Suri Puteri






Dah lama saya nak tulis pasal projek ni.
Mungkin dah agak terlewat kan....
tapi takper.. sebagai catatan peribadi saya, saya tulis juga la di sini.

Sebenarnya saya dah lama dah pergi melawat site Suri Puteri ni.. bulan lepas.
tertarik dengan review oleh iproperty.com
kemudian ada satu blog reader letak komen, tanya pasal suri puteri.
tu yang saya pergi melawat kejap tu.

suri puteri ni projek bercampur.
pusat komersial yg terdiri dari kedai pejabat dan serviced apartment.
saya suka lokasinya.. dekat dengan pusat komersil seksyen20
mmg dekat sangat dengan kedai2, bank, KPJ Hospital, sekolah, kilang, hotel De Palma..
dekat dengan pusat bandar shah alam.
Leasehold sehingga 28 okt 2108.


serviced apartment mewah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya:
- kolam renang
- taman permainan
- gym
- sauna
- reflexology path
- taman berlanskap
- barbeque pits
- games room
- bilik komputer
- study room
- laundry
- mini market
- taska
- tadika
- cctv
- pengawal keselamatan

Projek serviced apartment ni ada 2 blok. Blok A dan Blok B

Blok A ada 2 jenis.
Type B 1130 sqft: 3 bilik tidur 2 bilik air
TYpe B1 1141 sqft, 3 bilik tidur 2 bilik air juga.

Blok B ada 2 jenis.
Type A 1345 sqft. 3 bilik tidur 2 bilik air
type A1 1012 sqft 3 bilik tidur 2 bilik air

(ok rohaniah.. kesimpulannya semuanya 3 bilik tidur 2 bilik air.. lol...)

semua sekali ada 352 unit sahaja.

harga projek ni agak dasat juga la..
masa saya ke sana harga yg tinggal dlm 300K++
ada less 10% untuk bumi
so masa tu ada satu unit tu lepas diskaun harga dlm rm269K utk type B
ni yg paling murah la ni.
ada juga unit Type A.. masa tu cuma tinggal 5 unit.

kalau berminat, bayar booking rm1k sahaja.
tapi kalau kita bekerja dengan Bank Rakyat, hanya perlu bayar booking rm500 je.. ada special sedikit.
sebab projek ni dicagarkan ke bank rakyat.
maintenance fee pula dalam 20seb per sqft. kira orait la utk kemudahan sebanyak tu.

Unit akan diberi 2 lot parking basement
dan juga 3 access card.
selain tu, pada masa saya dtg ni, developer akan beri cash voucher sebanyak rm2K utk ikea.
utk membeli perabot la..

nama developernya SC Land.
projek terdahulu adalah Suri Kepayan di KK, Suri Intan di Temerloh, Suri Puri di Sri Damansara, Suri Surian di BAtu Caves, Saujana Gombak di Gombak dan Taman Bukit Serdang.
tapi marketing dilakukan oleh Kim Realty.

Bila saya tanya salesperson tu, berapa anggaran harga sewa di sini, belia kata anggaran dalam rm1300 untuk unit kosong dan rm1500 untuk fully furnish.

Ada satu perkara tak best pasal projek ni.
saya dengar bahawa projek ni projek yg lambat siap.
construction nyer pernah tersangkut.
hm.. mungkin tu sebabnya bila saya tengok bangunan yg sedang dibina tu, batu batannya dah kehitaman...
tak nampak mcm batu dan simen baru...

Pendapat saya, kalau beli utk tinggal sendiri di Shah alam.. ingin hidup selesa dengan kemudahan yg baik dan furnishing mewah, mungkin ini satu pembelian yg baik.
sebab kawasan persekitarannya terbahagi dua suasana.
Di sebelah Persiaran Tengku Ampuan menawarkan lot-lot komersial yang boleh memenuhi keperluan harian.
Di sebelah Persiaran Jubli Perak yg akan menjadi pintu masuk projek ni pula lebih sunyi dan tenang.

tapi kalau nak beli untuk disewakan, mungkin ada projek lain yang lebih menguntungkan.

Kalau berminat, boleh hubungi salesperson Mr Chris 012-6231772
atau layari laman web http://www.suriputeri.com.my/
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog