Tesco Scott Garden Jalan Klang Lama dah dibuka



semalam saya ke Jalan Klang Lama. ada sedikit urusan di bangkel motor rasmi saya.
bersebelahan deret kedai bengkel motor tu adalah Projek Baru Scott Garden.
wah... rupanya Tesco di situ telah pun dibuka... wahhhh..

Scott Garden ni kalau tak salah saya, baru tahun lepas mereka start bina dan buat promosi jualan untuk unit SOHO.
Memang masa tu pun dah diwar2kan nanti akan ada Tesco di retail lot di bangunan ini.
masa tu, saya masih ingat.. ada yang mempertikaikan.. betul ke Tesco nak buka di situ
ada juga yang bising pasal loji kumbahan di belakang flat menghala ke Bukit Kerinchi tu.. entah kenapa lupa pulak nama flat tu...
mereka kata nanti bau busuk kuat.. so saper lah yang sanggup menghirup bau begitu.
entah la.. pengalaman saya lama ke bengkel motor tu, mmg takde bau apa... kecualilah memang melewati jalan di hadapan loji itu.

apa pun saya sebenarnya merasakan sangat tertarik untuk memiliki unit SOHO berkenaan.
bukan sahaja sebab wujudnya Tesco tapi sebab lokasi itu begitu dekat dengan Taman Desa.
Taman Desa ni adalah tempat tinggal saya dulu..
kenangan mula2 hidup di KL ada banyak di situ...
so, kira sentimental value lah..
tapi harga SOHO tu mahal sangat la.. dlm 360K duplex soho sebelum ditolak apa2 diskaun.
risau dgn risiko pasaran SOHO di kawasan itu, saya pendamkan minat saya ini.
(tapi sebenarnya saya ada juga berangan nak beli untuk bukak law firm saya di sini nanti.. hehehehe..)

Diam tak diam, rupanya bahagian bawah bangunan tu dah siap dan Tesco dah beroperasi..
saya sangat teruja.
projek tesco seperti yang diwar2kan tu kini ternyata satu kenyataan.
sayangnya masih gagal memiliki rumah di taman desa atau jalan kuchai lama sebelum ni..
sure dengan adanya tesco ni harga akan naik lepas ni... huhuhu



Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog