Kak As tengok Mandarina Court

hm.. dah lama tak sambung kisah perjalanan bakal pelabur hartanah baru, kak as.

A quick recap.
Kak As dah tgk 2 rumah. satu di USJ16 apartment sri tanjung.
satu lagi di pangsapuri Ilham, U1, Shah Alam.
Dah malam, kami dinner dan balik tidur.

Beberapa hari selepas itu, saya ajar lagi kak as untuk cari rumah nak tgk.
saya minta dia cari iklan rumah utk dijual dan bg beberapa tips utk tahu macamana nak shortlistkan rumah yg bagus dan yang mana tidak.
Jika rumah tu bagus dan berpotensi, baru lah kak ana kena call tuan rumah / agent yg iklankan tu utk buat appointment.

Nampak Kak As cepat belajar.
Ada dalam 7-8 list unit apartment yang bagus rental yieldnya dalam senarai.
yes, saya minta beliau senaraikan maklumat terperinci semua apartment yang dia set appointment tu siap dgn nama agent/owner dan tarikh appointment.
Set semuanya pada hari ahad supaya kami boleh buat property marathon. hohoho.....

Ahad yang indah, saya bergegas pulang ke KL dari pahang.
hm.. minggu tu saya pulang ke rumah mak di pahang.
tapi demi kak as, pukul 12 tghari ahad dah sampai kl.
lunch.. dan kami mulakan pencarian.




Appointment pertama: Mandarina Court.
hm.. dah namanya belajar dari saya kan.. tak sah kalau takde belajar unit dr developer.

Kami call Alex, salesperson projek ni untuk appointment dan view rumah contoh.
Masa kami pergi, unit memang dah tak banyak.
Ada unit yang tinggal yang mengadap matahari jatuh. memang panas la nanti
Tapi ada satu unit tu cantik... mengadap blok belakang tp mmg sejuk. Mengadap taman permainan juga di tengah2.
harga.. hm.. dah tak berapa ingat dah tp rasanya dlm 198K utk unit yang cantik tu.
no unit pun cantik.. no 7 tingkat 8.


dari pandangan tengah




ruang tamu



dapur


tandas

Alex kata sewa untuk tingkat bawah akan jadi rm1k untuk unit kosong.
RM1100 utk unit tengah dan 1200 untuk unit tinggi.
Mereka akan kawal harga ni sebab mereka akan bantu sewakan unit-unit ni nanti.
hm.. macam kes di Unipark dulu la.. ada 2 agent dari agensi yg sama yang conquer cari penyewa tapi mereka setkan harga terendah RM1600 untuk fully furnish.

Untuk mandarina court ni, deposit 10%.
tiada sebarang diskaun dah.. huhuhu


Alex tengah kelentong kak as

Bagi saya apartment ni nampak menarik sebab masih lagi walking distance ke UCSI.
cuma mungkin student UCSI akan cari Puncak Banyan dahulu lah sebab ia betul2 depan UCSI.
Tapi Taman Connought ni ramai penduduk. Jadi tak perlu bimbang. Market sewa memang ada dan hot.

Kami janji kami akan fikirkan dahulu. kalau jadi, kami call Alex tu balik.

5