iProperty Seminar

apa yang akan anda lakukan hujung minggu ni?

iProperty.com.my akan menganjurkan iProperty Exhibition 2010 bermula jumaat 21 mei hingga ahad 23 mei ni
bertempat di MidValley exhibition center.

boleh la cuci mata tengok projek-projek hartanah terbaru...
mesti banyak yang mahal-mahal kan.. dan yang lambat laku..
kenapa saya cakap yg lambat laku?
sebab biasanya projek atau unit yg hot mcm goreng pisang panas akan sold out dlm masa 2 minggu selepas soft launch
tak sempat masuk exhibition pun...

tak caya?
cuba check Gaya service apartment utk studio unit, PJ5 SOHO utk unit 1 bedrooom, 1120 Park Avenue Phase 1, Domain 2 @ Neocyber, Titiwangsa Sentral dan banyak lagi yang hot.
Ada yang habis dijual sebelum sempat masuk ke dalam pendengaran kita pun..
so, bila ke exhibition hartanah mcmni, berhati-hatilah...
kalau berhajat nak beli, tengok betul2 projek tu..
seeloknya jangan booking dulu.
pergi tengok show room atau melawat site sebenarnya dulu untuk gambaran sebenar.
jangan percaya bulat-bulat cerita-cerita manis salesman sahaja...

tapi tidak pula saya kata semua projek di dalam exhibition semuanya projek yang tak laku atau tidak bagus.
ada juga projek yang baik
contohnya Atmosfera condo, pernah dipamerkan di exhibition ni..
dan juga CBD 2 di cyberjaya.. pernah masuk Luxury property exhibition oleh iProperty
kena pilih betul-betul la..

ok, sebenarnya exhibition bukan main point cerita saya hari ni..
intro je tu.. intro yang panjang.. hehehehe
sebenarnya saya nak ajak kawan-kawan ke seminar yang akan diadakan bersempena exhibition ni
tengok tajuk-tajuk dan penceramah nya memang sangat menarik minat.
siapa kata talk by milan doshi tidak menarik untuk didengar?
Milan Doshi akan membentangkan tajuk "Retire Within The Next 5 years… By Having RM3million in Good Property Loans" pada pukul 7 - 8 mlm sabtu dan ahad.
walaupun waktu tu macam kurang sesuai, tapi kalau kita gerak ke surau 5 minit sebelum pukul 8, insya allah sempat lagi untuk solat maghrib.
Berdasarkan pengalaman lepas, Milan Doshi akan bawa buku-buku dia untuk dijual.
jadi, kalau belum dapatkan buku dia lagi, boleh la beli dengan harga istimewa.. kalau kali ni dia bawa lagi la buku tu..

Selain tu, ada juga property investors terkemuka yang lain akan memberi taklimat.

Untuk jadual penuh dan pendaftaran seminar, boleh pergi ke

pesanan saya, sebelum anda memulakan pelaburan hartanah anda, pastikan melabur untuk diri anda dahulu...
tambahkan ilmu di dada berkenaan pelaburan hartanah supaya anda tidak tersilap langkah...
saya?
insya allah saya pergi sabtu ni..
sebab ahad pagi ada larian chicken run.. lepas lari, leh main air kat sunway lagoon.. syoknyer!
:)
0