• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

entri terakhir

ini entri terakhir blog ini.
saya dah berazam nak tutup blog ni selepas raya puasa haritu
tp saya postpone hajat saya ke lepas exam saya
tp saya rasa bila exam dah tinggal dua tiga hari dah ni, confirm saya tak ada masa dah nak update blog.
so saya rasa biarlah saya tamatkan entri blog ni hari ni.
tp blog ni akan kekal utk satu jangka masa memandangkan ada maklumat di dalamnya yg mungkin membantu rakan2 semua
tp mungkin ada entri2 tertentu saya akan sembunyikan
in fact, mmg dah banyak entri yg saya slow2 sembunyikan pun sejak saya mula menyimpan hajat saya ni.

saya mulakan blog ni tanpa kenal sorg pun blogger property lain pd masa tu
dan pada masa tu, saya tak tahu pun ada blog yg share pengalaman dan tips psl property investment ni.
alhamdulillah.. blog ni buat saya kenal blogger lain, buat saya dapat banyak info dan ada waktunya menambah wang poket saya juga.
terima kasih pada semua yg telah meghubungi saya selama ni melalui emel
terima kasih pd yg meletakkan komen
saya sangat menghargainya

kalau ada hal penting nak emel saya, emel say ttp aktif.
cuma utk seminggu dua ni saya mungkin tak dpt balas emel segera la..
harap kawan2 faham..

hm.. kalau tangan saya gatal nak menulis, tak mustahil saya akan muncul dlm blog lain pula..
Share:

mooting finale

tomorrow is the day..
mooting finale for me.
i am acted as junior counsel, on behalf of rosie carbunde who went to a club and was fallen down from veranda due to unlocked door and the exposed 15 inches gap railing on the veranda.
the civil suit for negligence has been quashed in the trial court.
but now, 2 other counsel and i submit the case for appeal.
as hoping the justice for rosie carbunde, i pray for success to me and my team.
mooting finale is coming tomorrow. Chaiyok rohaniahnoor. chaiyok mazni. chaiyok siti asmath!
senior counsel shahril and counsel faridah can be settled.
judges? i love them.. they will behave nicely to us tomorrow.. amiinnn
yes, that is the spirit!

Share:

perlu ke warisan merdeka?

bajet 2010 kali ni boleh la.. tak la sangat hebat tapi tak sebosan bajet tahun lepas.
(teringat pembentangan bajet tahun lepas di parlimen yg hampir2 tak mendapat undi majoriti disebabkan ahli parlimen yg suka ponteng.. hehehe..)

tapi yang saya paling rasa tak sesuai adalah bangunan warisan merdeka
sebab?
apa pentingnya?
kita dah ada KLCC.. satu dunia dah kenal KLCC. mercu tanda KL dan malaysia dah kukuh.
Pengalaman saya bila menghadiri seminar yg dihadiri delegasi luar negara, mereka mesti nak curi masa ke KLCC dan tangkap gambar.
Lembah Klang dah pun mengalami lambakan unit pejabat. banyak juga bangunan pejabat yang kosong tidak disewa.
5 billion banyak tu..kalau dlm keadaan malaysia tengah banyak duit, takper la..
ni banyak bajet projek2 yg jabatan kerajaan nak buat utk rakyat terpaksa potong, nak spend 5 billion mcm tu je...
kawasan tu pun saya secara peribadi tak setuju. dulu pejabat saya di situ.. kawasan tu tenang.. penuh dengan nilai sejarah. Victoria Institution, stadium merdeka, stadium negara..
ye mungkin pembangunan menara ni akan meningkatkan nilai hartanah di sekitar, termasuk la sewa flat2 di jalan kenanga...
alamak.. ada flat dekat dgn bakal bangunan tertinggi di malaysia? hehehe....

hm.. jangan sampai VI terkorban sepertimana terkorbannya penjara pudu...
Share:

Unipark dah ada penyewa

Rumah Unipark kawan saya yg saya dok perkatakan sejak dua menjak ni dah pun ada penyewa.
Student KLIUC chineese dari Brunei.
Mak dia call dr Brunei utk deal rumah ni.
Dah jumpa anaknya sabtu lepas, alhamdulillah kedua2 belah pihak gembira dan bersetuju teruskan deal.
So, saya dah book perabot. Rumah pun dah cuci.
tunggu perabot sampai dan saya mencari mesin basuh dan peti ais.
Tengok lusa insya allah sempat shopping
Kemudian cari kerusi dan langsir.. mungkin nak ke ikea.
did i just mention IKEA? wow! menarik tertarik!

Mak student ni kata, anak dia nak cari rumah sewa sebab tak puas hati dgn asrama KLIUC.
Saya tanya la anaknya kenapa?
anaknya kata, ada 3 sebab utama.
pertama, dia tak merokok. Jadi bila ramai budak2 kat hostel tu merokok, dia tak tahan.
Tak tahan dengan bau sampai boleh mengangu ketenangan hidup dan study dia.
Kedua, sebab faktor kebersihan.
Dia cakap, walaupun toilet ni hari2 ada org cuci, tapi tak nampak bersih pun.
sebab pengguna toilet tu tak tahu menggunakan tandai dengan cara yg bersih.
Cerita detailnya tak sesuai ditulis di sini tp boleh saya katakan antara punca masalah kebersihan ni adalah awang hitam yg ramai kat asrama tu la...
setakat ni nampak awang hitam kat Unipark masih terkawal..
jangan la mereka memenuhi Unipark nanti... huhuhu
sebab ke3 pulak sebab susah nak guna mesin basuh.
ada 4 mesin basuh yang mengunakan syiling di sana utk kemudahan student.
tp mesin2 ni selalu rosak. ada waktunya hanya 1 je yg berfungsi tp kena tunggu la pulak..
dryer pun selalu meragam.
ada satu ketika tu, dia dok tunggu dryer tu keringkan cadar yg dia basuh.
dryer ambil masa selama 45minit.
sekali tengok cadar yng dia basuh tu tak kering pun...masih basah tp panas.
hehe.. kesian budak-budak...
tu yg dia frudt dan nak duduk di condo ni.

Ok, penyewa nak pindah masuk 1 november 2010, sepatutnya masih banyak masa.
tp saya ada exam minggu depan. so saya yg dah takde masa.
by hook or by crook, rumah mesti siap paling lewat Jumaat!
Share:

Kitchen Cabinet Unipark

minggu lepas, hari jumaat rumah unipark kawan saya telah selamat pasang kitchen cabinet.
sebenarnya saya dah survey harga sejak minggu lepas.
tp harga yg saya dapat mahal la.
kabinet ni tak besar. kami nak buat bawah je.. L shape, 46 inci panjang dan 76 inci panjang.
sorg kontraktor melayu tu minta 1700.. abis kurang dah..
ada tanya sorg kontraktor melayu gak yang tengah buat untuk rumah tingkat 13 tu.. legi gila harga dia.
ada ke patut minta rm3K utk bawah sahaja.. tapi pakai tile la..
adeh.. pedih usus dengar harga tu.

saya call dia.
rupanya dia dah tak join patric sekarang.. buat marketing sendiri...
kilang pun dah pindah ke bandar teknologi kajang.. dulu kat cheras.. dekat daaa dgn rumah saya.

saya call dia, of course dia masih ingat saya.
tak ramai pompuan comel kat area bandar tek buat wardrobe dan minta baiki tabletop kot.. hehe

kami set appointment, anak dia, jeff datang.
pendek cerita bila dah ukur, harga dpt kurang rm1350 sahaja.. baik punya...
mungkin sebab saya regular customer dia kan..

selasa dtg ukur, kami set jumaat pasang
dan inilah hasilnya... tara...!!




alhamdulillah hasilnya cantik.. sangat cantik
saya gabra juga sebab saya yang pilih warna kayu tu.. hehehe..
kalau tak cantik, malulah saya pada member saya nnt.. dan member2 study saya yg tgk gambar ni.
mesti nnt mereka kata saya takde taste.. huhuhu
tp bila tgk cantik, alhamdulillah.. not bad juga taste saya pada kitchen cabinet ni... hehe
kalau ada reader berminat nak contact jeff, boleh emel saya. nnt saya kasi contact number.

sink dan hob tu pun saya beli sendiri. marayau2 mencari hob dan sink yang murah.
rupanya tips yg jeff bg kat saya, kalau nak beli sink, jgn beli kat showroom brg dapur. mahal
cari kedai jual tiles. kat belakang tu biasanya ada sink..
ilmu yg sangat berguna.

kebetulan pula tile dkt besi sebelah kiri yg pegang sink lama tu ada lompang simen kat belakangnya.
so bila pekerja jeff tarik besi tu, tiles tu pecah.
yang belah kanan ok sebab mmg simen full.
nampaknya saya nak buat aduan lagi la ke management unipark.
defect mereka asalnya ni
kalau tak disebabkan simen tu lompang, tiles takkan pecah.
kesian tgk pekerja yg pasang ni, jari dier habuis berdarah2 masa tile ni pecah kena jari dia.
habis baju kena darah.
tu yg dier terpaksa pasang tanpa berbaju tu... huhuhu


hm.. defect aritu pun mereka tak abis baiki lagi...
bukan nak memberi komen negatif, tp rumah kos rendah yg saya beli dgn harga 42K tu pun kualiti cat dan finishing lebih kemas dan teliti dr kondo harga lebih 200K ni.
nampak mcm protasco dan ikram ni mmg terer buat jalan raya.. tp tak cukup teliti utk memastikan kekemasan finishing rumah.. huhuhu
Share:

unipark kawan

lama menyelam..
sebenarnya diam dlm blog je.. orgnya kat luar? ligat!
exam saya akan mula pd 27 oktober ni.
tadi baru je hantar mooting submission.next 2 week pulak ada 2 test dan mooting.
ni belum kira islamic family law lagi.. next week ada presentation. test pulak lecturer belum tetapkan tarikh.. adeh!

selain study, saya sibuk bantu kawan saya siapkan rumah unipark dia.
kawan saya ni duduk jauh... kerja jauh.
so dia minta saya bantu dia dari ambil kunci sampai la rumah tu disewakan.

unipark ni, kalau pembaca blog saya dah floow blog ni lama, mesti perasan saya pernah tulis review pasal projek ni.
tp masa tu unit yg dijual dah blok B. Blok A dah sold put.
yg dah dpt kunci ni blok A.
setakat ni, berdasarkan apa yg saya nampak pada blok A ni, projek ni mmg terbukti projek yang bagus. mmg sangat berpotensi.
menyesal pula saya tak grab satu unit blok B dulu... huhuhu

bila saya dah collect key, perkara pertama yg saya buat adalah check defect.
adakah saya yg cerewet atau kontraktornya mmg buat kerja semborono?
saya jumpa 48 defect!
tapi kebanyakannya bukan defect besar.. yg kecik2 je dan boleh settle cepat.
cthnya mcm cat comot, simen terpercik atas tile, cat tak rata, dinding ada lubang kecik.
tp ada juga yg agak sederhana besarnya seperti tile ada scratch, penutup lubang sink berkarat, masalah tangki flush dan kayu pintu terkopek-kopek.
setiap defect saya tanda dengan masking tape dan saya nomborkan satu persatu.
nombor pada masking tape adalah nombor yg sama dgn nombor defect pd borang.
ini supaya pihak developer senang nak nampak defect tu kat mana.

tempoh baiki defect adalah sebulan.
hm.. bermakna esok dateline nya.
setakat khamis lepas, masih banyak defect kecik2 belum dibaiki.
tgk la esok lusa macamana...

ok lah.. tak boleh nak cerita detail pasal projek unipark ni.
saya terpaksa sambung lain kali.
sebab assignment belum siap lagi.. aiyakkkk
(cadang nak letak gambar unipark kat sini tp ntah mana file gambar yg saya capture tu... huhuhu)
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog