beli 2nd hand?

perkara biasa kalau tuan rumah nak sewakan rumah dia akan cari perabot dan barang letrik 2nd hand
biasanya mcm sofa, meja makan, katil, almari
barang letrik mcm peti ais, mesin basuh dan tv
asal masih boleh berfungsi dgnbaik, nampak elok, harga ok.. apa salahnya beli utk rumah sewa kita
dapat jimat kos lagi

baru2 ni saya beli peti ais dan mesin basuh 2nd hand
peti ais tu beli kat kedai mr wong kat jalan kuchai lama.. ebuysell
dah pernah beberapa kali beli dgn dier.. mmg ok, takde masalah

mesin basuh pulak kat kedai mr wong takde yg berkenan
kat kedai ismail kat hulu langat pun takde yg ok
jadi try tgk stok dier ni.. sorang pompuan jual dr rumah dier kat kajang. ismalinda namanya

semua contact barang2 ni mmg asalnya saya survey dari mudah.my.. then baru tgk sdr ke kedainya

nak dibuat cerita, 3 hari lepas peti ais yg saya beli tu deliver, saya pun on kan la
peti ais samsung.. besar gak. harga pun dlm rm500 siap deliver
mesin basuh lak, suami dia ni hantarkan.
bayar rm460 siap deliver.. sebab tak jauh sgt dr rumah dia.
masa suami dia hantar, kami test la.. boleh on, leh pusing.. cantek.

sekali tenant tak jadi masuk rumah tu.. sebulan rumah kosong..
saya pun sibuk exam.
lepas exam, saya jenguk balik rumah ni..
ada penyewa nak masuk dah.
masa tu lah saya dapati peti ais tak sejuk.
alamak... kalau ikut waranti sebulan, mg dah terlebih 3 hari.
saya ke jalan kuchai lama... mula2 mereka suh saya bawak technician mereka ke sana utk baiki
tp saya tak puas hati.. sbb belum guna maa.. takkan awal2 dah rosak.
saya minta tukar baru.. saya sanggup bayar lori rm50.
settle.. dpt tukar baru.
senang kawtim.

masa yg sama tenant komplen.. mesin basuh tak boleh on.
saya ingat kepala plug problem..
dlm hujan saya naik motor beli kepala plug.. pasang sdr.
seb baik saya pandai tukar..
jangan sangka lelaki je reti kerja2 mmni.. :P

test tengok, tak ok jugak.. langsung tak boleh on.
mesin basuh tu takde perasaan.
switch tu kompom ok sbb saya dah test sambung dgn iron, mmg ok.
teringat macamana saya settlekan hal peti ais, saya ingat saya leh bincang alternatif penyelesaian dgn si penjual ni...
so sayapun call la dier
tak angkat
fine
then dier call balik
saya cerita la saya yg beli mesin basuh samsung ..
dier ingat la lagi saya
saya ckp la, lepas test dgn suami dier tu, saya lum pernah guna
bila nak pakai, terus langsung tak boleh on
dier pas hp ke suami dier
saya terangkan balik ayat2 yg sama kat husband dier
sekali belum habis ckp, husband dier menyampuk, "apsal baru ckp sekarang?"
awal2 saya dah kena tembak.

saya ckp la.. sebab ni baru nak guna. aritu lepas beli takde tenant sebulan. skang dah ada tenant, baru nak on dah tak boleh..
dier terus tembak saya lagi
dia ckp,"awak ni.. patutnya dlm masa seminggu awak kena terus guna.. mana boleh sekarang baru nak ckp tak ok la.. tak boleh on la.."
saya pun ckp la baik2.. elok lagi intonasi.. saya ckp dah penyewa tak masuk.. encik pun takde ckp saya kena guna dlm masa seminggu.
dier lak marah saya.. apsal awak tau tahu? semua org tahu kena guna dlm masa seminggu!
dengar dier dok blame saya, saya mmg naik marah la..
saya pertama beli dgn dier kan. dier tak boleh expect saya tahu kalau dier tak terangkan.
by the way, saya beli dgn mr wong, at least dier cuba bantu settlekan masalah.. bukan awal2 lagi dah tembak customer.

saya mmg lepas tu marah la.. saya beli 450.. tak boleh guna sekali pun
skang dier lak sound2 saya dan kata saya ni sajer nak tipu
dier ckp, mana saya tahu awak betul2 tak pernah guna. saya banyak la terima org komplen ckp macam awak..."
saya dgn geram dan marah maksima terus ckp, o.. maknanya encik ni mmg dah biasa la jual barang rosak la ye.. sampai dah ramai komplen. mmg jenis yg jual brang problem lepas tu lepas tangan.
then dier pun apa lagi.. kata saya kurang ajar la.. bla bla bla.. sampai saya letak telefon masa dier tgh membebel

ok, moral of the story, jgn beli barang 2nd hand dr kedai atau or yg anda tak biasa
mereka dengan mudah lepas tgn
kes peti ais td.. at least mereka respon dgn baik dan saya berjaya dpt ganti brg lain.
kes mesin basuh td, kalau dier tak tembak awal2 dan offer technician utk dtg tgk dan baiki pd harga minimal, saya rasa saya dah puas hati dah..
dulu pernah gak beli peti ais dan mesin basuh dgn ismail. peti ais tak sejuk.
at least ismail jawab dgn elok dan paskan no technician dier kat kami supaya kami leh refer.
ni tak.. bla bla bla...

saya bukan nak menghasut atau menjatuhkan bisnes sesiapa
tp ini apa yg saya alami dan saya tak mau ada kawan2 terkena sama
last2 mesin basuh tu saya tolak kat driver lori wong dgn harga rm100
technician wong kata board dan motor rosak.
saya rugi duit tp dpt pengalaman

by the way, mesin basuh yg saya beli sebijik mcm yg kat iklan kat mudah.my ni




10