Pinjaman Perumahan Kerajaan

Pagi ini saya sempat membaca sepintas lalu pekeliling ini.
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2011 yang berkuatkuasa mulai 2011.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya yang merupakan penambahbaikan dari kaedah lama tawaran pinjaman kerajaan ini.

1) Pinjaman kerajaan ditawarkan utk pembelian rumah lelong yang dilakukan oleh Perbendaharaan Malaysia.
Sila rujuk perkara 3.10 iaitu:
3.10 Pinjaman bagi pembelian hartanah lelongan Perbendaharaan Malaysia adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di Lampiran A4.

2) Permohonan pinjaman bagi pembelian rumah subsale yang hanya mempunyai master title DIBENARKAN. Rujuk perkara 3.7 iaitu:
3.7 Pinjaman bagi pembelian hartanah yang telah siap di pasaran
sekunder adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat di Lampiran A2
atau Lampiran A3.

3) Tempoh bayaran balik pinjaman dinaikkan.

Kalau pemohon tu pegawai Skim berpencen, tempoh bayaran hingga 360 bulan atau sehingga umur 90 tahun. Rujuk perkara 10.11
10.1.1 Bayaran balik bagi peminjam Skim Berpencen adalah seperti berikut:
i. Pinjaman Jenis I, II, III, IV, V dan VII, tidak melebihi 360 bulan atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu; dan
ii. Pinjaman Jenis VI, tidak melebihi 360 bulan atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV yang telah digunakan.
Kalau pemohon tu pegawai Skim KWSP, tempoh bayaran hingga 360 bulan atau sehingga umur tamat perkhidmatan. Rujuk perkara 10.12
10.1.2 Bayaran balik bagi peminjam Skim KWSP adalah seperti berikut:
i. Pinjaman Jenis I, II, III, IV, V dan VII, terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 360 bulan yang mana terdahulu; dan
ii. Pinjaman Jenis VI, terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 360 bulan yang mana terdahulu termasuk tempoh bayaran balik pinjaman Jenis IV yang telah digunakan.

Peminjam yang telah memohon pinjaman sebelum 1 Januari 2009 boleh memohon utk memanjangkan tempoh pinjaman sehungga 30 tahun. Rujuk perkara 3.6
3.6 Peminjam yang telah diluluskan pinjaman sebelum 1 Januari 2009 boleh memohon melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun bagi pinjaman pertama dan kerja ubahsuai atau 25 tahun bagi pinjaman kedua (hartanah kedua) tertakluk kepada syarat di Lampiran A1.

4) Kelayakan pinjaman meningkat. Rujuk Lampiran A10.
GAJI HAKIKI (RM) -> KELAYAKAN (RM)
6500 ke atas -> 450,000.00
5500 ke 6499 ->420,000.00
4500 ke 5499 ->400,000.00
3500 ke 4499 -> 380,000.00
3000 ke 3499 -> 320,000.00
2500 ke 2999 ->280,000.00
2000 ke 2499 -> 255,000.00
1500 ke 1999 -> 205,000.00
1200 ke 1499 -> 168,000.00
1000 ke 1199 -> 130,000.00
800 ke 999 -> 105,000.00
799 dan ke bawah -> 80,000.00

5) Permohonan tambahan RM20,000 utk pengubahsuaian rumah kos rendah yang dibeli tapi ini hanya untuk kakitangan sokongan kumpulan 2. Rujuk perkara 3.12
3.12 Pinjaman kerja tambahan berjumlah tidak melebihi RM20,000.00 hanya dibenarkan bagi pembelian rumah kos rendah oleh pegawai Kumpulan Sokongan II tertakluk kepada syarat di Lampiran A6.


Hm...yang saya tulis ni main point yg menarik sahaja...

kesimpulannya pinjaman perumahan kerajaan yg baru ni lebih menarik kerana sebelum ini kita tidak boleh memohon pinjaman ni utk rumah subsale yg belum ada individu atau strata title lagi.

Kalau nak baca pekeliling penuh, boleh baca dan download di sini.

11