Alam Idaman






Alam Idaman, serviced apartment baru di Batu 3 Shah Alam.
Freehold, ada 3 jenis semuanya.
Type A: 926 sqft, 3 bilik tidur, 2 bilik air.
Type B: 807 sqft 2 bilik tidur, 2 bilik air, 807 sqft.
Type C: 1023 sqft 3bilik tidur 2 bilik air.

Developer adalah CB Land, syarikat kepunyaan Crest Builder.
Actually, crest builder ni yg bina Alam Prima tapi atas nama projek SPNB.
insya allah tak risau projek terbengkalai...
maintenance fee bagi projek ni adalah rm0.20 per sqft

Lokasi Alam Idaman ni sebenarnya betul2 lepas keluar dr exit Batu 3 dari Elite Highway.
Boleh juga masuk susur kiri pertama dari Tol Shah Alam di Federal Highway tu.
bersebelah dengan site Subang Andaman dan Puri Ayu.. tapi Puri Ayu betul2 kat junction la.
bertentangan Puri Ayu adalah Indah Ria Apartment.
Projek dijangka siap pada jun 2013 tp developer kata maybe jan 2013 dah siap sbb sekarang ni pun dah siap buat piling dah.

semua sekali ada 326 unit sahaja.

Apa yg saya suka bagi projek ni adalah
- freehold
- deposit yg sedikit
- developer yg ada reputasi iaitu Crest Builder
- berhampiran dengan kampus baru MSU, Politeknik SA, PTPL, Glenmarie, site Bus Station baru Shah Alam.
- dekat dengan highway ELIte, federal Highway, NKVE, Guthrie
- dekat dgn Giant, Subang Hei-Tech
- kat 2 aras bawah tu shop lot.
- jalan masuk ke serviced apartent ni akan dilebarkan menjadi 2 lane masuk dan 2 lane keluar.
- security features: CCTV, card access
- 2 car park
- Fasa 4 berhampiran alam idaman ini akan di bina shop office dan fasa 5 bertentangan dengan dia akan dibina commercial center

Kemudahan yg ada:
- Swimming and Wading Pool,
- Kindergarten
- Badminton Courts
- Multipurpose Hall
- Playground
- Childcare Centre
- Surau,
- Launderette


Yang kurang syok
- di belakang alam idaman ada Alam Prima - lebih kurg 400 unit dan satu lagi projek middle cost apartment dlm 600 unit ( tapi yg ni belum mula lagi)
- ada progress payment. mungkin pada hujung 2012 nnt saya dah buat LLB dan dah tiada gaji lagi.

Selain itu, untuk maklumat lanjut berkenaan projek ni, boleh juga layari


dan


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog