Domain saya penuh

hehehe.. jangan keliru dengan tajuk di atas
Bukan Domain propertywaltz.com ni yang penuh
Sebaliknya rumah saya di Domain Neocyber yang dah penuh.

Bulan 4 haritu tenant middle room saya keluar.
Kalau ada yang masih ingat saya pernah bercerita tentang tenant saya yang cantik dari Phillipines
:)

Dia keluar sebab nak duduk satu rumah dengan boifren dia.. hehehe.. melepas lah hazree... wink wink

Tapi sebenarnya masih belum cukup setahun sewaan
Dia janji nak carikan pengganti
Malangnya dah 2 pengganti dia carikan tapi tak jadi masuk
Janji nak masuk hujung minggu sekali cancel.
Sedangkan saya dah reject la saper yg call saya nak tengok rumah.
Saya pun kononnya this time tak nak la strict sangat sebab kawan2 tenant saya kan.. so bila dah kata nak masuk tu, saya tunggu lah
kena pulak deposit tenant tu masih ada pada saya lagi.
2 bulan deposit.
Tapi 2 kali asyik cancel last minute.

Bakal penyewa ke 3, masih di singapore. nak datang hujung Mei dan start menyewa 1 Jun.
saya tanya dia, confirm ke ni?
kalau confirm, bayar dulu 1 bulan deposit, then sampai Malaysia nanti bayar baki deposit.
Dia kata confirm dan esoknya terus bayar booking 1 bulan.

Sekali tak jadi juga.. aiseyman...

Bulan 6 pulak agak sunyi..
Ada sorang lelaki phillipines merayu2 nak masuk rumah tu awal Julai.
Dia masih di Phillipines lagi sedang menunggu visa.
Tapi sampai sekarang belum bayar booking.
Ada masalah kewangan katanya.
hm...


Alhamdulillah sejak Jumaat minggu lepas dapat satu call dari orang tempatan.
Dia berminat nak sewa.
Minta saya emel gambar.
Saya pula tak sihat.. demam dan sakit kepala sampai ke Isnin.
(saya berlari 10 km dalam demam tau.. tp jangan bgtau penganjur ye.. hehehe)

Tunggu saya emel, tak emel2, last-last terus tengok rumah.
Selasa tengok rumah, dia berkenan. Terus book.
Bayar 2 bulan deposit.
Semalam bayar baki duit sewa dan ambil kunci.
Alhamdulillah... rumah tu dah penuh.

Tak sangka orang tempatan berminat dan mampu menyewa sorang di bilik itu.
Hebat juga.
Nampak dia macam seorang yang baik. Harap dia jaga barang2 dan bilik dengan baik.

Sebagai penghargaan, saya gantikan mattress protector dengan yang baru.
Yang lama tu nampak dah lusuh la..
Takper la asal tenant puas hati dan bayar sewa dengan baik. hihihihi



Brand Akemi tu..




Mahal juga kan... RM139. nasib baik ada diskaun 50%.
Hehehe.. saya suka Billion dekat rumah saya tu..
4