Big Bad Wolf menyalak... aauuuwwwwoooooo !!

Semalam saya ke jualan buku terbesar Big Bad Wolf.
Ada lebih kurang 1.5 juta buku dijual dengan harga yang cukup membeliakkan biji mata anda.
Bertempat di MAEPS, Serdang.. dekat kawasan UPM.
Ia dah bermula pada 7 hb oktober yg lepas dan akan tamat pada 16hb oktober.
dari pukul 10 pagi sampai 9 mlm.

masuk-masuk je, wahhh.. banyak betul buku...

sebenarnya ni tahun pertama saya hadir ke jualan ni. kawan saya, Mazni yg perkenalkan.
Tahun lepas saya tak dpt datang sebab sibuk dengan assignment dan presentation.
Tahun ni saya dah standby poket... hehehe....



ada macam2 jenis buku.. travel, home deco, business, self help, fiction, biography, children, teens, comic dan macam-macam lagi.
Mereka sediakan kotak, jadi kita ambil kotak, pilih2 buku letak dalam kotak kemudian pergi bayar.
Kotak akan diambil untuk diguna semula..
Tapi saya nampak ada orang yang sampai bawak beg troli. Cayalah!

Yang paling menarik nya saya terjumpa dengan Tuan Zamri, trainer penulisan, penulis buku dan juga pelopor Baca @LRT yang saya kagumi
Dah lama mengikuti perkembangan beliau di FB, tak sangka dapat bertemu orangnya semasa dia sedang shopping buku.
;)

ehehe.. banyak2 buku, buku ni menarik perhatian saya.. hehehe...




Hasilnya, saya rembat 10 buah buku... baru RM113



Yang buku sama dua buah tu saya sajer beli lebih sebab nak bagi hadiah kat kawan... heeeee...

So, kawan2.. apa kata.. mari kita serbu Big Bad Wolf sementara belum tamat
auuuuwwwwooooooooooooo... !!
7