Bajet 2012 dan sektor hartanah

Kecoh orang memperkatakan tentang Bajet 2012.

Saya cuma nak senaraikan intipati Bajet 2012 yang berkaitan dengan sektor hartanah

1) RPGT atau Real Property Gain Tax dinaikkan ke 10% bagi hartanah yang dijual dlam masa 2 tahun,kekal 5% bagi hartanah yang dijual 2 - 5 tahun dan 0% jika dijual lebih dari 5 tahun bagi mengekang spekulasi hartanah.

2) Harga siling bagi Skim Rumah Pertamaku yang kurang mendapat sambutan sebelum ini dinaikkan dari rm220K ke RM400K untuk isirumah yang berpendapatan rm3k ke bawah.

3) Pembangunan projek PR1MA akan diteruskan di kawasan2 yang berhampiran dengan jaringan pengangkutan awam termasuklah LRT dan MRT (dan sudah tentunya termasuklah kawasan yang ada pengankutan bas awam)

4) Bagi pebelian rumah di bawah projek PR1MA, stamp duty dikecualikan,

5) Sebanyak RM443 juta akan diperuntukkan untuk membina 15,000 unit rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat.

6) Peruntukan sebanyak RM63 juta akan dibelanjakan untuk memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai

7) Sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk pemulihan dan penyenggaraan projek perumahan kos rendah awam dan swasta

8) Expatriates boleh mengeluarkan caruman KWSP untuk membeli rumah

9) RM300 juta akan diperuntukkan di bawah Tabung Perumahan Khas untuk membina rumah-rumah yang dilengkapi dengan kemudahan asas bagi para nelayan

10) Pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah akan diperluaska ke Johor, Pulau Pinang dan Sarawak untuk memberi perlindungan sementara golongan gelandangan.

11) Pembangunan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIFD yang memberi insentif kepada syarikat2 terbabit

-a) Pengecualian cukai pendapatan seratus peratus bagi tempoh sepuluh tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD

- b) Elaun Bangunan Industri dan Elaun Modal Dipercepatkan bagi syarikat berstatus KLIFD Marquee

- c) Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

Ucapan penuh Bajet 2012 saya rujuk di sini

Hm.... bagi saya, tindakan kerajaan dalam bajet ni mcm tak tentu arah sikit.
Dah pernah saya komen dalam FB saya dan dalam FB Group Property N Co.

RPGT dinaikkan ke 10% kalau jual hartanah dlm 2 tahun konon utk kurgkan spekulasi... untuk kawal harga hartanah.

Kemudian mereka perkenalkan Skim Rumah Pertama dan PR1MA untuk bantu rakyat memeli rumah pertama mereka

Tapi RPGT tu rakyat juga yg bayar sedangkan mereka beri pengecualian cukai sampai 70% kepada developer utk KLIFD. Nampaknya sykt developer yang untung ni....

Kemudian harga skim rumah pertama naik ke 400k kan..
bukan kah ini akan menggalakkan dan menguntungkan developer utk jual rumah / kondo harga 400k ke bawah?
mungkin sebab harga skim rumah pertama yg 220K skang ni tak menguntungkan developer.
Developer rasa tak untuk banyak untuk buat projek dalam rm220K bagi keluasan yg sesuai utk famili...

Dan lagi satu, rakyat baru 1st time beli rumah dan berpendapatan rm3k, nak terus beli rumah harga hampir 400k? patut ke?
Kita yang celik perancangan kewangan ni mmg lah kata, belilah rumah ikut kemampuan.. tp percayalah.. ramai rakyat di luar sana yang mmg tak sedar..
berangan nak beli rumah besar, baru walaupun gaji mereka kecik dan simpanan kurang.

harga rumah pulak saya jangkakan tetap tak turun sebab walaupun RPGT naik ke 10%, tapi harga skim rumah pertama rata2 boleh cecah hampir 400K kan..
sekarang pun rata2 kondo / apartment mmg berharga rm300k++ di KL..
so saya tak nampak harga akan turun..

bagi skim PR1MA pulak, syarat2nya sungguh kelakar... boleh rujuk entri terdahulu saya pasal PR1MA di sini..

rakyat yg mula2 rasa gembira dengar bajet ni, akhirnya mereka akan tetap terbeban.. sama je...

Anda ada pendapat berbeza?
terpulang pada interpretasi masing2.... :)


mari enjoy lagu ni..
kebetulan lagu kegemaran kak fran saya hehehehe


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog