Mydin akan datang ke tempat saya

hm... nampaknya mmg menjadi projek hypermarket kat taman anggerik perdana ni.
mula2 masa saya beli rumah ni saya dengar tanah kat simpang depan klinik tu reserve utk projek commercial. mungkin akan ada hypermarket di situ.
tahun lepas bila developer, Getaris Sdn Bhd mula jual rumah teres hijau putih yang cantik tu dan mula mempromosi apartment Anggerik@Residence, mereka kata akan ada Econsave di tapak tersebut.
Tup tap tup tap Econsave muncul di Reko Sentral di Jalan Reko.

Tiba-tiba sejak hujung Mac nampak aktiviti pembangunan projek rancak di atas tapak ini.
saya apa lagi.. menggunakan segala kabel maklumat yg ada dgn pekerja-pekerja Vietnam di sini dan akhirnya mendapati rupanya Mydin akan dibuka di sini...
Mydin.. kenapa Mydin? itu feedback spontan saya...
Sebab Mydin ni ada 2 style.. sama ada kecil mcm MyMydin di Putrajaya tu... atau Mydin yg besar dan lengkap.
Kemudian kalau Mydin di bangunan kedai pula biasanya sangat tak teratur.. padat.
kurang selesa nak berjalan2 di dalamnya..
tapi memikirkan kalau lah Mydin bina bangunan shopping complex yang besar mcm di USJ atau di Kuala Terengganu tu,.. hebat juga... ye, Mydin di Kuala Terengganu mmg gempak.
tapi apa yang bagusnya, dengan adanya Mydin nanti akan bertambah la permintaan rumah sewa di sini kerana wujudnya permintaan dari pekerja2 di situ kan..
saya pun boleh beli barang yang murah tapi dekat. Ada banyak dvd hindustan juga nanti....wahhh...

Dengan jarak kawasan ni dgn Kajang 2 yang sangat hampir ditambah pula dgn kewujudan Mydin nanti, saya sangat gembira kerana sudah pasti nilai rumah saya akan naik... yeyeyeye...
kawan saya juga pasti tidak rasa menyesal lagi membeli apartment di sini pada masa itu nanti... hehehehe






Gambar diambil pada Mac 2011

Pesanan Penaja:
jom join Group Property & Co di Facebook http://www.facebook.com/home.php?sk=group_138974949505183
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog