Skim rumah pertama - rebut atau tidak?


Sejak pengumuman Bajet 2011 pada hujung tahun lepas, ramai orang mula bercakap tentang skim pinjaman 100% untuk pembeli rumah pertama.
Ramai yang menunggu perlaksanaannya.
Skim pinjaman 100% bagi golongan berpendapatan RM3,000.00 sebulan untuk pembelian rumah pertama.
Terbuka untuk yang bekerja swasta sahaja dan dah bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan...erkk
maknanya kawan2 ku yang bekerja kerajaan takde la peluang ni ye..
nasib baik kalian ada pnjaman perumahan kerajaan.. terpaksa guna yg tu je la.. no double bullet. hehehehe

Selain itu, syarat skim ini juga adalah rumah tersebut mestilah berharga dari RM100,000 ke RM220,000 sahaja.
Bermakna, kalau di Lembah Klang ni kebanyakannya apartment kos rendah atau kondo subsale la.. tapi ada juga rumah teres subsale setingkat yg dlm lingkungan harga ini.
Tapi kalau nak beli rumah landed baru dari developer di Lembah Klang, alamat memang gigit jari lah ye...

Hm.. bagi pendapat peribadi saya, skim ni sangat baik.
Sebab saya teringat tahun 2006 masa mula2 saya dan kawan2 nak membeli rumah dulu, ada beberapa kawan yang nak beli rumah tapi tak ada duit deposit.
Rumah yang kami nak beli tu apartment kos rendah je.. perlukan deposit keseluruhan cuma RM2K ++ je.. kemudian bayaran peguam lagi RM 2k++ tak sampai RM3K.
Nasib baik masa tu saya pun ada menyimpan, maka saya pinjamkan kawan baik saya dulu untuk deposit. Lepas tu kami pakat2 isi borang KWSP.
tahun lepas pun sama.. seorang kawan study saya.. hampr setiap hari mendengar saya bercerita tentang pelaburan hartanah.. akhirnya berminat nak booking satu kondo di lokasi yang bagus.
Pun sama... tak ada duit deposit.. maka terpaksa meminjam dengan kawan2 sementara menunggu duit KWSP keluar.

Jadi, bila program ni dah dilancarkan, memang patut sangat la semua yang layak dan belum membeli rumah mengambil peluang ini.
Mungkin susah nak beli projek baru dari developer.. apa salahnya beli dari subsale?
hartanah dari subsale pun banyak kelebihan.. boleh cari hartanah mengikut bajet, boleh tengok propety tu sendiri dan tengok persekitaran dan jiran-jirannya.. boleh pastikan terus berapa market sewa di situ, berapa occupancy rate kat situ.. dan cepat untuk disewakan.
Dalam 3 - 6 bulan lepas loan disburse, rumah dah jadi milik anda.. berbanding projek dalam pembinaan la yang anda terpaksa tunggu 2 - 3 tahun.
Tapi ye la.. projek dalam pembinaan ada pula pro and cons dia sendiri yang menyebabkan saya juga suka memilih property dari market ini.. selain subsale.

Lebih baik anda semua ambil peluang ini cepat sebab bukan apa.. faham2 la pak menteri kita.
Bajet tahun ni kata begini.. bajet tahun depan tak tentu lagi...

Cuma ada satu perkara yang saya perhatikan.. kenapa masih ramai orang belum memiliki rumah sendiri.
Ada satu golongan ini sebenarnya memberi alasan duit takde nak bayar deposit.
Bagi saya, itu bukan sebab.. Kalu pasal duit deposit, pasti ada penyelesaiannya.. mcm yg saya ceritakan di atas.
Pinjam duit sementara dr orang yg mempercayai anda dan keluarkan duit KWSP. kemudian bayar cepat2 duit kawan tu...
saya rekemen bayar la lebih 50 ringgit ke.. 100 ke.. sebagai tanda sagu hati..
tak wajib tapi apa salahnya.. kawan dah bg pertolongan yg besar tu... nnt dier gembira dan boleh la membantu lagi.
.. psikologi dan tanda terima kasih...

Tapi golongan ini sebenarnya bernafsu besar.
Itu sebab mereka belum beli rumah lagi.. wpun dan berkahwin dan ada anak.
sama ada mereka bernafsu besar membeli kereta yang dah makan 25% - 40% dari gaji bulanan mereka.. atau masa kawen dulu mereka berhabis duit buat personal loan sebab nak buat kenduri kahwin yang puas hati...
atau mereka mmg berangan nak beli rumah landed baru yang besar tapi mendapati duit tak cukup.
maka mereka extend hajat tu hari demi hari menunggu2 kot rumah idaman mereka akan dijual dengan harga bawah 200K..
bila saya tunjukkan rumah subsale, tak mau.. rumah dah buruk... rumah lama..
bila tunjukkan apartment, tak mau.. nak rumah landed..
tapi gaji tak tinggi..
deposit tak cukup...
atau komitmen yg sedia ada dah tinggi..
aduhai....

maka mereka masih menyewa.. atau duduk je kuarters bertahun2..
walaupun anak dah berapa...

hm..

Tapi saya bersemangat juga ni.
Harapnya dengan adanya skim ni, maka banyak la developer akan bina projek baru dlm lingkungan harga ini.. especially di Lembah Klang.
Sebab trend 2010, banyak developer semua sibuk bina property 240K - 500K je.. huhuhu
harga yang melampau... tak sesuai untuk investment sebab takut sewa tak boleh cover bayaran bulanan kan.

Kalau nak tahu maklumat lanjut pasal skim ni boleh baca di sini








Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog