baru dapat penyata dari Al-Rajhi

Semalam seharian saya cuba update blog tapi gagal.
Blogger.com down lah.. katanya sebab isu penyelenggaraan.
seharian down.. mesti ada isu besar ni kan...

Hari ini saya menulis dari Kulim. ada hal kerja di sini...

hm.. saya nak sambung cerita saya mohon penyata pembayaran dan keuntungan (kalau pinjaman konvensional dipanggil interest atau faedah) untuk pinjaman rumah saya di Alrajhi.
saya ada cerita sebelum ni

http://www.propertywaltz.com/2011/04/penyata-cukai-alrajhi-vs-alliance.html

http://www.propertywaltz.com/2011/04/penyata-faedah-untuk-cukai-alrajhi-vs.html

25hb april saya ke cawangan alrajhi kajang mohon penyata tersebut tapi mereka kata saya kena tunggu.
29hb saya call alrajhi, dapatlah anggaran jumlah melalui telefon. mereka kata biasanya mereka ambil masa 7 hari untuk keluarkan penyata tu..

tup tap tup tap, rabu 11 mei 2011 baru saya terima penyata tu.. adehh.. ni bukan 7 hari ni.. ni lebih 14 hari...
e-filing dah siap isi dan bayar lama dah pun...

alrajhi.. alrajhi...
kalau dah janji 7 hari tu sepatutnya kena lah tepati.
sebab cuba kalau pelanggan terlewat sehari bayar hutang, masa tu jugak automatik rekod terus masuk CCRIS.
kalau pelanggan terlambat sikit tak boleh.. kalau bank yang lambat dari janji anda sendiri tak apa pulak? takde pulak penalti ke...
perkara ni bukan alrajhi je.. mana-mana bank sama.. mereka lambat keluarkan surat..lambat keluarkan penyata.. lambat disburse.. lambat proses.. tp pelanggan yang tanggung akibatnya.. kena bayar interest pada developer.. kena bayar penalti kalau beli rumah lelong.. dan dlm kes saya ni, boleh tersangkut pengiraan cukai pendapatan.
tapi mereka tak pernah silap kan..
hm....
2