Sentral Point Kajang episod 2




saya sudah berjanji akan bercerita lebih lanjut lagi tentang projek ni bila saya dah melawat showroom nya kan?
ok, jumaat lepas saya dah ke sana.
saya suka jumaat sebab pada waktu rehat yang panjang dan kaum lelaki ke masjid, saya boleh meronda-ronda.. hehehe

saya ke showroom sentral point kajang.
memang betul unit pejabat yang berharga rm120K tu untuk unit terkecil di tingkat 2.
rupanya ground floor dan tingkat 1 adalah unit kedai.
tapi semuanya di ground floor dah sold out.
cuma unit pejabat di tingkat 2 dan unit terhad di tingkat 1 sahaja yang tinggal.
unit pejabat ni pula ada 2 saiz.
saiz terkecil 614 sqft berharga rm120K manakala saiz yang besar sedikit dlm harga 180K.
setiap unit akan diberi 1 parking basement percuma kecuali unit pejabat terkecil.
namun begitu, parking tak menjadi masalah di sini.

Bangunan ni ada lif, jadi tak perlu risau kalau pejabat di tingkat 2.
tak perlu angkat kabinet besi naik tangga..

deposit rm5k untuk unit pejabat dan rm10k untuk unit kedai.
free s&p, ada 5% rebet, cctv dan security access ke basement dan lobi.
kemunculan unikl dan kolej new era menambahkan tarikan di sini.

tapi setakat mana projek ni akan muncul sebagai lot komersil yang terkemuka di kajang?
hm.. yang tu rasanya mengambil masa...
mungkin apabila serviced apartment yang akan dibina di belakang lot komersil ini siap dan dihuni.. mungkin...
serviced apartment tu dijangka akan dilancarkan hujung tahun ni.
setakat ni katanya harga yang dijangka adalah dlm rm200k...

saya juga mahu tengok, antara sentral point kajang dan putra kajang mana akan lebih berjaya?
kedua2nya di sebelah silk highway..
tapi bertentangan arah.
tapi putra kajang lebih hampir dengan pekan kajang.

kalau ada pembaca berminat dengan projek ni, boleh hubungi 012-3811611 / 012-8021611 / 03-87397618
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog