Your race your pace



Baru tengah hari tadi balik dari KL
saya menyertai Stadard Chartered KL Marathon
sebab saya tak terer, saya masuk kategori 10 km je...
tak macam ada kawan satu universiti saya tu, aiza.. masuk half marathon iaitu 21km.
Kata-kata di tajuk entri ni pun dia yang bagi kat saya.

Alhamdulillah, larian bermula jam 7.08 pagi tadi dapat saya tamatkan dalam masa 95 minit.
Tidak hebat tapi tidaklah paling corot.
Catatan masa hampir sama dengan prestasi saya semasa Bareno Run bulan 4 tempoh hari.
walaupun 2 bulan berehat tapi prestasi maintain, bangga juga. hehehe
tapi kawan saya, chan menunjukkan peningkatan dari larian lepas. Syabas.
Bulan depan kita turun lagi ye!

Yang menarik semasa larian tadi, ada sorg perempuan mat salleh tu siap lari sambil tolak stroller anak dia lagi.
Bukan stroller kosong.. tp memang ada anak dia dlm tu.
Laju juga dia lari.. awal2 dia dah potong kami
dan saya tak jumpa dia dah lepas tu..
sedangkan larian kami ni ada naik turun bukit.
Hebat! Semangat yang saya kagumi.

Di dalam larian hari ini, 16,500 orang peserta telah mengambil bahagian
Setiap peserta memilih kategori masing-masing
ada yang baru bermula, memilih untuk berlari dalam kategori Fun Run
ada yang mula maju setapak dengan menyertai kategori 10 km
ada yang mula menguasai track larian dan tahap stamina yang tinggi menyertai half marathon 21 km
dan ada yang mencapai tahap tertinggi dalam larian dengan menyertai full marathon 42 km
Kami memilih kategori berdasarkan kemampuan dan tahap pengalaman masing-masing.

Di dalam larian ini juga, kami sebenarnya bukan bertanding dengan peserta lain
tetapi kami bertanding dengan diri kami sendiri
mampukah kami berlari higga ke garisan penamat dengan selamat?
Mampukah kami mengekalkan prestasi?
Mampukah kami memperbaiki prestasi?
atau mampukah kami membuktikan yang kami boleh lakukan seperti mana peserta yang lain
sedangkan mereka lebih berusia, lebih kurus, lebih berisi, lebih rendah dari kami?

Begitulah juga yang saya nampak dalam perancangan kewangan kita
Kita tidak mengejar siapa lebih kaya dari siapa
Siapa lebih banyak simpanan dari siapa
Siapa lebih banyak rumah dari siapa
Siapa yang lebih bijak strateginya dari siapa
pasti azizi ali pun tak peduli kalau jumlah rumah yang dia miliki kurang dari Renesial Leong

tapi yang penting adalah di mana kedudukan kita dalam perancangan kewangan kita sendiri
Adakah sama dengan 2 tahun lepas?
adakah jumlah net worth kita meningkat? atau menurun?
cukupkah simpanan kita untuk membiayai perbelanjaan pelajaran anak2 kita nanti?
mampukah kita menamatkan usia kita tanpa menyusahkan sesiapa dan hidup selesa apabila bersara kelak?
berapa pula umur yang kita akan betul2 boleh bersara?

Setiap orang ada kedudukan kewangan kita sendiri
kita duduk dalam kategori yang kita pilih sendiri
dan setiap hari sebenarnya kita di dalam pertandingan dengan diri sendiri
bagaimana untuk mencapai garis penamat dengan selamat dan berjaya?
Itu yang penting.

Sebagaimana kami berlatih setiap minggu untuk mengekalkan stamina dan memperbaiki prestasi
seperti itulah juga orang yang ingin berjaya dalam perancangan kewangan perlu melabur dalam diri sendiri dahulu.

Sebagaimana kami tidak boleh membabi buta menyertai larian tanpa berlatih dahulu
sebegitu jugalah kita tidak boleh membuta tuli melabur dalam hartanah tanpa belajar terlebih dahulu.

Kerana halangan terbesar adalah diri kita sendiri
dan kerana faktor kejayaan terbesar adalah juga diri kita sendiri.

Nota: sedih tengok sesetengah orang yang rugi dalam pelaburan hartanah disebabkan mereka tidak tahu prosedur, kurang arif memilih lokasi dan percaya bulat-bulat kata2 org yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka....
0