Perhatian Owner Domain - Pindahmilik Akaun TNB

Kawan tuan rumah Domain @ Neocyber yg beli selepas bangunan dapat CF,

Perasan tak akaun TNB kita masih lagi atas nama Laketown walaupun kita dah bayar deposit utk buka akuan TNB sendiri ke Laketown masa nak ambil kunci aritu?

kemudian, bagi beberapa unit rumah termasuk rumah saya, TNB ada meminta deposit tambahan ekoran bil penggunaan penyewa yang lebih tinggi dari anggaran asal mereka.
Faham-faham lah tenant domain ni jenis yg pasang air-cond.
Saya pernah ke TNB bertanyakan hal ni, rupanya polisi TNB, deposit yang mereka minta adalah anggaran 2 bulan penggunaan elektrik.
So, oleh kerana purata penggunaan rumah saya ni melebihi jangkaan rm120 mereka, maka mereka minta lagi tambahan rm360.
setahu saya, ada beberapa lagi kawan owner domain pun kena juga.

Masalah akan timbul nanti..
sebab akaun TNB masih atas nama Laketown
tapi TNB minta deposit tambahan kat kita..
dah tentu kita yg kena bayar.
So, pada rekod TNB, duit deposit yg ada dlm akaun tu adalah milik Laketown, bukan milik kita.

Ini yg saya suarakan pada en johari, pengurus dari Laketown ni.
Saya minta mereka segerakan pindah nama TNB ke nama saya, pindahkan amaun rm240 yg saya dah bayar sebagai deposit TNB saya beserta deposit tambahan rm360 yg saya bayar tu.
saya tak mahu developer angkut pula amaun rm360 tu.
En Johari minta saya buat surat dan faxkan untuk rujukan dia..

So, surat dah fax 2 minggu lepas.
Semalam saya jumpa en Johari, dia janji next week akan selesaikan.
Dia minta saya bgtau kawan2 owner domain yg lain supaya buat surat juga kepada dia secepat mungkin supaya tiada owner yg tertinggal.
So, saya harap kawan2 dpt maklumat ini dan buat tindakan segera.

0