pencuri di Domain Neocyber


hm.. saya masih nak bercerita kisah minggu lepas.
Jumaat malam Sabtu tenant saya di rumah Domain @Neocyber call.
Semasa dia tiada di rumah, masa tu hanya kawan dia di biliknya (master bedroom) dan seorang lagi tenant bilik kedua di dalam bilik berkurung, tiba-tiba kawan tenant saya terdengar bunyi yang pelik di luar.
tengok2 pintu sliding door dan terkopak.
mangga pula tak dikunci sebab ada orang kat dalam kan...

so tenant saya call
memang syak ada orang cuba pecah masuk ke dalam rumah
dia minta saya hantar tukang kunci segera untuk baiki.
saya janji akan call uncle sam esok paginya.

esok pagi hari sabtu, saya sms jin, anak uncle sam.
sebab hp saya bertapa dalam tong beras. jadi, cuma no jin ada dlm hp sementara saya.
saya minta jin tolong datang rumah baiki dengan urgent.
oleh kerana saya sedang menghadiri konvensyen tu, jadi tak dapatlah saya follow up tghari tu.

petang tu tenant saya call semula.
rupanya kamera digital dalam beg kamera di bilik ke3 hilang.
aiseyy.. sempat juga pencuri tu ambil digital camera...
tukang kunci pun belum datang.
rupanya uncle sam mmg sibuk sabtu tu.
dia janji datang pagi ahad.

hari ahad, kunci sliding door dah dibaiki.
saya minta juga uncle ganti mangga tu dengan yang terbaik.
takper la.. saya bayarkan kos baiki kunci ni. sebab mereka penyewa yang baik.
rm110 semuanya...
harap lepas ni penyewa saya lebih berhati-hati
saya pun dah suruh tenant saya komplen pada pihak management dan security
dan saya pun kena buat aduan juga ni...
hm.. bahaya....

inilah kepentingan team yang bagus kan...
nasib baik ada uncle sam, locksmith di cyberjaya yang bagus sebagai one of team saya
masalah kunci dapat diselesaikan dengan segera tanpa perlu saya berkejar ke sana.
4