Kitchen Cabinet Unipark

minggu lepas, hari jumaat rumah unipark kawan saya telah selamat pasang kitchen cabinet.
sebenarnya saya dah survey harga sejak minggu lepas.
tp harga yg saya dapat mahal la.
kabinet ni tak besar. kami nak buat bawah je.. L shape, 46 inci panjang dan 76 inci panjang.
sorg kontraktor melayu tu minta 1700.. abis kurang dah..
ada tanya sorg kontraktor melayu gak yang tengah buat untuk rumah tingkat 13 tu.. legi gila harga dia.
ada ke patut minta rm3K utk bawah sahaja.. tapi pakai tile la..
adeh.. pedih usus dengar harga tu.

saya call dia.
rupanya dia dah tak join patric sekarang.. buat marketing sendiri...
kilang pun dah pindah ke bandar teknologi kajang.. dulu kat cheras.. dekat daaa dgn rumah saya.

saya call dia, of course dia masih ingat saya.
tak ramai pompuan comel kat area bandar tek buat wardrobe dan minta baiki tabletop kot.. hehe

kami set appointment, anak dia, jeff datang.
pendek cerita bila dah ukur, harga dpt kurang rm1350 sahaja.. baik punya...
mungkin sebab saya regular customer dia kan..

selasa dtg ukur, kami set jumaat pasang
dan inilah hasilnya... tara...!!




alhamdulillah hasilnya cantik.. sangat cantik
saya gabra juga sebab saya yang pilih warna kayu tu.. hehehe..
kalau tak cantik, malulah saya pada member saya nnt.. dan member2 study saya yg tgk gambar ni.
mesti nnt mereka kata saya takde taste.. huhuhu
tp bila tgk cantik, alhamdulillah.. not bad juga taste saya pada kitchen cabinet ni... hehe
kalau ada reader berminat nak contact jeff, boleh emel saya. nnt saya kasi contact number.

sink dan hob tu pun saya beli sendiri. marayau2 mencari hob dan sink yang murah.
rupanya tips yg jeff bg kat saya, kalau nak beli sink, jgn beli kat showroom brg dapur. mahal
cari kedai jual tiles. kat belakang tu biasanya ada sink..
ilmu yg sangat berguna.

kebetulan pula tile dkt besi sebelah kiri yg pegang sink lama tu ada lompang simen kat belakangnya.
so bila pekerja jeff tarik besi tu, tiles tu pecah.
yang belah kanan ok sebab mmg simen full.
nampaknya saya nak buat aduan lagi la ke management unipark.
defect mereka asalnya ni
kalau tak disebabkan simen tu lompang, tiles takkan pecah.
kesian tgk pekerja yg pasang ni, jari dier habuis berdarah2 masa tile ni pecah kena jari dia.
habis baju kena darah.
tu yg dier terpaksa pasang tanpa berbaju tu... huhuhu


hm.. defect aritu pun mereka tak abis baiki lagi...
bukan nak memberi komen negatif, tp rumah kos rendah yg saya beli dgn harga 42K tu pun kualiti cat dan finishing lebih kemas dan teliti dr kondo harga lebih 200K ni.
nampak mcm protasco dan ikram ni mmg terer buat jalan raya.. tp tak cukup teliti utk memastikan kekemasan finishing rumah.. huhuhu
0