salah keluasan

Saya telah membeli sebuah apartment di KL pada tahun 2008.
pembelian secara subsale, dari seorang wanita Melayu, Kak M, yang juga merupakan pembeli ke2 rumah tersebut.
Ini bermakna, saya adalah pembeli ke3.
Hanya kak M mempunyai akses kepada salinan s&p asal rumah tersebut.
Saya hanya menerima salinan s&p Kak M sahaja.

Di dalam salinan s&p kak M, tercatat keluasan rumah tu iaitu 1040 sqft.
Jadi, s&p saya pun tulis 1040 sqft la.

Tahun 2010, rumah tersebut dah keluar strata title.
Alang-alang buat strata title, saya refinance rumah tu.
Berdasarkan keluasan tu, valuer memberi nilaian 200K kepada rumah tersebut.
Dapatla refinance 90% dr 200K.

Tiba2 semasa valuer datang membuat penilaian rumah ni, mereka perasan sesuatu.
keluasan di dalam strata title yang keluar hanyalah 900++.. tak sampai 1000 pun...
valuer ni kata, disebabkan keluasan yang sebenar ni kurang dari 1000 ,valuer tak mau kasi 200K.

nasib baik bank boleh dapatkan valuer lain yg tetap boleh bagi penilaian yg sama.
wang deposit rm200 yg saya dah bayar kepada valuer pertama akan dipindahkan ke valuer kedua.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog