tong kitar semula di pomona, USA


salam ramadhan,

sebelum ni saya pernah kongsikan kisah kitar semula di germany.
bagaimana pasaraya di sana menyediakan tong kitar semula untuk botol plastik.
setiap botol boleh claim balik 0.25 euro dari cashier pasaraya.
merujuk kepada artikel di dalam blog adik saya ini



Baru-baru ini adik saya di Pomona, USA pula berkongsi gambar mesin kitar semula di kampus mereka.
Mesin ini menerima botol plastik dan tin aluminium.
setiap mesin akan mengeluarkan resit 5 sen US Dolar untuk setiap botol atau tin yang dimasukkan.
duit tu kemudian mereka akan claim di campus mart mereka.

Bagus kan cara negara-negara ini membudayakan dan mensistematikkan kitar semula di kalangan rakyat dan pelajar?
Bila Malaysia nak mengikut jejak langkah seperti ini?
4