Sini senang dapat penyewa ke?

Saya mendapat satu emel dari seorang peserta sharing session Property & Co.
Beliau mendapat satu offer untuk membeli rumah 83% below market value. subsale.
Kemusykilan beliau, senang tak nak dapat tenant di apartment tu?

Jujur saya jawab, saya tak familiar dgn apartment tu dan kawasan tu.
setakat jalan ke sana saya tahu tapi saya tak mahir dan tak pernah buat research property market di situ.

Tapi saya beri dia tips bagaimana nak tahu apartment tu senang dapat tenant ke tak.
Saya share kan di sini untuk rujukan kawan-kawan semua.
Mungkin kawan2 yg dah otai, dah sedia tahu tips ni kan..
tapi bagi kawan2 yg belum tahu, mungkin boleh praktikkan.

Caranya 2:

1- tgk occupancy rate tempat tu. at least 80% ke 90% occupied baru lah confident sikit.
tgk siang dan malam.
kalau malam, boleh tgk berapa byk lampu menyala dlm area pukul 8.30 - 9.30 mlm.
kalau siang boleh tgk kawasan tu bz atau sunyi.
kalau nak survey bangunan pejabat/ komersial, kena pergi siang lah. tengok bilangan aircond compressor yg ada.

2 - cuba letak iklan kat mudah. konon2 rumah utk disewa. letak lah harga market sewa kat situ.
kalau laju je org call, maknanya ok la byk permintaan.
kalau lambat je org call, faham2 lah

so, simple kan...

bawah ni gambar rumah kawan saya yg juga jiran saya. Namanya Kak Ina.
Dia mengecat rumah ni.. errr.. sebenarnya suami dia.
saya dan kawan saya, Aishah membantu mengecat dan meminjamkan peralatan.





Cantik kan warna ni.. :)
Saya ada bantu dia iklankan rumah ni untuk disewa dalam blog ni

All the best, Kak Ina!

(Sedihnya hari ni hari terakhir Jun.. Selamat jalan bulan Jun.. Jun is greattt!)
2