• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

penyewa ada exclusive possession right

petang tadi saya ke sales gallery domain a.k.a sales office domain neocyber.
sampainya je saya di sana saya nampak hendra, salesperson domain, sedang berbual dengan seorang perempuan foreigner.
saya menegur hendra.
terus hendra bertanya, " ada rumah kosong lagi tak?" merujuk pada domain la tu..
saya jawab la "takde.. kawan2 owner domain pun setahu saya rumah diorg dah penuh".

then hendra bercerita depan2 perempuan tu yg budak perempuan tu tgh cari rumah kosong nak sewa.
kata hendra, dulu budak pompuan tu sewa di domain
duduk sorg2 sewa rm1700
tp oleh kerana ayah dia tak kasi dia duduk sorg, dier pun pindah..sewa satu bilik di cyberia smarthomes townhouse.
malang nasib dia, rumah yg dia duduk tu tuan rumah dia sewenang-wenangnya keluar masuk tanpa kebenaran mereka..
masuk diam2, check rumah katanya.
malahan ada beberapa barang berharga seperti digital camera, handphone hilang.
mereka syak tuan rumah la ambil.
tuan rumah siap ada pasang cctv lagi diam-diam.
nak dijadikan cerita, rupanya dlm tenancy agreement tu, mmg dah ada tercatat yg tuan rumah boleh memasuki rumah tu bila2 masa tanpa kebenaran penyewa... teruknya!

ok, saya nak memberi sedikit komen tentang perkara ini.
sebenarnya di dalam kanun tanah negara, apabila seseorang mempunyai title sekeping tanah atau sebuah rumah (sebab rumah kan dibina atas tanah), beliau boleh menikmati tanah tersebut mengikut peruntukan undang2,
di antaranya adalah posession right atau hak pemilikan tanah.
dia boleh keluar masuk sesuka ati, nak buat apa pun kat tanah dia tu selagi tak melanggar peruntukan undang atau nak menyewakan atau mencagarkan tanah kepada bank, mahupun nak menjualnya.

namun apabila pemilik title ini menyewakan atau memajakkan tanah / rumah kepada individu lain, possession right itu dipindahkan dari dia kepada penyewa atau pemajak tersebut.
dlm kata lain, penyewa atau pemajak tanah / rumah tersebut kini mempunyai exclusive possession right ke atas tanah itu.

exclusive possession right memberikan hak yang sama ke atas tanah / rumah tersebut, kecuali hak ke atas title sahaja.
maknanya, semua hak dia ada kecuali tidak menjadi tuan punya tanah / rumah je.
penyewa boleh keluar masuk sesuka hati, bebas melakukan aktiviti di dalam rumah tersebut selagi tidak melanggar peraturan, menguncinya, menikmati hasil tanaman dlm kawasan rumah tersebut serta hak menyaman penceroboh atau org sekeliling yg mengganggu keamanan dia sebagai penyewa rumah tersebut.

itu sebabnya kalau kita kena gi baiki rumah yang telah disewa dan perlu masuk ke dalam rumah atau kawasan rumah, kita perlu meminta kebenaran penyewa dulu.
biasanya dlm agreement sewaan saya, saya akan masukkan clause yg saya akan meminta kebenaran mereka dan mereka perlu membenarkan saya masuk pada waktu yg dirasakan sesuai oleh kedua belah pihak.
kalau kita main masuk je, kita dikira menceroboh, sebab posession right ke atas rumh tersebut bukan pada kita dah.. tp pada penyewa.
kalau penyewa tak bayar sewa pun kita tak boleh senang2 je kuncikan rumah dia...
kita dikira menceroboh hak dia dah kita boleh disaman.

sebagai tuan rumah yg jujur dan menghormati peraturan, kita perlu hormat perkara ini dan tidak mengambil kesempatan atau melakukan perbuatan yg berniat jahat kepada mereka.
kita sdr pun tak suka kan kalau kita menyewa rumah tp tuan rumah tu boleh keluar masuk sesuka hati.

perbuatan tuan rumah ni memasukkan clause yg dia boleh keluar masuk sesuka hati mmg salah dan tidak beretika.
kena pulak penyewa yg ignorant, tak baca perjanjian betul2.. main sain je..
tuan rumah pula mengambi kesempatan atas kelemahan dan keterdesakan mereka.
ni dah kira salah bawah undue influence ni..

hendra ckp dah beberapa org penyewa cyberia yg mengalami kes yg sama dtg mengadu kat dier dan kat balai polis.
tp since clause tu ada dlm agreement, polis tak boleh buat apa..
ada juga kes yg langsung takde written agreement.. pun polis tak boleh buat apa2..

come on tuan rumah malaysia, jgn la buat macam ni...
jaga la nama baik kita rakyat malaysia..
penyewa ni pun bukan dr keluarga yg takde pangkat dan kedudukan di negara mereka.
Ingat, polis mungkin tak boleh nak buat apa2
tapi kalau dia ada cukup bukti dan cukup duit utk upah peguam, dier boleh saman tuan rumah kerana menceroboh (tresspass) dan undue influence.
ni dah jadi kes sivil, bukan kes jenayah.
dan dia boleh tuntut pampasan atau damages atas kerugian yang dia alami.

ok, balik pada kisah budak perempuan tadi...
sekarang ni kontrak sewaan housemate perempuan tu dah nak tamat hujung bulan.
tuan rumah keep on masuk rumah.
famili budak perempuan tu pulak nak dtg sini melawat
budak perempuan tu dah sangat terdesak utk mendapatkan sebuah rumah
kalau boleh nak di domain la...

jadi, kalau ada kawan2 pembaca blog saya yg ada unit kosong di domain dlm masa ini, boleh la bgtau saya atau call hendra direct 0133954102.
setakat tadi, dier sanggup menyewa 1700 utk satu unit terus.
tp mungkin kalau just ada bilik kosong atau kadar yg bebeza, boleh cuba bincang dan tawarkan juga.

by the way, budak pompuan ni dr oman, student MMU.
bapanya org besar di kementerian pelajaran oman.
hendra kenal baik pompuan ni.. kata hendra dier penyewa yg baik.

hm.. harapan saya akan ada kesudahan yg baik pada beliau.

Share:

short term mrta

anda semua dah tahu kan yg saya ada beli satu unit di domain neocyber ni.
dah hampir setahun loan disbursed dah pun..
tp ada satu perkara yg saya sepatutnya lakukan tp belum saya lakukan sehingga lah minggu lepas iaitu mengambil mrta...
nasib baik saya masih hidup sehingga hari ini.. hehehe

ada org tanya, boleh ke tak ambil mrta lagi?
jawapan saya boleh.
sebab bank loan saya tu tak wajibkan ambil mrta dlm loan mereka..
so saya boleh pilih pakej mrta saya sendiri dgn sykt insurans pilihan saya sendiri.
dan bebas bila masa yg saya nak ambil mrta tu..
sendiri tanggung la akibatnya kan...

mrta atau mlta?
mrta
-fixed utk rumah tu je... tak boleh pindah ke rumah lain jika kita jual atau refinance rumah tu.
kadar yg dilindungi oleh insurans adalah jumlah baki hutang semasa sahaja.
jumlah premium dikira sekali je masa mula2 kita ambil mrta tu dan bayar lump sump. tp ada juga sykt insurans yg terima bayaran secara ansuran.
tamat tempoh mrta iaitu pada tamatnya tempoh bayaran loan rumah, kita tak dpt apa2 duit balik dr mrta.

mlta
- boleh pindah ke rumah lain selagi jumlah sum insured mlta kita cukup utk cover pinjaman rumah tu.
bayar bulan2 seperti mana insurans hayat.
bila tempoh matang tamat, kita dpt balik duit insurans tu mcm life insurans yg bersifat saving la..

bagi saya, saya masih gemar mrta.
sebab? kos premium yang jauh lebih murah. takde komitmen bulanan.
lebih baik komitmen bulanan tu kita simpan sbb boleh buat duit deposit rumah seterusnya pulak..
kalau dah plan nak refinance atau jual rumah tu, kita boleh ambil short term. tak perlu ambil sampai 30 atau 35 tahun ikut loan.
kalau dah terambil 30 thn tp tiba2 nak jual pula rumah tu lepas 6 tahun misalnya, boleh claim balik baki premium kita.. cuma jgn la expect amaun yg banyak pula...

langsung takmau ambil mrta?
pun boleh.. kalau
- kita dah ada life insurans yg jumlah pampasannya sangat cukup utk waris kita gunakan utk bayar baki hutang
- atau jika kita yakin waris kita pandai manage rumah sewa tu, keep on gunakan duit sewa utk bayar loan. tp yg ni saya kurang gemar.. sbb kita tak tahu waris kita boleh uruskan ke tak, malah rugi pula tinggalkan hutang kepada mereka sedangkan kita ada cara lebih baik.

so, balik kepada kes mrta domain saya, oleh kerana saya plan nak jual / refinance rumah tu lepas tamat lock-in period, saya ambil mrta utk 6 thn sahaja berkuatkuasa tarikh minggu lepas..
ambil dgn takaful ikhlas, kadar premium hanya rm776 cover baki loan saya.
Share:

selamat pergi dan selamat pulang

sabtu baru2 ni saya dan keluarga dan juga keluarga adik ipar saya menghantar adik saya, suaminya dan anak2nya di klia.
adik ipar saya nak menyambung pelajaran di German.
buat PhD di sana selama 4 tahun..
so adik saya dan anak2nya apa lagi.. ikut sekali lah...

Penerbangan transit KLIA - Dubai - Dussedolf akan memakan masa selama 15 jam.

4 tahun tak berkumpul, kami akan terasa kehilangan geng melancong... geng cat rumah.. geng pindah rumah... dan geng gaduh.. hahahah..
dan rumah domain neocyber adik saya diserahkan kepada saya untuk menguruskannya
(aduh.. pening lah nak layan tenant iran dier yg calculative dan cerewet tu.. huhuhu...)

sedikit gambar kenangan di klia





ni pula gambar2 mereka dan rumah mereka di sana





Harga sewa rumah kalau convert ke duit malaysia sebanyak rm4000 sebulan fully furnish.
perabot design klasik.. saya kutuk, kata design mcm rumah org tua.. hehehe..

adik saya, mentanglah sudah menganggur sekarang, buka satu blog khas utk bercerita pengalaman di sana
Share:

Alam Impian



Share:

Alam Idaman - sign s&p

Semalam saya dah sign s&p untuk alam idaman saya... akhirnya..
Loan saya apply dengan 3 bank, alrajhi, RHB dan Public Bank, semuanya lulus.
Tapi saya pilih Alrajhi sebab islamic loan package dan sebab banker tu saya dah kenal lama.
Public Bank offer islamic juga tapi malangnya lambat sangat lulus. saya dah sign letter offer alrajhi dah masa tu...
hm.. nampaknya dah 2 kali saya tolak loan Public Bank. belum berjodoh kot..

Construction sedang rancak berjalan. Ground floor dah naik, so akan naik tingkat 1 pula.
Harapnya ada la kopitiam atau coffee bean bukak kedai kat shop lot tu.
Harapnya projek ni siap lebih awal dari yg dirancangkan.
Saya pula tak sabar nak mandi swimming pool di sini pula.. hehehe

(Maafla ye.. rumah saya duduk mana lah ada swimming pool...
rumah kat kampung laaagila.. sungai kecik dlm ladang ada la..org kampung katakan...
tu yg saya jakun sikit dgn swimming pool ni.. hehehehe)

Saya difahamkan mulai bulan 8, discount 10K akan dikurangkan menjadi 6K sahaja.
Maknanya kalau sekarang saya hanya perlu bayar kurg 2K sebagai deposit, nanti siapa yg book selepas 1 ogos kena bayar 2k (desposit sekarang) + 4 k (lebihan diskaun 6k tadi) = 6k la sebagai deposit.
so kalau ada yg berminat dengan alam idaman, boleh la book segera.
call mr cheeh 0122284466
bgtau dia yang anda dapat tahu projek dan pakej ni dari saya ye.. Anie
Share:

Domain 3 Neocyber Limited Units


Domain 3 still have limited units for sale.
All bumi discounts which previously full, now still have 5 units available due to the buyer's loan rejected.
So, if you interested to own one unit or planning to top up your domain unit, please start your action asap.
for your indicator, for domain 1 bedroom unit, currently rental is rm900 - 1100. for fully furnished, can go to rm1500.
for domain 3 bedrooms, basic unit rental rate starts from rm1300 - 1400. for fully furnished, the rate starts at rm1750 - rm1950.

Do visit the site or call the salesperson, kenny 0126694319 or hendra 0133954102 for an appointment or enquiry.

The buyer get buyer commission is still available.
Just mention my name as your referral to the salesperson so that once your loan disbursed and i get the comission, we will share it 50-50... meaning rm500 each.
:)
Share:

Villa Tropika- out of stock sale


Villa Tropika is an apartment in Taman Tropika, Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi,
Situated just about 5 km from UKM.
Nearby the area are German Malaysian Insitute, Twintech College and ESSET.

Villa Tropika is built on a freehold land.
compared to other apartment in the same area, this one is a gated and guarded with CCTV and smart card security system.
There are two types:
- Type A 870 sqft 3 bedrooms and 2 bathromms
- Type B 1109 sqft 3 bedrooms and 2 bathrooms

There are 2 free covered carpark for each unit.
The maintenance fee is rm0.10 per sqft.. it is cheap, rite?
It is expected to be completed on December 2012.


The deposit is only rm500 and that's all. Everything then will be covered under your home loan.
So, it is very suitable for newbies or people with small cash (i always fall under this category...)
Free s&p, free loan legal free if you apply the loan through their panel RHB bank and free stamp duty.

Developed by MCT Homes, the same developer for Green Villa, Taman Tropika and 162 Residency.
I guest it is so obvious that they always come out with unique products at such potential location.
So, this kind of package does not surprise me.

Actually this project has been put in sold since middle of last year and actually has been sold out.
However, as usual, there are cases where the buyers unable to secure any loan, thus need to cancel the booking.
Luckily i came across this news and at the same time i have been motivating one of my officemate to invest in property before she get married.
you know, this is girls' things.. Women need a security in our lives.
so, buying a house before we get married and maintaining it ourselves able to secure our future simply because it won't be treated as matrimonial property if anything happens to your married then.
at least, if your husband become other people's husband or the worst if your husband kick you out, you have something on your own to rely on financially.
that is why i keep on motivating girls to buy one, even low cost unit, before they get married.

so, since there are 3 units left because of the loan rejected, last week, my officemate successfully booked one unit of type B.
Priced at rm163K after all the discounts.
Paying rm500 only as the deposit suits her well and she is now applying for the loan.

Looking at the current rate for low cost apartment in Sungai Tangkas at about rm600 - rm650 for the 1st and 2nd floor, i am positive that villa tropika able to fetch at least rm800 -rm850 rental price, especially when she put washing machine and fridge inside.
Anyway, congrates to my friend.
I hope this will not be your last investment.
I pray the best for you, girl!
Share:

Alam Idaman






Alam Idaman, serviced apartment baru di Batu 3 Shah Alam.
Freehold, ada 3 jenis semuanya.
Type A: 926 sqft, 3 bilik tidur, 2 bilik air.
Type B: 807 sqft 2 bilik tidur, 2 bilik air, 807 sqft.
Type C: 1023 sqft 3bilik tidur 2 bilik air.

Developer adalah CB Land, syarikat kepunyaan Crest Builder.
Actually, crest builder ni yg bina Alam Prima tapi atas nama projek SPNB.
insya allah tak risau projek terbengkalai...
maintenance fee bagi projek ni adalah rm0.20 per sqft

Lokasi Alam Idaman ni sebenarnya betul2 lepas keluar dr exit Batu 3 dari Elite Highway.
Boleh juga masuk susur kiri pertama dari Tol Shah Alam di Federal Highway tu.
bersebelah dengan site Subang Andaman dan Puri Ayu.. tapi Puri Ayu betul2 kat junction la.
bertentangan Puri Ayu adalah Indah Ria Apartment.
Projek dijangka siap pada jun 2013 tp developer kata maybe jan 2013 dah siap sbb sekarang ni pun dah siap buat piling dah.

semua sekali ada 326 unit sahaja.

Apa yg saya suka bagi projek ni adalah
- freehold
- deposit yg sedikit
- developer yg ada reputasi iaitu Crest Builder
- berhampiran dengan kampus baru MSU, Politeknik SA, PTPL, Glenmarie, site Bus Station baru Shah Alam.
- dekat dengan highway ELIte, federal Highway, NKVE, Guthrie
- dekat dgn Giant, Subang Hei-Tech
- kat 2 aras bawah tu shop lot.
- jalan masuk ke serviced apartent ni akan dilebarkan menjadi 2 lane masuk dan 2 lane keluar.
- security features: CCTV, card access
- 2 car park
- Fasa 4 berhampiran alam idaman ini akan di bina shop office dan fasa 5 bertentangan dengan dia akan dibina commercial center

Kemudahan yg ada:
- Swimming and Wading Pool,
- Kindergarten
- Badminton Courts
- Multipurpose Hall
- Playground
- Childcare Centre
- Surau,
- Launderette


Yang kurang syok
- di belakang alam idaman ada Alam Prima - lebih kurg 400 unit dan satu lagi projek middle cost apartment dlm 600 unit ( tapi yg ni belum mula lagi)
- ada progress payment. mungkin pada hujung 2012 nnt saya dah buat LLB dan dah tiada gaji lagi.

Selain itu, untuk maklumat lanjut berkenaan projek ni, boleh juga layari


dan


Share:

Alam Idaman- tanya pendapat

saya ada satu perkara nak cerita dan tanya pendapat kawan-kawan pembaca blog semua.

Pertengahan bulan lepas saya book satu unit di Alam Idaman.
Ia satu serviced apartment di Batu 3 Shah Alam.
unit 2 bilik tidur, 2 bilik air, 807 sqft.
Harga yg saya beli adalah rm207K selepas semua diskaun dan rebet.
Bayar booking rm1K, then lepas loan, saya perlu bayar lagi rm800++ sahaja.
maintenance fee pula adalah rm0.20 per sqft.





Lokasi Alam Idaman ni sebenarnya betul2 lepas keluar dr exit Batu 3 dari Elite Highway.
Boleh juga masuk susur kiri pertama dari Tol Shah Alam di Federal Highway tu.
bersebelah dengan site Subang Andaman dan Puri Ayu.. tapi Puri Ayu betul2 kat junction la.
bertentangan Puri Ayu adalah Indah Ria Apartment.
Projek dijangka siap pada jun 2013 tp developer kata maybe jan 2013 dah siap sbb sekarang ni pun dah siap buat piling dah.

semua sekali ada 326 unit sahaja.

Apa yg saya suka bagi projek ni adalah
- freehold
- deposit yg sedikit
- developer yg ada reputasi iaitu Crest Builder
- berhampiran dengan kampus baru MSU, Politeknik SA, PTPL, Glenmarie, site Bus Station baru Shah Alam.
- dekat dengan highway ELIte, federal Highway, NKVE, Guthrie
- dekat dgn Giant, Subang Hei-Tech
- kat 2 aras bawah tu shop lot.
- jalan masuk ke serviced apartent ni akan dilebarkan menjadi 2 lane masuk dan 2 lane keluar.
- security features: CCTV, card access
- 2 car park
- Fasa 4 berhampiran alam idaman ini akan di bina shop office dan fasa 5 bertentangan dengan dia akan dibina commercial center

Kemudahan yg ada:
- Swimming and Wading Pool,
- Kindergarten
- Badminton Courts
- Multipurpose Hall
- Playground
- Childcare Centre
- Surau,
- Launderette


Yang kurang syok
- di belakang alam idaman ada Alam Prima - lebih kurg 400 unit dan satu lagi projek middle cost apartment dlm 600 unit ( tapi yg ni belum mula lagi)
- ada progress payment. mungkin pada hujung 2012 nnt saya dah buat LLB dan dah tiada gaji lagi.

Melihat kepada MSU, di dalam website mereka, mereka target utk mempunyai 10K org pelajar yg mana 2K adalah pelajar dr luar negara.
Mungkin kah student foreigner ni nanti dr middle east dan mereka berminat nak sewa di sini?
buat masa ni, saya tengok sewa di indah ria dan puri ayu dah cecah rm1k utk 1000sqft, 3 bilik tidur.
so, adakah dlm masa 3 thn dr sekarang alam idaman mampu mencecah kadar sewa rm1400 utk pendapatan sewa yg selesa atau sekurang2nya 1200 utk cukup2 cover komitmen bulanan saya?
perkara ini yg saya terfikir2...
perlu buat keputusan sebelum khamis ni.

sebab sekarang ni loan dengan alrajhi dah lulus
lawyer pun dah tunggu saya dtg pejabat utk sign s&p.

so, boleh saya tanya apa pendapat kawan2 berkenaan projek ni?
adakah ia akan menepati projection saya ini? adakah ia pelaburan yg baik?
patut kah saya teruskan atau sebaliknya?

maklumat lanjut berkenaan projek ni, boleh layari


dan


Share:

yeay!! cayalah kak ziana

entri ini sangat tidak berkaitan dengan hartanah
tapi sangat berkaitan dengan saya.

Yeayyyyyy....
mohd menang!!
mohd juara mentor..

yg paling penting bg saya, kak ziana menang!!
walaupun dia selalu kurang bernasib baik dlm pertandingan anjuran TV3, tapi kali ni kak ziana menang!
cayalah... yeayyyy!!

maka akan senyumlah saya dlm tidur malam ni... hehehehe


gambar oleh ahli group Ziana Zain @ Facebook


--
Rohaniah Noor
rohaniahnoor@gmail.com
http://rohaniahnoor.blogspot.com

Share:

Perhatian Owner Domain - Pindahmilik Akaun TNB

Kawan tuan rumah Domain @ Neocyber yg beli selepas bangunan dapat CF,

Perasan tak akaun TNB kita masih lagi atas nama Laketown walaupun kita dah bayar deposit utk buka akuan TNB sendiri ke Laketown masa nak ambil kunci aritu?

kemudian, bagi beberapa unit rumah termasuk rumah saya, TNB ada meminta deposit tambahan ekoran bil penggunaan penyewa yang lebih tinggi dari anggaran asal mereka.
Faham-faham lah tenant domain ni jenis yg pasang air-cond.
Saya pernah ke TNB bertanyakan hal ni, rupanya polisi TNB, deposit yang mereka minta adalah anggaran 2 bulan penggunaan elektrik.
So, oleh kerana purata penggunaan rumah saya ni melebihi jangkaan rm120 mereka, maka mereka minta lagi tambahan rm360.
setahu saya, ada beberapa lagi kawan owner domain pun kena juga.

Masalah akan timbul nanti..
sebab akaun TNB masih atas nama Laketown
tapi TNB minta deposit tambahan kat kita..
dah tentu kita yg kena bayar.
So, pada rekod TNB, duit deposit yg ada dlm akaun tu adalah milik Laketown, bukan milik kita.

Ini yg saya suarakan pada en johari, pengurus dari Laketown ni.
Saya minta mereka segerakan pindah nama TNB ke nama saya, pindahkan amaun rm240 yg saya dah bayar sebagai deposit TNB saya beserta deposit tambahan rm360 yg saya bayar tu.
saya tak mahu developer angkut pula amaun rm360 tu.
En Johari minta saya buat surat dan faxkan untuk rujukan dia..

So, surat dah fax 2 minggu lepas.
Semalam saya jumpa en Johari, dia janji next week akan selesaikan.
Dia minta saya bgtau kawan2 owner domain yg lain supaya buat surat juga kepada dia secepat mungkin supaya tiada owner yg tertinggal.
So, saya harap kawan2 dpt maklumat ini dan buat tindakan segera.

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog