• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

bila nak pergi tengok rumah

salam hari isnin semua..
hari ni mata saya sangat mengantuk sebab malam tadi tidur lewat.
pukul 2.30 pagi baru tidur...
aduh...
hari ni selama 3 hari ada training. bukan berkaitan property tp berkaitan hal kerja saya yg langsung tiada kaitan dgn apa yang saya blogging ni.
mata dah manguap dari tadi.. huhuhu... tak tahu lah panjang umur ke tak ni dlm training nanti.

saya nak sambung kisah Kak As.
kalau tertinggal keretapi, boleh baca ba lik la ye entri lama di

http://www.propertywaltz.com/2011/05/protege-mcm-ae-ke-tak-lah.html

http://www.propertywaltz.com/2011/05/ok-ke-tak-ni-saya-dah-book.html

Selepas dia batalkan tempahan unit Menara U tempoh hari, beliau minta saya bantu dia alert kalau ada projek baru atau subsale yang bagus.

Hujung bulan 3, saya dengar ada orang nak jual apartment blok 21 taman bukit angkasa.
harag memang cantik.
RM125K
tapi masa tu saya sibuk sgt dgn kelas ganti dan hal keluarga.
terlewat pergi tgk.. sekali call, unit dah terjual.

Dalam bulan 4. agent tu bgtau saya ada satu lagi owner nak jual,
harga RM135K siap renovation.
bagus juga ni walaupun dah tak semurah yang mula2 tadi tapi harga mungkin boleh nego ke RM130K kan...
tapi saya memang tak boleh beli atau tgk rumah tu sebab dah sibuk nak exam sgt dah...
saya betul2 tak sempat nak buat sbb pada masa tu assignment menimbun, midterm test beratur dan kelas ganti pun banyak.
Sebab dah nak exam kan.. exam week start 22 hb april.

saya teringat kat Kak As.
dia pernah pesan bgtau dia kalau ada property bagus.
saya call lah.. bgtau.
jawapan yang saya dpt adalah
"best tu... tapi akak tak berani nak tgk rumah.. tak pernah kan.. so kalau nak gi tgk rumah, kita gi sama2 lah..."

hm.. Kak As nak saya bawak dia tgk rumah.
menung juga saya, macamana nak bantu dia pada waktu ni sdgkan saya pun tak cukup 24 jam sehari.

Last-last, terpaksa postpone la dulu propjek ni...

By the way, best sgt ke blok 21 taman bukit angkasa ni?
harga subsale owner biasa jual sekarang dlm 135K - 140K.
kadar sewa 800 - 900 utk unit kosong.
dekat dengan Bangsar South, Universiti Malaya, LRT Universiti.
Tak jauh la dari Vista Angkasa kesayangan saya dan abangensem tu.. hehehehe
Terget penyewa dalaha student UM dan org yg bekerja di KL terutama di Bangsar area Menara TM tu dan pekerja di Bangsar South.
Dekat sgt dari federal Highway, Mid Valley, PJ.

let say jual harga 135K, sewa 900
rental yield = (900 x 12 x 100 ) / 135000 = 8%

kalau sewa 850?
rental yield = (850 x 12 x 100) / 135000 = 7.5%

mmg sangat bagus sebab harus diingat, kawasan ni mmg sentiasa mempnuyai permintaan tinggi.
sewa akan naik dari masa ke semasa.

Lagipun kak As kan duduk di Klang sekarang. rumah keluarganya.
bekerja di KL.
so, kalau dia beli di pertengahan Klang - KL mmg sangat sesuai sebab mudah untuk dia maintain rumah ini.
kalau satu hari nanti dia nak duduk sendiri pun, sesuai juga sebab lokasi dan Blok 21 ni agak privasi berbanding blok lain di bukit angkasa ini.

Tapi dah saya betul2 tak dapat turun jalan2 cari property masa tu, rumah ni pun dah terjual kepada orang lain.

Takpe Kak As, di masa akan datang akan ada property yang bagus menanti.. asal kita rajin mencari.
:)
Share:

Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition

Friends,
today I, with all respect and honour, would like to invite you to join us take part in the petition towards animal cruelty in Malaysia.

Today cute kitten has been abused and killed by someone of us and the government do nothing.
Astray dogs are killed in public even they di not disturb and cause harm to us... and that is from the order of local councils.
There are cases of horses and tigers too... abused by we people.
Punishment for animal abuse is so outdated.
Enforcement is zero.

We people and animal are God creatures. So each one of all the creatures has right to live peacefully and safe on this Mother Earth.
So, why must we abuse or disturb other creatures' right?

So, please lets join me sign this online petition.
We want a better Malaysia for all.
We want to show we are the loving Malaysian.

- Eun Young, Propertywaltz.com




Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition: "



Animal abuse is increasingly rampant in Malaysia, with senseless abuses and killings by local councils and cold-blooded people. We must act NOW, and act FAST.

Let's play a role in stopping animal abuse and cruelty! We aim to collect 50,000 signatures ASAP and present it to our Prime Minister.

Please sign the joint online petition by leading Malaysian animal welfare NGOs, and show how much you care about the animals. Spread the word to your friends too.

Together, we can make a difference.

Sign Petition Now:
http://StopAnimalAbuse.PetFinder.my/

"
Share:

OK ke tak ni?.. saya dah book


Dia telah berjaya membuatkan saya ingin membantu dia membeli rumah pertama sejak bulan 3 haritu lagi..
Sebenarnya saya pun baru kenal dia dlm awal bulan Mac.
Kami mempunyai sumber inspirasi yang sama yang menyebabkan kami berkenalan dan berkawan.
:)

Jadi borak punya borak, dia tahu yang saya sangat meminati bidang pelaburan hartanah ni,
Maka dia pun mengambil kesempatan bertanya kepada saya.
Dia bagitau dia baru je booking Menara U atau dulunya bernama U Tower.
Lokasi betul2 sebelah Kampus MSU.
Dia bayar booking RM500.



Saya tahu projek tu.. asalnya dulu dinamakan Persanda 2 dan pendaftaran unit telah pun dibuka sejak 2009 lagi.
Saya antara yang mendaftar dan menanti khabar berita dari mereka.
Dari jangkaan serviced apartment 3 bilik berharga dlm rm180K, mereka jangkakan harga jualan akan menjadi 220K.
tapi kemudian diam.... lama betul diam..

Sekali saya dpt jemputan soft launch.
Studio unit harga.. aduhhhhh.. mahal giler
harga rm240K - 290K untuk unit berkeluasan 527sf - 622sf
aduhhh....

saya dpt je brochure tu dihantar ke rumah saya, terus saya perap..

Ok, berbalik pada Kak As, dia tanya pendapat saya macamana... patut teruskan ke tak? dia dah booking?

hm.. pendapat saya mcmni
memang saya tahu property ni di lokasi yg sangat bagus. betul2 bersebelahan dgn MSU.
jadi, memang ia akan menjadi target utama bagi pelajar2 MSU untuk tinggal di situ.
Kalau The Qube menempatkan MNC nanti, mungkin ada expat yang berminat nak menyewa di sini juga berdasarkan kemudahan dan lifestyle yang ditawarkan oleh Menara U ini.
Mareka hanya perlu berjalan kaki.


namun disebabkan harganya yg tinggi, bayaran bulanan dan sewa kenalah tinggi juga.
Unit yg Kak As beli tu book tu berharga RM260K ++
katakanlah rm265K untuk unit 527sf. ini bermakna bayaran bulanan adalah rm1251 jika pinjaman 30 tahun dengan kadar pinjaman 4.8% .
bila masuk dengan maintenance, katakanlah RM100, ini bermakna sewa utk studio unit sekecil ini sekurang-kurangnya RM1350 baru cukup2 cover komitmen bulanan kak A.
kalau ikut kadar sewa yang ideal, ia mestilah sekurang2nya RM1620.
formulanya: komitment 12 bulan boleh ditanggung oleh sewa 10 bulan. (1350 x 12) / 10 = 1620

jadi, adakah pasti sewa unit sekecil ini pada tahun disember 2013 nanti boleh mencapai rm1350 - rm1620 untuk unit kosong?
ini persoalannya.
mungkin buat permulaan, setakat 1350 sahaja.. mungkin
selepas 2 atau 3 tahun baru boleh capai sewa ideal ini.

Harus diingat setakat ini pelajar2 di MSU belum benar2 terbukti sekaya pelajar2 Limkokwing di Cyberjaya.
Pelajar antarabangsa pun ada tahap kekayaan berbeza.
ini yg saya nampak bila saya bandingkan pelajar antarabangsa di Cyberjaya, KLIUC dan UCSI.

Jadi, bagi saya risiko nya sederhana tinggi sedangkan di sekitar shah alam saja, ada banyak apartment lain yang terbukti menawarkan rental yield 7.5% - 9%.. tapi unit subsale la..
Atau ada few apartment projek baru yang harganya lebih murah dan lebih berisiko rendah.

Bukan saya menidakkan projek ini. saya percaya ia projek yang baik.
cuma saya rasa untuk kak As yang baru nak belajar dan berjinak2 dengan pelaburan hartanah, sebaiknya jangan mengambil risiko ini kerana saya sendiri tidak berani book dan ambil risiko ini di Menara U.
itulah jawapan saya kepada Kak As.

Seharian Kak As berfikir2, esoknya beliau memutuskan untuk membatalkan tempahan unit ini dan ambil semula wang booking RM500 tu.

dan saya dapat job baru.. kena bantu dia cari property yang dah terbukti rental yield 7.5% - 9% tu.. huhuhu

cerita akan bersambung.. hehehehe.....



Nota:
untuk pembacaan lebih berkaitan Menara U, boleh baca di sini:







Share:

protege mcm AE ke? tak lah...

saya di Kota Bahru ni.
ada hal kerja.
sekejap lagi nak shut down dah.. letihlah..

Actually semalam seharian saya menemani kawan jalan-jalan cari rumah.
Kalau Abangensem ada protege, saya ni takde la protege... tp ada lah kawan rapat minta saya bantu dia nak beli rumah.
so saya bantu lah dia setakat apa yg mampu saya bantu.
saya teman dia berjalan2 dan survey, selain bg pandangan.
actually semalam tu dah hari kedua.
hari pertama minggu lepas tapi tak lama sgt.

Kawan saya ni saya panggil sebagai kak As.
berumur pertengahan 30an, belum pernah membeli rumah.
Tapi minat dah mula menebal dan membara apabila beliau telah mula berjangkit melayari laman web iProperty dan beberapa laman web berkaitan hartanah.
bekerja kerajaan di KL.
Tapi tinggal di Klang.
berhasrat membeli untuk pelaburan.

Melihatkan minat dia yang ikhlas nak membeli rumah untuk masa depannya, saya pun sudi membantu.
Kalau hasrat beliau tercapai, beliau dapat rumah, saya dpt perasaan puas hati kerana dapat membantu seorang lagi memulakan pelaburan hartanahnya.
untung-untung beliau sudi ditemuramah atau menyumbang pengalaman beliau di Property Virgin comlumn nanti kan.. hehehehe



hm.. malam ni letih sgt.. nanti esok saya sambung cerita ini.
:)

Sementara tu, jangan lepaskan peluang menyertai sharing session How to make money in property investment: a Fast Track oleh Property & Co.
Ada harga istimewa untuk early bird sebelum 15 Jun ini.


boleh contact saya di propertywaltz@gmail.com untuk book seat anda dan maklumat lanjut.
:)

Selamat malam semua..

Windows is shutting down... zzzZZZzzzzz

Share:

jalan-jalan cari rumah

saya di Kota Bahru ni.
ada hal kerja.
sekejap lagi nak shut down dah.. letihlah..

Actually semalam seharian saya menemani kawan jalan-jalan cari rumah.
actually tu dah hari kedua.
Share:

penyewa takde permit

rasanya nak berkongsi cerita seorang kawan saya...
beliau sewakan rumahnya pada pekerja kedai runcit dan restoran mamak.
ada 3 orang pekerja yang akan duduk tapi sewa dibayar oleh tokeh kedai.

entah la.. kawan saya ni baik sangat orangnya..
ada ke patut tokeh kedai tu.. dia mintak diskaun dr harga yg kawan saya ni nak sewakan...
kawan saya ni baik dan lembut hati, bagi sewa walaupun harga tu mmg termurah di apartment tu.
kemudian tokeh kedai tu, oleh kerana dah bayar deposit 2 buland dan deposit air, dah tak cukup duit nak bayar advance sewa.
maksudnya sepatutnya kalau pindah masuk bulan januari, biasanya penyewa dah bayar siap2 sewa bulan januari tu sekali dgn deposit kan..
nanti bulan februari bayar pulak la 1 hb untuk duduk bulan februari.

tapi tokeh kedai ni pelik sikit.. dia nak duduk dulu baru bayar.
1 februari dia baru nak bayar utk duduk januari.
1 mac baru bayar untuk duduk februari.. ada ke?
kalau saya, memang jangan harap lah.. sebab macamana kalau pada 29 januari dia dah lari?
boleh ke kita dapat sewa utk tempoh yang dia dah duduk tu?
nak naik bas, misalnya.. kena lah bayar dulu baru lah bas hantar ke lokasi.
kalau dah sampai ke lokasi baru nak bayar, macamana kalau penumpang lari?

tapi tu lah... kawan saya dan suaminya jenis orang yang sangat baik..
mereka setuju.
beberapa bulan berlalu, pembayaran sewa takde masalah.
sehinggalah tiba-tiba bulan ini bayaran lewar lewat.. dan lebih 10 hb masih belum dibayar.
bila ditanya, mereka minta tempoh lagi seminggu
tiba-tiba juga restoran mamak dan kedai runcit beliau ditutup.
kawan saya dah rasa sesuatu tak kena.

call lagi, mereka minta tempoh sampai selasa baru-baru. mereka akan bayar.
bila kawan saya datang untuk kutip sewa selasa tu, barulah mereka bagitau yang mereka nak pindah keluar.
sebab? pekerja-pekerja tu takde permit. restoran dah kena serbu dengan pegawai imigresen dan diarahkan tutup.
semua pekerja diarahkan pulang.
maka sewa bulan lepas kawan saya nampaknya burn begitu saja...

mereka janji semalam akan pindah keluar.

tapi bila kawan saya datang mlm tadi untuk ambil kunci, mereka tak mahu pindah keluar juga.
nasib baik juga suami berkeras kali ni.
paksa juga mereka keluar malam tadi juga,
hm.. nasib baik lah ada lelaki kan..
kalau tuan rumah yang comel mcm saya ni dtg sorang2? terpaksa cakap lembut2 je la... hehehehe

so disebabkan penyewa mengambil kesempatan atas kebaikan hati mereka, mereka rugi sewa bulan lepas dan sewa bulan ini.
deposit 2 bulan walaupun hangus, cukup untuk cover bayaran 2 bulan ini yang tertunggak sahaja..

tapi saya tetap doakan Allah bantu mereka suami isteri untuk dapatkan penyewa yang bagus.
Semoga Allah balas segala jasa dan persahabatan kawan saya pada saya dengan rezeki yang lebih murah di masa depan...

cuma pesanan saya, jangan berlembut sangat dengan penyewa kerana mereka akan ambil kesempatan. (bab ni kadang2 saya pun fail juga.. huhuhu)
deposit mestilah 2 bulan walau apa juga pujukan rayu mereka.
jangan sekali-kali setuju penyewa duduk dulu baru bayar.


hm.. kepada semua tuan-tuan rumah dan pelabur hartanah di luar sana, lets chill and make money
:)

Share:

Property & Co sharing session kembali lagi

Kawan2,


Berita terkini dari Property & Co.
Taraaaaa!!!!!
Sharing session on How to make money in property investment: a Fast Track akan kembali lagi.
menampilkan 3 orang blogger iaitu Siti Farazila, Nicole Ong dan Rohaniah Noor... hehehehe
tapi kali ini lebih istimewa kerana kami membawakan anda seorang blogger hebat dan tidak asing lagi kehensemannya...
Beliau adalah Abangensem!
wahhhhh......


terima kasih banyak2 kepada Abangensem kerana sudi menerima jemputan kami
sebenarnya kami sangat tersentuh melihat sokongan Abangensem kepada kami semasa mula2 menganjurkan session yang pertama tempoh hari.
Beliau siap bercerita di blognya selain menberi ucapan good luck di alam maya lagi.
wahhh
maka dengan itu, hati kami benar2 tertarik untuk mengadakan kerjasama dengan beliau di masa depan,.
Maka itulah untuk projek session kali kedua ni, kami menjemput beliau.
alhamdulillah.. lamaran kami berbalas..


Selain Abangensem, Tuanbri juga sangat menyokong usaha kami.
Harapnya selepas ini dapat membuat kerjasama dengan Tuanbri pula...
boleh kan Tuanbri kan kan kan...
terima kasihhhh... :)



Seminar ini selama 2 hari.

kami akan bercerita tetang pelbagai perkara

dari startegi pelaburan hartanah, tips memilih jenis dan lokasi hartanah, prosedur pembelian, pinjaman perumahan dan kelayakan, pengurusan penyewa, prosedur menjual rumah dan yang paling best adalah teknik, tips dan prosedur membeli rumah lelong oleh Auction Queen kita, Siti Farazila.

:)



Dan.. sesi istimewa bersama Abangensem memang adalah satu sesi yang tak patut anda lepaskan sebab saya pun terpaksa senyum sehabis manis untuk menjemput beliau tau..

ini memang peluang keemasan.



Ok, kami akan kongsikan lebih lagi maklumat berkenaan session ini di masa depan.
Tapi untuk hari ini, saya umumkan dahulu butiran penting berkenaan session ini


Tarikh: 9 dan 10 Julai 2011
Masa: 9.00 pagi - 6 ptg
Tempat: International Youth Center, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Makan minum pagi, tengahari dan minum petang disediakan.. air mineral pun ada.. jangan risau... hehehehe


Untuk kali ini , jika anda mendaftar sebelum 15 Jun 2011, yuiran seorang peserta adalah RM388 tapi jika anda mendaftar sekurang2nya berdua sekaligus atau group booking, ada diskaun.
Cuma perlu bayar RM358 sahaja untuk seorang.


Jika berminat, boleh hubungi
-Siti farazila di ctfarazila@gmail.com atau hubungi 012-3459450
-saya di propertywaltz@gmail.com atau 0192648628


sekarang, enjoy dulu video clip sesi sulung Property & Co bulan Mac lalu.




Share:

Hari ini dalam sejarah


Hari ini merupakan satu sejarah kepada saya
kerana selama lebih 30 tahun saya hidup, tak pernah sekali saya membeli majalah Remaja.
Saya cuma pernah membacanya semasa kakak saya berada di alam remaja dulu sebab dia yang membelinya.
Adakah zaman remaja saya dulu bosan sebab tak membeli Remaja?
Tidak juga.. sebab dulu saya biasa membeli URTV dan Media Hiburan serta komik bersiri Tony Leung.
(wallawehhh.. best giler baca komik Alam Perwira dulu.. kungfu dia superbbbb... )
Tapi sekarang ni cuma 2 je majalah yang saya tak putus beli setiap bulan..
Majalah iProperty dan Property Buyer.. hehehehe


Tapi hari ini saya telah memecahkan rekod ini apabila saya membeli majalah remaja terbaru ini.
Semuanya gara2 gambar saya ada di dalamnya...
betull... tak percaya?
eh tapi bukan lah cerita saya.. cerita kawan saya, Ieja di dalamnya tapi ada terselit gambar ramai2 yang ada muka saya juga dan kawan2 geng yang lain.

Maka dengan munculnya muka saya menempel kat dalam tu, bolehlah dikatakan saya muncul dlm majalah tu kan...
kira ala-ala featuring la..
hahahahaha....

untuk kenang-kenangan, maka saya pun membeli majalah ini untuk disimpan.
sekurang-kurangnya boleh lah saya bercerita dan tunjuk pada anak cucu saya nanti... kalau ada...
kalau takde.. anak cucu sedara pun ok.. :)

sebenarnya saya pernah juga muncul di suratkhabar.. sekali masa saya darjah 1.. saya, adik saya dan jiran2 saya dgn muka letih tunggu Dr mahathir sampai.
tulisan di bawah gambar adalah "wajah mereka yang menanti ketibaan Perdana Menteri Malaysia..)
adik saya siap duduk mencangkung lagi... hahahahaha

kali kedua muncul di surat khabar adalah apabila saya memenangi pertandingan syarahan agama semasa saya di Darjah 5.
Pertandingan antara sekolah-sekolah agama rakyat peringkat negeri Pahang.
Berita Harian.. edisi Timur.
Ingat lagi muka saya dalam gambar tu, giler buruk!

oleh kerana pada masa itu saya sangat gagal bab menyimpan dokumen ni, (rasanya sekarang pun masih gagal lagi cuma ada perubahan la... ) maka kedua2 keratan akhbar ini telah hilang.. sayang kan..
:(

so dah tua2 ni, harapnya saya dapat jaga majalah Remaja ni dengan baik
sebagai kenangan cerita kawan saya dan tentang betapa beliau meminati Kak Francissca Peter.

Tribute untuk kawan2 geng dan kak Bibs yang telah membantu saya brainstorm tagline propetywaltz.com tadi..
Terima kasih juga kepada Otromen kerana kongsikan lagu ini di wall FB saya semasa saya stuck tadi..
kini saya kongsikan pula lagu waltz ini kepada semua pembaca .
Tajuknya Waltz of Beauty.
:)



Share:

Jalan2 ca

Share:

Tesco Scott Garden Jalan Klang Lama dah dibuka



semalam saya ke Jalan Klang Lama. ada sedikit urusan di bangkel motor rasmi saya.
bersebelahan deret kedai bengkel motor tu adalah Projek Baru Scott Garden.
wah... rupanya Tesco di situ telah pun dibuka... wahhhh..

Scott Garden ni kalau tak salah saya, baru tahun lepas mereka start bina dan buat promosi jualan untuk unit SOHO.
Memang masa tu pun dah diwar2kan nanti akan ada Tesco di retail lot di bangunan ini.
masa tu, saya masih ingat.. ada yang mempertikaikan.. betul ke Tesco nak buka di situ
ada juga yang bising pasal loji kumbahan di belakang flat menghala ke Bukit Kerinchi tu.. entah kenapa lupa pulak nama flat tu...
mereka kata nanti bau busuk kuat.. so saper lah yang sanggup menghirup bau begitu.
entah la.. pengalaman saya lama ke bengkel motor tu, mmg takde bau apa... kecualilah memang melewati jalan di hadapan loji itu.

apa pun saya sebenarnya merasakan sangat tertarik untuk memiliki unit SOHO berkenaan.
bukan sahaja sebab wujudnya Tesco tapi sebab lokasi itu begitu dekat dengan Taman Desa.
Taman Desa ni adalah tempat tinggal saya dulu..
kenangan mula2 hidup di KL ada banyak di situ...
so, kira sentimental value lah..
tapi harga SOHO tu mahal sangat la.. dlm 360K duplex soho sebelum ditolak apa2 diskaun.
risau dgn risiko pasaran SOHO di kawasan itu, saya pendamkan minat saya ini.
(tapi sebenarnya saya ada juga berangan nak beli untuk bukak law firm saya di sini nanti.. hehehehe..)

Diam tak diam, rupanya bahagian bawah bangunan tu dah siap dan Tesco dah beroperasi..
saya sangat teruja.
projek tesco seperti yang diwar2kan tu kini ternyata satu kenyataan.
sayangnya masih gagal memiliki rumah di taman desa atau jalan kuchai lama sebelum ni..
sure dengan adanya tesco ni harga akan naik lepas ni... huhuhu



Share:

Mydin akan datang ke tempat saya

hm... nampaknya mmg menjadi projek hypermarket kat taman anggerik perdana ni.
mula2 masa saya beli rumah ni saya dengar tanah kat simpang depan klinik tu reserve utk projek commercial. mungkin akan ada hypermarket di situ.
tahun lepas bila developer, Getaris Sdn Bhd mula jual rumah teres hijau putih yang cantik tu dan mula mempromosi apartment Anggerik@Residence, mereka kata akan ada Econsave di tapak tersebut.
Tup tap tup tap Econsave muncul di Reko Sentral di Jalan Reko.

Tiba-tiba sejak hujung Mac nampak aktiviti pembangunan projek rancak di atas tapak ini.
saya apa lagi.. menggunakan segala kabel maklumat yg ada dgn pekerja-pekerja Vietnam di sini dan akhirnya mendapati rupanya Mydin akan dibuka di sini...
Mydin.. kenapa Mydin? itu feedback spontan saya...
Sebab Mydin ni ada 2 style.. sama ada kecil mcm MyMydin di Putrajaya tu... atau Mydin yg besar dan lengkap.
Kemudian kalau Mydin di bangunan kedai pula biasanya sangat tak teratur.. padat.
kurang selesa nak berjalan2 di dalamnya..
tapi memikirkan kalau lah Mydin bina bangunan shopping complex yang besar mcm di USJ atau di Kuala Terengganu tu,.. hebat juga... ye, Mydin di Kuala Terengganu mmg gempak.
tapi apa yang bagusnya, dengan adanya Mydin nanti akan bertambah la permintaan rumah sewa di sini kerana wujudnya permintaan dari pekerja2 di situ kan..
saya pun boleh beli barang yang murah tapi dekat. Ada banyak dvd hindustan juga nanti....wahhh...

Dengan jarak kawasan ni dgn Kajang 2 yang sangat hampir ditambah pula dgn kewujudan Mydin nanti, saya sangat gembira kerana sudah pasti nilai rumah saya akan naik... yeyeyeye...
kawan saya juga pasti tidak rasa menyesal lagi membeli apartment di sini pada masa itu nanti... hehehehe






Gambar diambil pada Mac 2011

Pesanan Penaja:
jom join Group Property & Co di Facebook http://www.facebook.com/home.php?sk=group_138974949505183
Share:

Mandarina Court

I got an info from a developer salesperson saying that there are limited units for sale in Mandarina court at Taman Connought.
Leasehold.
The apartment is ready with CF.
all available units are of 780sqft.. 3 bedrooms and 2 bathrooms.
The price range from RM 192k- 220k depending on which floor it is located.
The developer for the project is IJM, a reputable developer.

Hiow good it is?
looking at thelocation itself, it is good location. there are UCSI nearby.
Taman Connought also have a very high population. so the demand to stay is not to be doubt.
It is just, how high the rental rate will be?
surely not a negative cashflow.. but how positive it is?

i realise the property price has been increasing from time to time as the development progress increasing too.. a normal scenario for a new development property.

Booking is 2%. upon signing s&p, you need to pay the rest 8% deposit.
no discount anymore available.. whether bumi discount or late bird.. nothing. huhuhuhu

more discussion, read here:
http://forum.lowyat.net/topic/922260
Share:

baru dapat penyata dari Al-Rajhi

Semalam seharian saya cuba update blog tapi gagal.
Blogger.com down lah.. katanya sebab isu penyelenggaraan.
seharian down.. mesti ada isu besar ni kan...

Hari ini saya menulis dari Kulim. ada hal kerja di sini...

hm.. saya nak sambung cerita saya mohon penyata pembayaran dan keuntungan (kalau pinjaman konvensional dipanggil interest atau faedah) untuk pinjaman rumah saya di Alrajhi.
saya ada cerita sebelum ni

http://www.propertywaltz.com/2011/04/penyata-cukai-alrajhi-vs-alliance.html

http://www.propertywaltz.com/2011/04/penyata-faedah-untuk-cukai-alrajhi-vs.html

25hb april saya ke cawangan alrajhi kajang mohon penyata tersebut tapi mereka kata saya kena tunggu.
29hb saya call alrajhi, dapatlah anggaran jumlah melalui telefon. mereka kata biasanya mereka ambil masa 7 hari untuk keluarkan penyata tu..

tup tap tup tap, rabu 11 mei 2011 baru saya terima penyata tu.. adehh.. ni bukan 7 hari ni.. ni lebih 14 hari...
e-filing dah siap isi dan bayar lama dah pun...

alrajhi.. alrajhi...
kalau dah janji 7 hari tu sepatutnya kena lah tepati.
sebab cuba kalau pelanggan terlewat sehari bayar hutang, masa tu jugak automatik rekod terus masuk CCRIS.
kalau pelanggan terlambat sikit tak boleh.. kalau bank yang lambat dari janji anda sendiri tak apa pulak? takde pulak penalti ke...
perkara ni bukan alrajhi je.. mana-mana bank sama.. mereka lambat keluarkan surat..lambat keluarkan penyata.. lambat disburse.. lambat proses.. tp pelanggan yang tanggung akibatnya.. kena bayar interest pada developer.. kena bayar penalti kalau beli rumah lelong.. dan dlm kes saya ni, boleh tersangkut pengiraan cukai pendapatan.
tapi mereka tak pernah silap kan..
hm....
Share:

blogger not available

huhuhu.. nak update blog dr pagi tadi tapi tak boleh sebab blogger.com not available.
It is put in read-only mode due to some maintenance issues.
huhuhu... so ni sajer try update through email.. tgk boleh update ke tak...


Share:

Property & Co @Facebook


Hi friends,
calling all blg readers, especially those who have joined Property & Co first sharing session on property investment: A Fast Track.
Property & Co already has a Facebookgroup page but previously it is closed to the first session's sminar only. Now we decides to make an open group and accessible to public.
Because we want it to be more informative with all comments and info from you all.. besides to deliver fast info easier.
So, if you interested to join, you can join us by cliking the Join button. :)
We will accept your join request soon..
The url address of the group is as follows:

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_138974949505183


ok folks.. see you there.. :)
Share:

Melati Westgate


One new project at Taman Melati near LRT station and TAR college is so hot.
within 2 weeks all smaller units has been sold out. Just bigger units available.
this info u get during my exam week.. so busy so i dont have chance to upload it.
for bumi, teher are 5% discount for you at the time i get this info.
but now, you need to check with the salesperson first.

More info:
- 3 room 2 bathroom and 4 room and 3 bathroom build up from 806-1092sqft
- Leasehold
- Free 1 car park
- Card Security System
- Retail space manage by Retail Network (Mgmt of Empire Subang)
- got 3 storey commercial retail space
- 2 storey covered car park
- Facilities:
Barbecue Area, Business Centre, Cafeteria, Covered Parking, Jacuzzi, Jogging Track, Mini Market, Playground, Salon, Sauna, Swimming Pool, Wading Pool, 24hr Security







Interested, can call Nick at 012-2191622 or e-mail: nicktan2003@gmail.com
Share:

Semester telah tamat... exam dan berakhir

Alhamdulillah... ptg tadi peperiksaan akhir utk sem ini bagi saya dan pun tamat...
pukul 2.15 - 5.15 merupakan paper terakhir...

alhamdulillah.. berkat doa kawan2, keluarga.. peperiksaan berjaya diharungi. lulus ke tak semua subjek tu belakang kira... hehehehe

mulai esok, cuti semester akan bermula... tapi kali ni istimewa sedikit.
oleh kerana kementerian nak menyelaras jadual semester IPT di malaysia sama dgn di luar negara, maka semester seterusnya akan bermula pada september, bukan hujung jun atau awal julai seperti tahun2 lepas.
ini bermakna cuti semester akan menjadi 4 bulan.. wahhhh...
macam2 boleh buat ni dlm masa cuti sem ni...

hm.. sepanjang saya sibuk dgn peperiksaan, lama juga tak update blog.
entri property virgin may 2011 yg update semalam tu sebenarnya adalah scheduled entry...
dah masukkan lama dah tp sengaja set supaya dia appear semasa tarikh hari lahir adik saya semalam.
terima kasih kepada dia sudi berkongsi cerita.
rasanya ni artikel pertama oleh keluarga saya sendiri kan...

rupanya hari ni kadar OPR bank negara dah naik eh...
saya pun dpt tahu dr blog tuanbri tadi.
ya lah.. study je sampai terlupa nak tgk berita.

hm.. biasanya kalau OPR naik ni, bank terawal yg akan naikkan BLR adalah maybank.
tak tahu lah kali ni macamana...mari kita tgk... hehehe

utk saya dan kawan2 yg mempunyai pinjaman perumahan secara fluctuate ni.. hmm letih juga kalau BLR naik sebab cashflow kita berkurangan.
takkan setiap kali BLR naik kita pun nak naikkan sewa kan.... huhuhu...
tp inilah asam garam pelaburan hartanah.
itu sebabnya jgn beli property utk pulangan sewa kalau harga sewa semasa di situ tu cukup2 je utk cover bayaran bank. biarlah ada lebihan byk sikit.
kalau rental yield 8% atau sekurang2nya hampir 8% , margin cashflow tu lebih lah sedikit...

bukannya apa.. takut kalau sewa cukup2 cover bayaran bulanan ke bank, nanti bila BLR naik, bukan ke dah negative cashflow?
sedangkan kita beli apartment tu utk pulangan sewa..
kan dah jauh tersasar tu..

hm.. mlm ni kepala masih letih tak boleh menulis panjang.

rasa nak share satu lagu di sini.. buat hiburan pembaca yg sudi mendengar.
Lagu kegemaran saya dendangan Glen Fredly, bertajuk Aku.
tp ni versi live unplugged.
lagu ni mengingatkan saya pada kenangan lama mendengar lagu ni di walkman sambil membantu mak menoreh di ladang dulu



hehehe.... kalau nak dengar bagaimana muzik waltz diadaptasi dlm lagu hindi, boleh dengar kat tepi sebelah kanan blog ni... lagu dari filem Om Shanti Om bertajuk Main Agar Kahoon.
hehehehe... muzik waltz mmg menenangkan saya.
Share:

Property Virgin May 2011


Wowowowowwwwww... today is a very special dayyyy

HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
SAENG UL CHUKKA HAMNIDA!!
ALLAH SELAMATKAN KAMUUUU

Selamat Hari Lahir kepada adik saya, sitiezahim.. hari ni adalah merupakan hari jadinya yang ke tutttttt... hahahaha....
selamat mencecah 3 pointer ye! hehehehehehe
Adik saya ni adalah geng menoreh getah saya dulu.. sama2 menyuluh ke ladang awal pagi.. sama2 tolak motor bila motor rosak bila nak balik dari ladang... sama2 keletihan tertido2 atas tanah masa rehat menoreh sebelum mengangkat susu... banyak susah senang zaman belajar dengan dia.
Dia juga merupakan ahli tetap pasukan mengecat Hajjah Arpah.. hahaha.. selain suaminya dan adik bongsu saya..
Sekarang ni dia takde di Malaysia. Berada di Germany mengikut suaminya yang buat PhD.
Dia? hm... nampak macam dok belajar memasak je.. hehehe.. best lah kalau dier dah balik nanti..
leh nganga mulut makan sedap2 yg dia masakkan.. hehehe....

Tahun ni celebrate besday di perantauan lah ye... apa boleh buat...

Dan saya sangat bersyukur kerana sempena besday dia ni, dier sudi berkongsi pengalaman pertama dia membeli rumah untuk blog ini.
Tapi dia nak menulis dalam bahasa melayu.. no halll... sebab blog ni mmg bilingual pun kan... dwi bahasa...

Ok kawan2, mari enjoy artikel yg dia tulis.. especially part yang dier puji saya tu.. baca banyak2 kali ye.. hehehehe...

Layannnn..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nickname: sitiezahim
Gender: female
Marital Status: Married
Age on the first purchase: 22
Year on first purchase : 2003
Website: http://catatandarideutschland.blogspot.com

What is your first property? Where is it located?
Kekwa Apartment, Taman Putra Perdana. Puchong, Selangor


Is it for own stay or for investment?

Mulanya untuk sendiri tapi akhirnya untuk disewa.


Have u studied on property investment before the purchase? How?

Sikit-sikit, Sebelum beli, ada survey di situ dan kawasan berhampiran dr segi harga, lokasi, kemudahan dan lain-lain. Then, compare mana yang terbaik


What makes you decide to buy it? can u tell me the stories behind?

Kami memang mencari rumah untuk persediaan lepas berkawin nanti. Kami pilih taman itu sebab kedudukan yang agak strategik (near Shah Alam, Cyberjaya, Puchong) tapi harga yang murah berbanding taman-taman lain. Apartment tu pula paling bagus berbanding yang lain dalam taman yang sama, kalau compare dari segi luas, lokasi (tepi jalan besar) dan dekat dengan kedai.


Did you encounter any problems or difficulties for the purchase? What and how it resolved?

Ada. Masalah utama ialah duit pendahuluan. Suami (masa itu boipren) baru bekerja dan saya masih belajar. Jadi kami combine duit yang ada untuk bayar deposit. Masalah lain ialah berkaitan dengan owner lama rumah itu. Ambil masa untuk uruskan semua dokumen pembelian dengan peguam masing-masing.


Is it your dream house? Why?

Konfirm la bukan, hehe. Saya tidak suka rumah tinggi sebab gayat. Lagipun apartment ni tak ada lif..huhu..Namun begitu, saya juga ralat sebab tak dapat merasa duduk di situ kerana itulah perancangan asal kami. Rumah idaman? Saya idamkan rumah yang berlaman supaya senang kami anak beranak melepak.


After the purchase, what's next?

Lepas tahu kami mungkin akan menetap lama (or selamanya hehe) di Kuantan, kami mula mencari rumah untuk menetap secara kekal tanpa berpindah randah lagi. Bayangkan di Kuantan saja, kami pernah tinggal di 2 rumah yang berlainan! Jadi, kami mula mencari rumah idaman kami dan akhirnya berjumpa juga. Lokasi yang di tengah-tengah antara tempat kerja saya dan suami, dan berhampiran dengan Bandar Kuantan. Paling penting, rumah semi D setingkat dan ada laman :D!!
(Saya memang tidak suka rumah 2 tingkat jadi rumah ini memang rumah idaman saya). Terima kasih pada suami yang mengabulkan impian saya..:)
Kemudian, kami membeli satu lagi apartment di Domain, Cyberjaya (2010). Apartment ini memang bertujuan untuk sewaan dan diselia sepenuhnya oleh kakak saya, si Eun Yong ni. Dialah insan yang mengenalkan saya dengan dunia property investment ini dan Alhamdulillah, setakat ini saya berpuas hati dengan pelaburan yang dibuat. Terima kasih ye :D


What is your advice to all property virgins and home buyers out there?

Pada saya, rumah sendiri adalah sangat penting terutamanya yang sudah berumahtangga. Usahlah bertunggu untuk membeli rumah, kerana harga yang makin naik dan taraf hidup yang semakin tinggi. Cari lah lokasi yang terbaik, harga yang berpatutan, dan persekitaran yang sihat. Dan sekiranya kita mampu, tidak salah membeli rumah kedua atau ketiga untuk disewa, ianya akan menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan kita.


Anything else to add-up?

Oh..saja mau bercerita tentang tenant pertama kami. Sangat scary orangnya, sampaikan kami terpaksa report polis kerana dia hantar sms cacian dan ugutan. Alhamdulillah, dia berjaya di usir dr rumah itu, tapi sempat tinggalkan kotoran di dinding yang memaksa kami mengecat semula walaupun saya masih dalam pantang akibat keguguran. Memang meninggalkan 1001 kenangan buat kami..:D


Share:

Sentul Prime

Happy Labour Day, Friends!

Few days ago, i got an early notification email from a sales developer saying that there are a new project starting to receive booking soon.
it is called Sentul Prime.
There will be a total of 6 blocks of service apartments on a 10 acres of land. Each block will consisits of about 200+ unit. Each of the service apartment unit will be a corner unit & each floor will have 8 units (tentatively).
The developer plans to open 1st block (phrase 1) for booking.
It is on a freehold land. Situated near 1Sentul.. so near to LRT station.
BRIEF PROJECT INFO

Name: SENTUL PRIME Mall and Service Apartments
Land : about 10 acres (to be opened for sale in few phrases)
Title : Leasehold
Type : Condominium/Service Apartment
Size : from 800+sqft to 1000+sqft
Price: from RM300+/- per sqft
Booking: RM5,000.00

If you interested, you can call Nick at 012-2191622 or email him nicktan2003@gmail.com
I just put the info here for your info.

Can read more discussion on the project here
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog