soalan dan jawapan - s&p dan title

Dah lama saya tak letak sesi Q & A saya di blog ni kan..
hari ni saya menjawab satu emel yg saya rasa menarik untuk rujukan semua.
kalau jawapan saya ni kurang lengkap, boleh la kawan2 tambah di ruangan komen.

Soalan :

Cik, saya pembaca setia blog cik. Saya ada berminat untuk beli apartment di sekyen 13 shah alam. tapai masih kabur mengenai urusan pembelian apartment leasehold ni. Saya berurusan terus dgn tuan rumah dan appoint lawyer sendiri utk S&P. apakah document yg mesti owner sediakan untuk proses S&P tersebut.Setakat ni saya dah sediakan letter of intent,dan byr booking 2% dr harga rumah.lps s&p siap nnt saya nk byr 8% lagi. Masalahnya bila saya mtk copy geran (master title,atau invidual title) owner kate takde. ye ke?tak kan ada S&P lame jer kat bank?


Jawapan:

walaikum salam....

terima kasih kerana membaca blog saya.
hm.. tindakan encik berhubung terus dgn tuan rumah dan lantik lawyer s&p sendiri tu betul la tu.. sebab owner tak pakai agent kan.. kalau pakai agent, encik akan berhubung dgn agent.
lawyer pulak mmg sebaiknya kita appoint lawyer kita sdr yg kita percaya dan yakin akan servis mereka.

ok, bagi penyediaan s&p, owner kena bg kita atau lawyer kita
- satu salinan ic
- salinan s&p lama
- salinan title (jika ada)

untuk tujuan loan pula, owner kena pulak bagi kita atau lawyer loan kita
- salinan letter offer bank loan owner masa dia beli rumah tu

ok, tentang strata title yg dia kata tak ada tu, mmg boleh berlaku.
ini kerana sekiranya apartment/ condo atau rumah flat tu belum mempunyai strata title lagi, mmg title rumah tu masih lagi master title pada developer.
ini perkara biasa sbb kalau condo, apartment, flat ni berkongsi tanah yg sama kan..
so, nak keluarkan strata title mengambil masa.
20 tahun pun boleh jadi kalau projek yg dulu2.
kecuali la kalau rumah tu rumah landed, biasa nya mmg title berasingan. mmg ada individual title sendiri.
namun begitu, pada masa sekarang ni, utk projek2 rumah teres/ semi D atau banglo yg ada gated and guarded, title pun sesetengahnya dah jadi strata title.

jgn risau, ketiadaaan title ni tak menjejaskan proses pembelian rumah, cuma ada prosedur lawyer s&p kena notify developer dulu la sebelum boleh rumah tu dipindahmilik
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog