping Hand 2011 dan 8 fakta


Sepertimana yang telah saya war-warkan sebelum ni, saya dan rakan-rakan Property N Co akan mengadakan satu sesi property talk untuk kebajikan.
Kami namakannya Lend a Helping Hand 2011.

Projek ini berbeza dari sesi yang pernah kami anjurkan sebelum ini

Ada 8 fakta yang saya nak bagitau

1 modul
Topik2 yaang akan disampaikan bukan topik yang sama
malah ia akan melengkapi apa yang kawan-kawan pelajari di dalam sesi terdahulu.

Kami akan bercakap mengenai

- Changing your mindset
- What is your number?
- What is your vision?
- 8 things you should avoid when buying properties
- 8 things you should know about insuring your properties

Hm.. tajuk dalam bahasa inggeris tapi jangan bimbang, sesi ini dwi bahasa.
kami campur-campur cakap melayu dan cakap BI
Sebab rasanya rakyat malaysia ni busuk2 mesti faham simple english dan bahasa melayu pasar kan...


Ke2, kutipan wang
kalau sebelum ni wang yuran kami tolak kos dan buat duit belanja kami makan
Tapi kali ni wang tu hanya akan tolak kos dan selebihnya kami akan salurkan ke Tabung Kebajikan NSTP
Kenapa Tabung Kebajikan NSTP?
rasanya saya dah terangkan dalam artikel saya sebelum ni kenapa..
saya berpendapat, membantu orang yang memerlukan wang segera untuk membiayai pembedahan atau untuk membeli alat bantuan seperti kaki palsu lebih nampak kesannya
sebab kalau sedekahkan kepada orang miskin ni nanti, org lain boleh pertikai
sejauh mana miskinnya?
memang miskin ke sebab malas? orang indon dan bangla boleh je kaya kat malaysia ni
kalau bagi duit kat orang miskin, habis jugak.. esok nak duit lagi..
jadi, lebih bererti kami pilih orang yang memerlukan bantuan segera untuk perubatan ni
Insya allah dengan duit tu, boleh bantu dia bayar kos pembedahan
bila pembedahan berjaya, mereka ada peluang hidup dengan sihat semula
lagipun tabung NSTP ni bantu rakyat malaysia tak kira kaum atau agama
itu yang kami suka
sebab semua orang ada hak untuk hidup sihat
ada hak untuk dibantu bila susah
bukan semata-mata sebab bila berbangsa atau agama tertentu je baru kita nak bantu




Ke3, kemunculan en Esa atau m.esa.ro dari blog terra-nusa.blogspot.com
geng Property N Co memang confirm akan bagi talk; saya, ctfarazila dan nicole.
Tapi kami sangat bertuah sebab en Esa berminat dan sukarela menawarkan tangan untuk membantu sesi kami
jadi kami jemput En Esa untuk bagi talk.
Beliau berminat nak bercakap berkaitan motivasi dan mindset.
Ha... menarik ni... mana nak dpt peluang bertemu dan mendapat ilmu dari pelabur hartanah yang hebat ni


Ke4, jualan buku amal
Kami sangat gembira apabila AbangEnsem bersetuju untuk membuat jualan amal ebook beliau.
Umum tahu kehebatan AE kan
dan kawan2 poun tahu AE ada menulis ebook dan menjualnya di blog beliau
Tapi kali ni, duit jualan ebook yang dilakukan pada hari tersebut akan disalurkan ke tabung ini juga
alhamdulillah..
so kawan-kawan yang datang sesi ni nanti, bawak lah duit lebih sikit ye selain duit tambang lrt atau duit isi minyak kereta anda
sebab senang nak beli ebook AE






Ke5, kami dapat penaja! yeaayyy
kami sangat bertuah sebab berjaya mendapatan penaja untuk ruang pengiklanan
Blog http://catatandarideutschland.blogspot.com dan blog http://www.matjoe.com bersetuju untuk menaja ruang pengiklanan untuk tujuan promosi
wahhhhh
beliau berada di jerman, so banyak juga menulis tentang tempat-tempat menarik dan hal-hal di sana
tapi banyak resepi juga... hahahahaha
manakala blog http://www.matjoe.com/ ni pulak mmg dah terkenal seantero dunia..
cuma setakat ini iklan dan banner kat blog matjoe belum naik lagi sebab saya belum sempat siapkan kata2nya


ke6, tarikh dan masa
sesi charity ni akan diadakan pada 17 Disember 2011
bertempat di International Youth Center, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
jam 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Jadi apa kata kawan-kawan tanda siap2 kat kalendar kawan-kawan
supaya boleh kosongkan tarikh tu dan hadir.


ke7, sesi Q&A
walaupun modul tu terhad kepada tajuk yang telah dirancang, tapi akan ada satu sesi Q&A di hujung majlis nanti
haaa.. dalam sesi tu anda boleh lah bertanya apa juga soalan yang terbuku di hati
mana yang boleh kami jawab, kami akan jawab sehabis baik
mana yang di luar ilmu dan pengetahuan kami, kami akan dapatkan juga jawapan dan jawab di dalam emal atau blog selepas sesi itu berakhir





ke8, yuran merangkap sumbangan
untuk menghadiri sesi yang menarik ini, sumbangan anda yang diperlukan hanyalah rm88 sahaja...
insya Allah tak membebankan kerana ilmu yang akan anda peroleh jauh lebih berharga dari itu.
boleh saya katakan, modul ini boleh dinilaikan melebihi rm350 seorang jika pada waktu biasa
tapi untuk kebajikan dan sesi istimewa ini, ia hanya RM 88 sahaja
dan ilmu ini boleh kawan-kawan gunakan untuk menjana berpuluh atau beratus ribu ringgit di masa akan datang
jadi sambil belajar, sambil kita menderma, sambil kita bertemu muka
:)

ada satu fakta yang saya nak usahakan tapi tak berani janji lagi
iaitu penyerahan cek sumbangan
saya akan cuba mohon wakil Tabung Kebajikan NSTP untuk hadir semasa penutup majlis nanti
supaya cek jumlah sumbangan dapat diserahkan terus kepada mereka
dengan cara ini, ia lebih telus kan
takde lah timbul isu atau fitnah kami bagi ke tak duit tu
tapi ni tak janji lagi lah.. tengok wakil tabung tu boleh datang tak nanti
kalau jadi, saya akan anounce kemudian

ok kawan-kawan, jom register
jom menyokong
jom menderma
mari isi borang di bawah dan pihak kami akan hubungi kawan-kawan untuk cara pembayaran yuran sumbangan




Boleh juga lawan laman web Property N Co

atau lawan event page kami di FB

hm.. sememangnya sesi ini merupakan salah satu impian saya
saya teringin sangat nak buat sesuatu
menyumbang sesuatu yang saya boleh sampaikan dengan cara menganjurkan sendiri satu event kebajikan
selama ni hanya sertai charity run je kan
atau kadang-kadang pergi charity show kak fran
jadi teringin lah nak anjurkan event charity sendiri

so harapan saya event ini akan mendapat sambutan kawan-kawan pembaca blog saya.
untuk yang akan mendaftar, terima kasih atas sokongan anda

Dengarkan lagu dan hayati lirik lagu ini..
Today My Life Begins dar Bruno Mars

Share:

Artikel pertama saya diterbitkan!

hehehe.. hari ni saya nak tulis 2 entri..

jarang- jarang berlaku tu...
bukan sebab saya ada banyak sangat masa lapang..
bukan sebab saya boring tak tahu nak buat apa
saya masih tetap sibuk sepertimana saya yang biasa

tapi saya nak tulis 2 entri hari ni sebab saya sangat gembira!
sedang saya menulis entri pertama berkaitan peraturan baru bank negara tadi, tiba-tiba saya terima satu emel
emel dari tuan Aqif dari majalahniaga.com mengatakan beliau telah terbitkan artikel yang saya hantar kepadanya sebelum ini.

wahhhhhhh!!!
mulut saya terlopong sebentar buat seketika...
dan kemudiannya menjerit dlm hati dan luahkan di status FB saya!
heeeee....

ini artikel saya




utk kawan2 yang belum pernah melayari majalahniaga.com, biar saya bagi intro sedikit
majalah niaga merupakan satu majalah elektronik berkaitan keusahawanan.
diuruskan oleh Flarebiz Network Sdn Bhd
mereka terbitkan artikel di dalam e-magazine ini dan terbitkan satu versi yang boleh dimuat turun setiap 3 bulan.
dan sehingga kini ada ramai tokoh2 tempatan dan penulis buku kita yang menulis di situ
antaranya pakdi, eruwan gerry, mazlan mohamad dan ramai lagi.
menarik kan!

jadi hari ni saya sangat gembira kerana buat pertama kali dalam hidup saya, artikel yang saya tulis dan hantar kepada pihak lain diterbitkan.
yelah selama ni saya menulis di blog sendiri saja...
memang saya sangat teruja!

insya Allah, penulisan saya takkan berhenti di sini
saya akan semakin bersemangat untuk menulis
sama ada di blog saya sendiri atau di majalah atau penerbitan lain, saya harap ia akan berterusan.

hm.. dan ini menerangkan sendiri kenapa saya menukar semula nama saya
dari nama pena eun-yong
kepada nama sebenar saya semula, rohaniah noor

terima kasih tak terhingga kepada tuan Aqif kerana memberi saya peluang
terima kasih majalahniaga.com kerana mencatat sejarah hidup saya
terima kasih semua pembaca blog saya yang menyebabkan saya terus ingin menulis

apa yang berlaku hari ini betul2 buat saya bersyukur dan teruja!


Share:

Peraturan baru bank negara

Sabtu lepas, hampir semua suratkhabar menulis tentang berita ini.
Saya tidak terkecuali membacanya.
Bank Negara akan mengeluarkan peraturan baru berkenaan pinjaman yang diberikan kepada penguna oleh pihak bank dan koperasi.

Antara isi pentingnya

- pinjaman kereta hanya boleh diberikan sehingga tempoh 9 TAHUN SAHAJA.
jadi dah takde lah loan 10 tahun ye.. ia berkuatkuasa serta merta bagi permohonan baru yang diterima mulai hari sabtu itu 19 nov 2011.

- Mulai 1 julai, jika peminjam nak meyelesaikan pinjaman lebih awal, TIDAK ADA PENALTI lagi untuk mereka.. mereka hanya perlu bayar kos pentadbiran yang bank tanggung utk memproses pinjaman tersebut sahaja. wah.. ni berita baik ni... dah takde lock in period la maksudnya.. ini utk semua jenis pinjaman. Lagi pun ini mengatasai masalah penganiayaan oleh pihak bank, ada ke patut kita kena denda sebab settle hutang cepat? sebab mereka tak dpt keuntungan banyak di masa depan? perbankan islam pun sama..

-mulai 1 Jan, bank kena teangkan kepada peminjam apa kesan dari hutang tersebut, berapa sebenarnya amaun yang kita bayar dan kesan jika BLR naik.
hm.. ni pun bagus.. sebenarnya peminjam tu kena lah ambil langkah belajar dan kaji sendiri, jangan harap orang yang terangkan dan ajar setiap masa. Tapi jika penerangan ini diberikan, setidaknya peminjam yang tak ambil tahu selama ini akan disedarkan dan diberitahu.

- debt service ratio kakitangan kerajaan hanya 60% sahaja.
ini akan turut mengambil kira pinjaman yang diberikan oleh koperasi yg kebanyakannya pinjaman peribadi lah.. hm.. elok gak ni.. ramai kakitangan kerajaan buat personal loan dari bank atau koperasi utk beli benda2 yang susut nilai dan merepek, contoh beli kereta mahal, top up deposit utk rumah yg melebihi kelayakan, utk perbelanjaan kenduri kawen yg grand (sebab sebelum bercinta tak reti nak menyimpan duit), beli digital kamera mahal, beli smart phone mahal dan macam2 lagi.

artikel sebenar dari the star boleh baca kat bawah ni

Bank Negara unveils new financing rules
(The Star, 19 nov 2011)

KUALA LUMPUR: Malaysians will have to go through a more exhaustive process when applying for loans starting next year after Bank Negara issued guidelines on responsible lending by banks.

Following the new guidelines, the maximum tenure for car loans will be capped at nine years with immediate effect.

Starting July next year, borrowers will not be penalised heavily for early settlement of their loans.

Instead, banks will only be allowed to charge for the cost incurred in processing the loan and not for profit loss from the early settlement of the loan.

At a media briefing yesterday following the release of third quarter economic data where the economy grew by 5.8%, Bank Negara governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz said the objective of the guidelines was to inculcate responsible lending practices by financial institutions which include commercial banks and development financial institutions.

“We don't want to restrict growth but we want to set parameters which are transparent,” she said, adding that the guidelines also provide for clear information and disclosure on financial products.

As the industry becomes more competitive in a challenging environment, Zeti said the central bank wanted to ensure responsible lending practices did not erode.

Starting Jan 1, banks must make clear to the borrowers the implications of the loans they take, illustrating to them just how much more they will have to pay should the base lending rate go up.

The guidelines would be applicable to home and vehicle financing, credit and charge cards, personal financing including overdraft facility as well as financing for the purchase of securities except for share margin financing which comes under stock exchange rules.

Zeti said as part of measures to ensure borrowers do not migrate to cooperatives to get their loans, the Cooperatives Commission would also be imposing requirements on responsible financing practices on credit cooperatives.

Furthermore, the debt-service ratio of civil servants would be capped at around 60%. For others, the banks will determine for themselves and not have a fix ratio in determining what the maximum amount of loan a borrower can take.

The guidelines will include a more stringent “suitability and affordability assessment” which would ensure borrowers have the ability to pay without recourse to debt relief or substantial hardship.

To improve assessment of individual affordability and provide suitable and responsible advice to customers on their capacity to take on additional financing, there would now be appropriate enquiries by lenders on income after statutory deductions and debt repayment obligations.

Zeti added that other objectives of the guidelines were to foster a healthy and sustainable credit market which in turn would contribute to economic and financial stability as well as further strengthen the protection of consumer interests.


Kesimpulannya:

kalau anda apa plan nak refinance atau flip property dan masih terikat dengan lock in period, tunggulah 1 Julai.
kalau anda ada projek property betul2 below market value yg bagus, yang memang pasti buat duit semasa beli rumah tu, baik buat loan segera.
Jika anda suka berhutang tapi main hantam saja dan bukan utk perancangan kewangan jangka panjang, elok lah sangat peraturan Bank negara ni.

ada masalah?
mari tonton video ini

Share:

wiken saya pack

wiken saya sungguh pack sampai saya tak sempat update blog
saya sibuk siapkan website propertynco.com
tapi belum siap jugak
saya siapkan banner projek property talk for charity kami
dan akhirnya banner dah siap!
saya ada muet
tapi soalan muet sangat susah!
saya letih sangat lepas muet dan nak rehat tgk filem komedi romantik
tapi saya tertido dan tv tgk saya
saya tengok teater badai semalam
dan saya terpukau dengan kekacakan aaron aziz
saya nak tido lepas balik tengok teater
tapi adik saya mintak saya ajar dia programming sampai kul 3 pagi
saya ada kelas ganti pagi2 ahad
tapi saya pegi kelas pakai kebaya dan keluar kelas awal
saya kena hadir kenduri kawen abang member saya
dan saya jadi rombongan pihak lelaki dan kena pakai kebaya siap2 ke kelas sebelum bertolak
saya nak update blog dengan beberapa cerita yg lebih menarik
tapi last2 cerita merapu ni yang saya taip

saya rasa wiken saya sangat bukan waktu berehat....


Tempat peperiksaan muet saya


banner Lend a Helping Hand yang dah siap
Share:

berapa kayakah anda?

Orang selalu kata, "pak haji tu kaya.. ada 5 keping tanah kat kampung sebelah"

atau

"Datuk tu memang kaya.. dia ada 5 bijik kereta volvo"

atau

"ko ni.. apsal miskin sangat.. dah kerja bertahun-tahun tapi cuma ada motor cabuk je ke sana ke mari"

atau juga

"terer lah ko.. dah ada rumah banglo besar macam ni.. aku ada rumah flat je dua bijik"


biasalah kan kita manusia..
bila nampak orang tu pakai kereta besar.. ada rumah besar... kita cepat kata dia orang kaya.. ada banyak duit.
bila dengar orang tu ada 2 je buah rumah, kita yang cuma ada empat buah rumah mula rasa kita lebih hebat.

begitu kah cara kita mengira nilai kekayaan kita?

sebenarnya salah.. bukan begitu.

Nilai diri kita dari segi kewangan diukur dari segi net worth.
Bahasa melayu panggil apa eh? nilai bersih?
Ia merupakan jumlah nilai aset anda ditolak dengan jumlah liabiliti.

Aset adalah seperti jumlah nilai semasa saham yang anda ada, jumlah nilai semasa hartanah, nilai pasaran semasa kereta anda, jumlah wang simpanan, bon, unit amanah yang anda ada malah temasuk juga alat kemas berharga, alat muzik yang mahal atau apa juga yang anda ada yang ada nilai semasa dan boleh dijual semula.
Formulanya mudah sahaja...

Liabiliti pula adalah jumlah hutang yang anda ada..
hutang rumah, kad kredit, hutang pinjaman ASB, pinjaman peribadi, komitmen insurans,hutang PTPTN dan apa juga hutang lain yang masioh berbaki.

Jumlahkan nilai aset.
Jumlahkan nilai liabiliti.
Kemudian gunakan formula ini

Net worth = Jumlah aset - Jumlah liabiliti


maka hasil kiraan inilah net worth anda.
Jika ia positif, bermakna ada ada nilai kewangan yang positif.
Jika ia negatif, maka situasi anda teruk sekali! hutang anda melebih aset dan anda mungkin boleh bankrup.

Ini juga bermakna, walaupun si A mempunyai 4 buah rumah dan sebuah kereta mercedes dan si B mempunyai dua buah rumah sahaja dan sebuah kereta VIVA, jangan ingat si A pasti lebih kaya dari si B.
Jika nilai rumah si B lebih mahal sedangkan jumlah hutang atau liabiliti beliau lebih kecil, mungkin beliau lebih kaya.

Jadi, jangan lah risau jika hartanah yang anda miliki hanya rumah kos rendah.
atau jangan bimbang jika bilangan hartanah yang anda ada lebih kecil kuantitinya dari orang lain
yang penting adalah net worth anda.
Lebih besar nilai net worth, itulah yang terbaik.


Gambar cuci mata: kucing mak yang bernama Siam Putih sedang tidur dalam raga

Share:

lawatan ke Empire SOHO



Selasa baru-baru ini saya terlibat dalam satu projek photo shoot.
Bila saya dapat tahu je yang sesi penggambaran akan dijalankan di studio jurugambar di Empire SOHO, saya melompat gembira.
Sebab saya sebenarnya sangat kesal terlepas peluang membeli unit di sini.
Pada masa mereka mula jual unit ni iaitu pada tahun 2007, saya memang masih baru dalam pelaburan hartanah.
Jadi bila projek ni buat di sini, boleh lah saya masuk ke dalam SOHO itu sendiri.
Boleh lah melawat dan mengkaji.

Harga developer dulu baru rm208k ke 238K.
SOHO duplex dalam projek bercampur dengan kompleks membeli-belah dan hotel.
lokasi sangat bagus, betul2 sebelah dengan Federal Highway.
Dekat dengan Subang Parade.

Harga subsale sekarang dah boleh mencecah rm480K
sewa pula dalam rm 1800 - rm2500.
untung kan pada pembeli pertama?

Saya teringat tahun lepas saya pernah utarakan soalan ini kepada panelist Nancy Ng, Juanita Chin, Michael Tan, Dr Peter Yee dan Ho Chin Soon berkenaan potensi SOHO.
Nancy ng memberi jawapan, setakat ini beliau tidak nampak rakyat Malaysia benar-benar bersedia untuk berpindah ke SOHO sepenuhnya.
Beliau belum nampak demand yang bagus.

Tapi bila saya melawat ke SOHO Empire ni, apa yang saya nampak ia sangat bertentangan.
SOHO dijadikan pejabat kecil yang mempunyai kelas yang tinggi.
Firma guaman, studio fotografi dan mungkin firma arkitek sangat sesuai dengan pejabat berkonsep begini.
Kecil tapi mewah.



Studio yang saya pergi ni disewa pada kadar rm1800 dan memang saya nampak praktikaliti di situ.
Ruang bawah dijadikan studio penggambaran dan mini pejabat / workstation.
Ruang di tingkat atas (duplex) sepatutnya ruang bilik tidur tapi dijadikan ruang make-up dan tukar baju.





Hm.. teringat SCOTT SOHO yang saya sangat berminat nak beli tahun lepas tapi tak berani beli disebabkan risau potensi SOHO...
Share:

Perbankan Islam: Satu Penindasan, Benarkah?

Sebagai orang islam, ramai yang sangat mengambil berat punca kewangan mereka.
Akur dengan hukum, meeka memilih untuk membuat pinjaman perumahan perbankan islam.
Ini untuk mengelakkan pulangan wanga dari hasil riba.
Malah ada juga mereka yang bukan islam berminat untuk membuat pinjaman perbankan islam ini.

Melihat permintaan yang menggalakkan maka banyak lah bank-bank tempatan dan bank luar mula menawarkan produk perbankan islam.
Bank ISlam sendiri, CIMB, Maybank, Public Bank malah HSBC pun menawarkannya.

Namun biasa kita dengar rungutan dari kawan-kawan berkaitan dengan pinjaman perumahan perbankan islam.
Ada yang kata, rebet yang dikenakan jika hendak menyelesaikan hutang lebih awal terlalu sedikit.
Ada yang kata, penalti semasa loc-in period terlalu tinggi, hinga menceceah 5 angka.
Ada yang kata memang tiada rebet pun.. kena bayar harga jualan bank asal jugak walaupun kita nak refinance.

Jadi, akhirnya mereka merungut, nama saja bank islam, tapi tak adil juga..
menindas pula...

Baru-baru ini, kawan saya kongsikan kepada saya rakaman forum bertajuk Perbankan Islam: Satu Penindasan, Benarkah?
Forum ini diadakan bersempena Halfest pada bulan lepas.

Mari kita tonton bersama2.

Share:

nak sewakan sampai 10 tahun?

Salam Aidil Adha kawan-kawan..

hari ini hari raya Haji atau hari raya korban buat kita semua...

Tradisi kelaurga kami, setiap pagi raya pasti akan bergambar keluarga.
tak kira lah raya puasa atau raya haji
tak kira jugalah siapa ahli kelaurga yang ada pagi raya tu, pasti akan bergambar kenang-kenangan.

Jadi sementara menunggu yang lain bersiap, saya curi masa update blog sebentar.

ada seorang kenalan di FB group Property N Co bertanya,

Bakal penyewa lot kedai saya mohon nak buat perjanjian sewaan sehingga 10 tahun terus. Senang.
Persoalannya, boleh ke? Sesuai ke?

mari kita fahami apakah itu sewaan?
pernahkan juga dengar perkataan pajak?
sewaan atau bahasa inggeris di panggil tenancy manakala pajak atau dalam bahasa ingeris di panggil lease kedua2 nya bermaksud kita memberi hak untuk mendiami dan menikmati sesebuah tanah atau hartanah itu kepada seseorang individu (atau syarikat) dengan suatu balasan biasanya berbentuk kewangan.
ini definisi saya sendiri.
sama je lah kedua2 ni..
mereka bayar sewa atau bayar caj pajakan, maka mereka boleh lah tinggal di situ dan mengambil hasil dari tanah itu serta menikmati hak sptmana tuan rumah atau tuan punya hartanah itu sendiri.
mereka ada hak keluar masuk, mereka bebas bercucuk tanam
mereka ada hak ke atas pencerobohan
mereka ada hak menikmati hartanah itu dengan aman.
mereka ada hak menyaman sesiapa yang melanggar hak mereka
jiran buat bising, mereka ada hak saman
org menceroboh dan mencuri harta benda di dalam hartanah / tanah yg mereka sewa atau pajak, mereka ada hak ambil tindakan undang
mereka ada hak sptmana tuan tanah itu sendiri

cuma satu je mereka takde hak, iaitu title tanah
geran tanah atau geran hartanah tu bukan atas nama mereka
yang lain, semua mereka berhak

bila kita sewakan atau pajakkan hartanah kepada mereka bermakna kita serahkan hak2 ini kepada mereka
mereka yg pegang hak ini sekarang
itu sebabnya kalau mereka lambat bayar sewa atu tidak bayar sewa, bukan sesenang itu kita boleh mangga rumah tu
sebab hak mendiami rumah tu dah dipindahkan kepada mereka
kita dah takde hak
jangan ingat kita boleh sesuka hati masuk rumah tu ye...

ok, tapi boleh ke sewa sampai 10 tahun?
balik pada soalan asal.

berdasarkan Kanun Tanah Negara, kalau seseorang menyewa selama 3 tahun ke bawah, ia dikatakan sewaan atau tenancy
sewaan ni tak perlu tulis di geran
jadi, ia lebih mudah
namun, hak penyewa tidak sekuat hak kalau dia memajak.
oleh kerana nama penyewa tiada di dalam geran, sekiranya tuan punya hartanah menjualnya, dia tidak menjual sekali dgn sewaan
kalau pembeli baru itu tidak berhasrat untuk menyambung sewaan, pembeli baru ada hak utk menamatkan sewaan tersebut dan sewakan kpd org lain atau dia duduk sdr.
itu sebab kita selalu ckp, takper kalau penyewa owner lama sewa dgn kadar murah
boleh je suruh penyewa lama keluar dan kita cari penyewa baru dgn kadar baru

tapi kalau pajak, ia lebih bersifat jangka panjang
lebih dari 3 tahun
10 tahun, 20 tahun atau 99 tahun.
pajakan perlu didaftarkan di geran hartanah tersebut dan disahkan oleh pendaftar tanah.
prosedur sedikit leceh tapi hak mereka lebih terpelihara
sekiraya tuan punya hartanah itu menjual hartanah yg masih ada pajakan di atasnya, beliau menjualnya sekali dengan pajakan tersebut.
contoh kita beli tanah yg masih ada pajakan 7 tahun kepada seorang pekebun sayur
bila selesai pindah hak milik, kita TAK BOLEH tamatkan pajakan begitu saja dan halau pekebun sayur tersebut.
salah!
kita kena tunggu tempoh pajakan tu tamat sebab kita beli tanah tu sekali dgn pajakan tu sekali.

tapi, sekiranya pajakan itu dulu tidak didaftarkan di geran, dan kita selaku pembeli baru nak suruh dia keluar, barulah dia hilang hak itu.
maka barulah kita boleh suruh dia keluar.

Jadi, kalaulah tuan punya hartanah komersil ni nak sewakan sampai 10 tahun terus, ia bukan lagi sewaan tetapi pajakan.
kenalah tertakluk pada peraturan dan hak sebagai pajakan spt yang saya nyatakan di atas, bukan lagi sewaan.

kalau rajin nak baca lebih, boleh baca di sini




**heeee.. ni artikel pertama saya tulis menggunakan notebook baru
alhamdulillah... notebook hijau ni sesuai dgn saya yg berjiwa environmentalist.. hehehehe






Share:

Aidil Adha dan pengumuman istimewa

Hari ini ramai terakhir bekerja sebelum kita bercuti 3 hari menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Alhamdulillah.. ibadat korban yang mulia dan ibadat haji memang satu amalan yang suci dan penuh keinsafan.

Ibadat korban mengajar kita supaya mengingati orang yang miskin..
maka sembelihlah binatang peliharaan seperti lembu, kambing, unta atau kerbau supaya dagingnya dapat disedekahkan kepada orang miskin yang susah nak dapat merasa makin daging yang segar.
Atas konsep inilah kadang2 saya berpendapat perlunya pengagihan daging korban dibuat dengan betul.
Yelah, di zaman ini, ada sesetengah kawasan yang dah memang takde orang miskin di situ..
penduduk di situ dah hari2 makan ayam dan daging.
Jadi saya rasa, kalau kawasan yg begini, eloklah dicari penerima daging korban yang benar2 layak..
atau penyembelihan itu dilakukan di luar kawasan itu dan dibuat di kawasan orang miskin
sebab manfaatnya lebih besar lagi

Itulah sebabnya saya sangat menyokong ibadat korban dan akikah yang dibuat di negara2 miskin yang lain
sebab umat islam di negara ini lah yg sangat memerlukan makanan berkhasiat ini.
Alhamdulillah, kita ada ibadat korban dan aqidah di kemboja yang dijalankan secara konsisten oleh http://www.korbanaqiqah.com.my/
Tahun kepas sahaja, sebanyak 3526 ekor binatang telah disembelih bagi tujuan korban, aqiqah dan nazar.
Ini semua sumbangan rakyat Malaysia sendiri ke sana.
Alhamdulillah.. dapat mereka merasa..

Suatu masa dulu pernah juga ada ibadat korban di Darfur tapi nampaknya tak konsisten.
Kalaulah ia diteruskan..
atau mungkin dibuat di negara lain pula.. contoh spt di Somalia atau sesetengah kawasan pedalaman Indonesia atau India yang miskin..

Pernah juga ada satu usaha mengetinkan daging-daging korban ini dan hantar ke negara2 miskin dan memerlukan ini
bagi saya ia satu idea yang baik
memanglah daging tu dah tak segar seperti baru disembelih tapi dengan teknologi yang ada, saya pasti ia tetap membawa manfaat yang banyak kepada penerimanya di luar sana.

Sempena Hari Raya Korban ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa saya dan kawan2 Property N Co berhasrat untuk menganjurkan satu sesi Property Talk for Charity.
Insya Allah akan diadakan pada 17 Disember 2011, Ahad
bertempat di International Youth Center, Bandar Tun Razak, KL.

Sesi setengah hari ini memang merupakan hajat dan impian kami masa mula2 organise sharing session Property N Co dulu
sebab secara peribadi, saya percaya apa juga bakat, ilmu atau kelebihan yang kita ada boleh kita manipulasikan untuk membantu orang yang sangat memerlukan.
Jadi, perancangan kami, yuran yang sangat berpatutan akan dikenakan untuk kawan2 hadir ke sesi ini.
Wang yuran itu akan kami tolak kos operasi sahaja spt sewa tempat, refreshment dan pembelian alatulis atau kos fotostat yang diperlukan.
Selebihnya akan terus disalurkan untuk kebajikan.
Kami yang menganjurkan atau yang memberi talk takkan mengambil wang itu
memang sepenuhnya untuk kebajikan.

Saya dah berbincang dengan Tabung kebajikan NST untuk menyalurkan wang sumbangan ini kepada mereka.
Untuk pengetahuan kawan2, Tabung ini merupakan satu tabung yang aktif membantu rakyat malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan penyakit kronik, kos pembedahan atau bagi pembelian alat bantuan seperti kaki palsu, kerusi roda dsb.
Penerima bantuan merata dari mana2 negeri di Malaysia, bukan hanya di KL.
Semasa saya menelefon mereka pun, mereka ada 1 kes urgent seorang remaja perlu dibadah segera kerana masalah jantung.
Dia perlukan berpuluh2 ribu.
tabung ini uruskan supaya remaja ini dibedah dahulu dan wang pembedahan akan dikutip dari sumbangan rakyat malaysia dengan segera.
Pada masa yang sama, mereka bercerita yang mereka ada 2 kes lagi yang baru nak interview.
Salah seorang nya adalah seorang kanak2 di pulau pinang.

Sebenarnya saya memang dari dulu lagi selalu baca berita2 pasal bantuan kewangan diperlukan yang dikutip oleh Tabung ini
Jadi saya yakin ia merupakan tempat yang tepat untuk kami salurkan bantuan.

Jadi kawan2 pembaca, saya harap kawan2 dapat sokong usaha kami ini dengan menghadirkan diri
boleh lah kita berkongsi cerita dan pengalaman berkaitan pelaburan hartanah
dan pada masa yang sama membantu orang yang sangat memerlukan bantuan kewangan ini.
Insya Allah wang yg kita hulurkan ini tidak akan membuat kita makin miskin malah akan buat kita lebih senang di masa depan
lebih murah rezeki...
dan insya allah hati kita akan gembira kan bila dapat buat sesuatu kepada mereka..

setakat ini website khas utk program ni belum siap lagi
tapi kalau berminat, boleh contact saya di alamat emel propertywaltz@gmail.com

Gambar di bawah ni antara mereka yang memerlukan bantuan kewangan yang dibantu oleh Tabung kebajikan NST



Berita asal di sini:

berita asal di sini: http://www.nst.com.my/nst/articles/25pklimbs/Article/

Share:

Penyewa ke luar negara


Penyewa saya berpindah keluar semalam.
Baru 4 bulan dia tinggal.. tapi dia penyewa yang baik.
sayang...

dia sebenarnya seorang graduan dari IPTS tempatan
bekerja di cyber cafe makciknya
Tiba2 pertengahan bulan lepas dia sms saya nak berpindah
katanya visa working holiday yang dia mohon di melbourne australia dah lulus.
gembira betul dia.

Semalam saya jumpa dia, saya tanya lah kerja apa di sana
Dia cakap, kerja di kebun je..
tapi gaji di sana kan mewah
kerja di kebun tu pun dia boleh dapat 40 australian dollar sejam
kalau dia kerja 10 jam sehari, kiralah
then cuab convert ke duit malaysia lagi?
wowww....

katanya, dia ada pakcik di sana yang bekerja di tempat yang sama
pakcik dia lah yang ajak dia
katanya gaji kita 3k sebulan di sini, pakcik dia boleh dapat 3k seminggu di sana...
huhu... rendah nya gaji kita kan...
dah lah barang semua naik....
(hm.. masih ingat household debt yang saya kongsikan sebelum ini... inilah aktara faktor penyebabnya..)

Visa kerja ni utk 6 bulan, tapi kemudiannya boleh renew lagi 6 bulan.
katanya juga ramai yg datang bekerja di sana, bila dah tamat tempoh kerja, mereka siap boleh melancong ke banyak negara lagi
Hajat dia pun sama..
nak simpan duit di sana.. kemudian melancong dan beli satu rumah di Malaysia bila pulang nanti

Wahhh..
semoga berliau berjaya...

huhuhu rasa nak kerja kebun kat australia jugak la..
tapi takde kawan la pulak di sana... huhuhu

** saya terfikir2 cadangan tuan zamri kepada saya ahad lepas... hm...
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog