musim bertukar penyewa

sibuk2 orang semua nak balik raya. saya sibuk dengan penyewa nak keluar dan masuk.
penyewa bilik master rumah unipark kawan saya akan keluar hari ahad.
tapi dia minta kami refind deposit dia semalam.
sebab bila dia transfer duit tu awal, nanti dia boleh terus collect duit tu bila dia sampai di pakistan pada hari ahad.
saya tanya kawan saya, dia setuju.
lagipun hari ahad, saya pun dah takde kat kajang ni. dah balik kampung.
alhamdulillah semalam juga ada orang lain tengok bilik tu dan terus berkenan.
student kliuc, dari bristol uk tapi asal dari somalia.
muslim..
pagi tadi pukul 11 dia bayar sebahagian deposit dulu tanda setuju.
esok atau isnin dia akan bayar baki.

ikutkan memang saya tak berapa gemar awang gelap tapi sebab dia bukan dari afrika, tapi dari warganegara UK, so ok lah..
saya pun nak balik kampung dan tak mahu ambil risiko bilik tu kosong.

wah.. uruskan hal ni dulu lah sebelum balik raya.

tak cukup kalut, 2 orang penyewa di rumah domain cyberjaya pun nak keluar.
penyewa bilik master dan penyewa bilik ke3.
nak keluar hujung bulan tapi pagi tadi dah start bawak keluar barang dah.
aduh.. dlm suasana sibuk nak raya macamni, time2 tu lah penyewa nak keluar.
dah kena cari penyewa baru.
alhamdulillah nya penyewa lama saya bantu iklankan rumah dan tunjukkan rumah kepada orang yang nak dtg tengok.
sebab dia bersalah sebab bgtau last minit nak keluar.
ada ke patut nak keluar lagi seminggu baru bangitau?
huh...
memang la dia penyewa yang bagus selama ni, tapi bila buat macam ni mmg kalut lah...

jadi sekarang tinggal bilik ke 3 je belum ada penyewa.
penyewa lama dah sibuk minta full pulangkan desposit tapi saya hold dulu sebulan sebab geram dia bgtau last minute.
ikutkan memang saya berhak untuk tidak pulangkan deposit tapi dia buat ayat kesian.
gaduh pun tak guna.
lagipun mengenangkan dia penyewa yang baik selama ni, hati saya lembut.
harap dia bantu dptkan penyewa baru, kemudian saya pulangkan semula.

hm.. saya baik hati juga sebenarnya...


Salam Dunia... salam hari raya semua


0