nak sewakan rumah.. tapi macamana dgn agreement

dah lama sungguh rasanya saya tak bagi Q& A kat blog ni...

so hari ni rasa nak share satu soalan simple tp kerap ditanya oleh pembaca blog.
soalannya berbunyi.. jeng jeng


SOALAN:

Hi cik blogger,
Sebenarnya, saya ada kemusykilan & nak bertanya ngan cik blogger....

Berkenaan perjanjian sewa rumah......saya nak sewakan rumah saya pada student.....katakan bilangan penyewa tu 6 orang......bagaimana saya nak sediakan tenancy agreement? Perlukah saya masukkan nama semua penyewa tu??? Atau adakah tip2 yang sesuai bila kita nak sewakan rumah pada student???

Terima kasih sekiranya cik blogger sudi memberi sedikit jawapan pada soalan saya ni....


JAWAPAN
(ringkas sahaja sebab jawab nak cepat kan.. hehehehe)

En N,
nak sewa pada student?
ada 2 pilihan.

Pilihan A:
hm.. kalau sewa kpd 1 group of student, pakai satu nama je la sbg ketua rumah. terpulanglah pada dia nak cari dan ambil siapa sbg housemate. kepala kita tak pening.
Cara ni biasanya sesuai utk student local sebab mereka ada geng.

Pilihan B:
en N sewakan bilik.. cari penyewa satu bilik ke satu bilik individually... kalau macam ni barulah kena ada perjanjian sewaan berbeza bg stp bilik.
Ini seperti yang saya lakukan untuk rumah di Cyberjaya dan di Kajang.
Cara ni biasanya sesuai untuk student foreigner yang mana mereka takde kawan2 utk pakat sewa satu rumah dan biasanya mereka nak rumah yg fully furnish. Mahal sedikit tak mengapa.

Tapi biarlah kalau kita total up, kadar sewaan satu rumah Pilihan B lebih tinggi dari kadar yg kita dapat kalau kita buat Pilihan A. sebab bukan apa.. kerja kita lebih rumit nak cari penyewa sorang2.. dgn setiap orang ada kepala yg mungkin berbeza dan apa2 masalah sedikit, mereka mengadu kepada kita individually...

So, pilihan di tgn anda.. bergantung kepada kesesuaian target tenant dan harga sewa.
:)
6