Kitar semula, belajar dari Germany

Ada kawan2 kata saya skema
atau ada yang mengutuk saya terlalu komplikated
antara sebabnya adalah saya tak suka buang sampah merata2
kalau pergi pasar malam, saya lebih rela bawak balik bekas air tebu yg saya beli tu ke rumah sebab tak jumpa tong sampah
walaupun ramai yang campak je ke depan, ke belakang atau ke tepi.

saya juga sangat menyokong kitar semula dan usaha2 menghijaukan bumi
ingat tak saya pernah tulis tentang kempen mengutip tandatangan untuk mengharamkan penjualan telur penyu dan kempen menyelamatkan penyu dari pupus.
(hm.. mungkin ramai yg tak ingat sbb entri tu mungkin tak menarik bg sebilangan besar orang.)

selain itu, saya juga menyokong kempen WWF untuk memelihara harimau belang.
saya seboleh2nya elak dr meminta atau menggunakan bag plastik ketika membeli
saya juga suka kumpul dan hantar barang2 yg boleh dikitar semula ke pusat kitar semula dkt rumah saya.
maka itulah ada kawan2 kata saya komplikated sebab ada sebahagian otak saya memikirkan dan ambil berat ini semua.
biarlah...
mungkin pemikiran mereka ringkas saja...
buang je sampah di mana2 mereka berada
campak je puntung rokok di mana2
kitar semula pula melecehkan.
itu hak mereka.. saya tak nak komen mereka.. tp mereka tetap komen saya juga.

selain saya, adik saya yg bongsu juga mempunyai minat yg mendalam tentang kempen menghijaukan bumi.

sorang lagi adik saya sekarang si Germany.
saya ada membaca artikel berkenaan betapa bagusnya Germany di dalam perlaksanaan dan pengurusan kitar semula mereka.
maka saya ingin belajar dan tahu lebih lagi
jadi saya minta bantuan adik saya yang ada di sana untuk berkongsi pengalaman beliau sendiri
bagaimana Germany melaksanakan kitar semula.

Alhamdulillah adik saya telah pun menunaikan hajat saya.
Beliau telah menulis di blognya berkenaan hal ini.
Jika kawan2 berminat nak tahu dan berani dikatakan berfikiran komplikated seperti saya, marilah kita sama2 baca artikel ini.



Harap satu hari nanti Malaysia akan belajar dari mereka dan seterusnya meningkatkan kecekapan cara kita mengitar semula bahan2 buangan kita
supaya bumi lebih selamat di masa depan
supaya penduduk bumi termasuklah haiwan yg tak berdosa boleh hidup dgn aman

Ingat, kita bukan mewariskan bumi ini kepada anak cucu kita
tapi kita meminjamnya dari mereka

Boleh baca artikel tersebut di sini


Terima kasih sitie atas tulisan yg hebat ini. siap dgn gambar lagi .
lain kali tulis lah lagi ye artikel2 yg menarik... hehehehe
:)

7