oh penyewa kazakh ku....

malam tadi pergi ke rumah domain saya
dua orang penyewa kazakh tidak bayar sewa bulan mei
kalau ikut agrement, kena bayar sebelum 7 hb
tp semalam dah 25hb dah... masih belum bayar
saya call, mereka tidak angkat
saya sms, mereka tidak jawab
duit sewa tidak juga masuk..

penyewa bilik kedua yang org filipina pula dah pening
sebab penyewa 'tidak sah' yang lelaki kazakh tu masih tinggal di dalam rumah

bil air bulan 10 2009 sepatutnya budak kazakh yg sewa master room tu bayar
sebab masa tu dia sorg je duduk kat rumah tu
tapi dia tak bayar sampai hari ni
maintenance nak potong air dah
saya kesian pula dengan tenant filipina tu
saya bayarkan dulu bil air guna duit saya

bil letrik pula, masih ada tertunggak satu bulan yg mereka belum bayar
si tenant filipina tu tak terlibat dlm bil letrik tu sebab masa tu dia cuti bersalin di negara asal dia
so, mereka berdua si kazakh ni je la yg kena bayar.

malam tadi slow talk dengan tenant filipina dan budak lelaki tu.
dua orang budak pompuan kazakh tu mmg takde kat rumah la.
katanya dah jarang sangat mereka balik ke rumah sekarang.

budak lelaki tu kata dia dah bayar sewa bilik tu ke tenant saya yg penyewa asal bilik tu.
tapi budak pompuan tu la yg tak bayar kat saya.
hm..
tapi kalau budak tu bayar, budak lelaki tu minta duduk lagi sampai habis sem dia hujung bulan depan
kesian pula saya tengok dia
saya rasa tenant filipina pun rasa kesian gak
yg kelakar nya, budak lelaki tu cakap , " i am a quite person. i dont make any noise in the house. i do not like a mouse or something like that here"
:))

hm.. kalau saya dapat sewa bulan ni, budak lelaki tu akan bayar sewa bulan depan straight kepada saya
dan akan stay lagi sebulan la
tp kalau dua2 tenant asal tu tak bayar gak sewa, saya harap mereka kosongkan bilik mereka hujung bulan ni
termasuk budak lelaki tu
notis dah tampal kat pintu bilik

hm.. saya harap kesudahan yg baik utk semua pihak
saya pun bukan seronok nak tamatkan kontrak sesuka hati kalau mereka tak langgar kontrak dulu
tak seronok juga asyik nak cari tenant je..

0