baru belajar menyelam


saya baru pulang dari semporna dan pulau mabul awal pagi tadi.
pukul 2 pagi sampai rumah.

pergi dengan kawan saya, kak jue.
hajat nak buat open water diver course.
daftar dengan Big John Scuba
tapi tahap kesihatan saya makin buruk pulak di sana, hinggakan dua kali saya dive, telinga saya blocked.
tak dapat buat equalization di telinga kiri
(diver sure faham istilah ini)
akibatnya telinga kiri saya sakit bila saya turun lebih dari 5 meter. ini disebabkan tekanan air yg makin kuat di bawah laut.

saya juga mengalami masalah reverse blok disebabkan telinga tersumbat ni.
jadi, bila naik pun, telinga rasa sakit.
bila rasa sakit, kita tak boleh teruskan sebab jika berterusan, ia boleh merosakkan gegendang telinga kita.

dari 4 dive yg saya buat, 2 kali gagal dan 2 kali berjaya.
yang berjaya tu pulak, yang syoknya dapat jumap penyu.
siap menyelam sebelah dia dan bagi signal 'I Love You" kat dia...
wahhhh....

saya jumpa seekor hawksbill atau kita panggil penyu karah dan seekor green turtle atau penyu agar.
green turtle tu besar... ada la satu meter panjang..

berjumpa dan berenang di sebelah dengan penyu sememangnya perkara yg sangat istimewa dan ajaib berlaku pada saya.
kerana selama ini saya memang menyokong kempen-kempen menyelamatkan penyu dan menyumbang secara bulanan kepada WWF untuk penyu dan harimau
siapa sangka satu hari saya bertemu mereka secara live di dasar laut, merenung mereka dan cuba berkomunikasi dengan mereka.
memang tidak dapat saya lupakan pengalaman bertemu penyu pada kali pertama mengambil lesen diving ini.

oleh kerana kesihatan kurang baik, saya cuma dapat lesen sebagai scube diver sahaja.
boleh menyelam tidak melebihi 12 meter dengan ditemani divemaster / instructor atau assistant instructor.
alhamdulillah.. saya tetap bersyukur kerana berjaya juga pulang dengan kad,setelah berusaha.

hehehe.. instructor saya panggil saya diver master in equalization dan reverse block sebab dive yang last tu saya mmg bersungguh2 turun naik hingga berjaya equalize telinga saya dan turun naik utk atasi masalah reverse block.

k jue pulak, instructor saya panggil, master in mask clearing sebab dia kerap sungguh buat mask clearing. tak selesa bila ada sikit air laut pun dlm mask dia..
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog