Property Virgin May 2011


Wowowowowwwwww... today is a very special dayyyy

HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
SAENG UL CHUKKA HAMNIDA!!
ALLAH SELAMATKAN KAMUUUU

Selamat Hari Lahir kepada adik saya, sitiezahim.. hari ni adalah merupakan hari jadinya yang ke tutttttt... hahahaha....
selamat mencecah 3 pointer ye! hehehehehehe
Adik saya ni adalah geng menoreh getah saya dulu.. sama2 menyuluh ke ladang awal pagi.. sama2 tolak motor bila motor rosak bila nak balik dari ladang... sama2 keletihan tertido2 atas tanah masa rehat menoreh sebelum mengangkat susu... banyak susah senang zaman belajar dengan dia.
Dia juga merupakan ahli tetap pasukan mengecat Hajjah Arpah.. hahaha.. selain suaminya dan adik bongsu saya..
Sekarang ni dia takde di Malaysia. Berada di Germany mengikut suaminya yang buat PhD.
Dia? hm... nampak macam dok belajar memasak je.. hehehe.. best lah kalau dier dah balik nanti..
leh nganga mulut makan sedap2 yg dia masakkan.. hehehe....

Tahun ni celebrate besday di perantauan lah ye... apa boleh buat...

Dan saya sangat bersyukur kerana sempena besday dia ni, dier sudi berkongsi pengalaman pertama dia membeli rumah untuk blog ini.
Tapi dia nak menulis dalam bahasa melayu.. no halll... sebab blog ni mmg bilingual pun kan... dwi bahasa...

Ok kawan2, mari enjoy artikel yg dia tulis.. especially part yang dier puji saya tu.. baca banyak2 kali ye.. hehehehe...

Layannnn..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nickname: sitiezahim
Gender: female
Marital Status: Married
Age on the first purchase: 22
Year on first purchase : 2003
Website: http://catatandarideutschland.blogspot.com

What is your first property? Where is it located?
Kekwa Apartment, Taman Putra Perdana. Puchong, Selangor


Is it for own stay or for investment?

Mulanya untuk sendiri tapi akhirnya untuk disewa.


Have u studied on property investment before the purchase? How?

Sikit-sikit, Sebelum beli, ada survey di situ dan kawasan berhampiran dr segi harga, lokasi, kemudahan dan lain-lain. Then, compare mana yang terbaik


What makes you decide to buy it? can u tell me the stories behind?

Kami memang mencari rumah untuk persediaan lepas berkawin nanti. Kami pilih taman itu sebab kedudukan yang agak strategik (near Shah Alam, Cyberjaya, Puchong) tapi harga yang murah berbanding taman-taman lain. Apartment tu pula paling bagus berbanding yang lain dalam taman yang sama, kalau compare dari segi luas, lokasi (tepi jalan besar) dan dekat dengan kedai.


Did you encounter any problems or difficulties for the purchase? What and how it resolved?

Ada. Masalah utama ialah duit pendahuluan. Suami (masa itu boipren) baru bekerja dan saya masih belajar. Jadi kami combine duit yang ada untuk bayar deposit. Masalah lain ialah berkaitan dengan owner lama rumah itu. Ambil masa untuk uruskan semua dokumen pembelian dengan peguam masing-masing.


Is it your dream house? Why?

Konfirm la bukan, hehe. Saya tidak suka rumah tinggi sebab gayat. Lagipun apartment ni tak ada lif..huhu..Namun begitu, saya juga ralat sebab tak dapat merasa duduk di situ kerana itulah perancangan asal kami. Rumah idaman? Saya idamkan rumah yang berlaman supaya senang kami anak beranak melepak.


After the purchase, what's next?

Lepas tahu kami mungkin akan menetap lama (or selamanya hehe) di Kuantan, kami mula mencari rumah untuk menetap secara kekal tanpa berpindah randah lagi. Bayangkan di Kuantan saja, kami pernah tinggal di 2 rumah yang berlainan! Jadi, kami mula mencari rumah idaman kami dan akhirnya berjumpa juga. Lokasi yang di tengah-tengah antara tempat kerja saya dan suami, dan berhampiran dengan Bandar Kuantan. Paling penting, rumah semi D setingkat dan ada laman :D!!
(Saya memang tidak suka rumah 2 tingkat jadi rumah ini memang rumah idaman saya). Terima kasih pada suami yang mengabulkan impian saya..:)
Kemudian, kami membeli satu lagi apartment di Domain, Cyberjaya (2010). Apartment ini memang bertujuan untuk sewaan dan diselia sepenuhnya oleh kakak saya, si Eun Yong ni. Dialah insan yang mengenalkan saya dengan dunia property investment ini dan Alhamdulillah, setakat ini saya berpuas hati dengan pelaburan yang dibuat. Terima kasih ye :D


What is your advice to all property virgins and home buyers out there?

Pada saya, rumah sendiri adalah sangat penting terutamanya yang sudah berumahtangga. Usahlah bertunggu untuk membeli rumah, kerana harga yang makin naik dan taraf hidup yang semakin tinggi. Cari lah lokasi yang terbaik, harga yang berpatutan, dan persekitaran yang sihat. Dan sekiranya kita mampu, tidak salah membeli rumah kedua atau ketiga untuk disewa, ianya akan menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan kita.


Anything else to add-up?

Oh..saja mau bercerita tentang tenant pertama kami. Sangat scary orangnya, sampaikan kami terpaksa report polis kerana dia hantar sms cacian dan ugutan. Alhamdulillah, dia berjaya di usir dr rumah itu, tapi sempat tinggalkan kotoran di dinding yang memaksa kami mengecat semula walaupun saya masih dalam pantang akibat keguguran. Memang meninggalkan 1001 kenangan buat kami..:D


6