perlu ke warisan merdeka?

bajet 2010 kali ni boleh la.. tak la sangat hebat tapi tak sebosan bajet tahun lepas.
(teringat pembentangan bajet tahun lepas di parlimen yg hampir2 tak mendapat undi majoriti disebabkan ahli parlimen yg suka ponteng.. hehehe..)

tapi yang saya paling rasa tak sesuai adalah bangunan warisan merdeka
sebab?
apa pentingnya?
kita dah ada KLCC.. satu dunia dah kenal KLCC. mercu tanda KL dan malaysia dah kukuh.
Pengalaman saya bila menghadiri seminar yg dihadiri delegasi luar negara, mereka mesti nak curi masa ke KLCC dan tangkap gambar.
Lembah Klang dah pun mengalami lambakan unit pejabat. banyak juga bangunan pejabat yang kosong tidak disewa.
5 billion banyak tu..kalau dlm keadaan malaysia tengah banyak duit, takper la..
ni banyak bajet projek2 yg jabatan kerajaan nak buat utk rakyat terpaksa potong, nak spend 5 billion mcm tu je...
kawasan tu pun saya secara peribadi tak setuju. dulu pejabat saya di situ.. kawasan tu tenang.. penuh dengan nilai sejarah. Victoria Institution, stadium merdeka, stadium negara..
ye mungkin pembangunan menara ni akan meningkatkan nilai hartanah di sekitar, termasuk la sewa flat2 di jalan kenanga...
alamak.. ada flat dekat dgn bakal bangunan tertinggi di malaysia? hehehe....

hm.. jangan sampai VI terkorban sepertimana terkorbannya penjara pudu...
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog