• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

university of medina cancel to build campus in cyberjaya?

i met hazree, my blog friend this week.
he said that there are rumors that university of medina will cancel to build its campus in cyberjaya.
how far it is true?
if it is true, it will affect cyberjaya future development which we can see in currently so progressive and aggressive.
so i did some google and find this article from the university's website.


so, as the the news is on 8 april 2010, i guess it is crystal clear that it is just rumors... but not fact.


Share:

oh penyewa kazakh ku....

malam tadi pergi ke rumah domain saya
dua orang penyewa kazakh tidak bayar sewa bulan mei
kalau ikut agrement, kena bayar sebelum 7 hb
tp semalam dah 25hb dah... masih belum bayar
saya call, mereka tidak angkat
saya sms, mereka tidak jawab
duit sewa tidak juga masuk..

penyewa bilik kedua yang org filipina pula dah pening
sebab penyewa 'tidak sah' yang lelaki kazakh tu masih tinggal di dalam rumah

bil air bulan 10 2009 sepatutnya budak kazakh yg sewa master room tu bayar
sebab masa tu dia sorg je duduk kat rumah tu
tapi dia tak bayar sampai hari ni
maintenance nak potong air dah
saya kesian pula dengan tenant filipina tu
saya bayarkan dulu bil air guna duit saya

bil letrik pula, masih ada tertunggak satu bulan yg mereka belum bayar
si tenant filipina tu tak terlibat dlm bil letrik tu sebab masa tu dia cuti bersalin di negara asal dia
so, mereka berdua si kazakh ni je la yg kena bayar.

malam tadi slow talk dengan tenant filipina dan budak lelaki tu.
dua orang budak pompuan kazakh tu mmg takde kat rumah la.
katanya dah jarang sangat mereka balik ke rumah sekarang.

budak lelaki tu kata dia dah bayar sewa bilik tu ke tenant saya yg penyewa asal bilik tu.
tapi budak pompuan tu la yg tak bayar kat saya.
hm..
tapi kalau budak tu bayar, budak lelaki tu minta duduk lagi sampai habis sem dia hujung bulan depan
kesian pula saya tengok dia
saya rasa tenant filipina pun rasa kesian gak
yg kelakar nya, budak lelaki tu cakap , " i am a quite person. i dont make any noise in the house. i do not like a mouse or something like that here"
:))

hm.. kalau saya dapat sewa bulan ni, budak lelaki tu akan bayar sewa bulan depan straight kepada saya
dan akan stay lagi sebulan la
tp kalau dua2 tenant asal tu tak bayar gak sewa, saya harap mereka kosongkan bilik mereka hujung bulan ni
termasuk budak lelaki tu
notis dah tampal kat pintu bilik

hm.. saya harap kesudahan yg baik utk semua pihak
saya pun bukan seronok nak tamatkan kontrak sesuka hati kalau mereka tak langgar kontrak dulu
tak seronok juga asyik nak cari tenant je..

Share:

azizi ali's testimonial challenge

Today i got another free newsletter from azizi ali.
Thinking that it is a very good opportunity for us, azizi ali fans, i decided to share the email here.

Dear rohaniah,

How would you like to win a FREE audio recording of me talking about ‘Common Financial Mistakes and How to Avoid Them?’ If the answer is yes (and I suspect it is!), please read on.

I’m starting a collection of testimonials from happy and satisfied readers of my books, attendees to my seminars and talks, and clients of my services. These testimonials will be used for marketing my products and services.

So if you are one of the above, please write one and send it to me before 10th June 2010. The testimonials must be in the following format:

How exactly you have benefited
Include your full name and job title (if you have a job of course!)
Include your photo (if you are posing with the books, well, that’s even better!)
As a guide, the following are samples of testimonials that I have received:

“Azizi, thank you for writing Millionaires are from a different planet. I now know what I was doing wrong with my finances before. More importantly, I know exactly what I must to do take control of my money.”

Karen Low
Housewife

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana banyak memberi ilmu-ilmu kewangan kepada saya melalui buku-buku dan laporan-laporan yang diterbitkan oleh pihak Tuan. Bagi saya yang baru sahaja bekerja selepas tamat pengajian, ilmu kewangan merupakan satu ilmu yang wajib saya ketahui untuk mengurus dan mengembangkan kewangan saya. Sekali lagi, saya ucapkan jutaan TERIMA KASIH. Untuk pengetahuan pihak Tuan juga, saya kerap membeli buku-buku dan laporan secara online di MillionairesPlanet, dan setakat ini, servis yang diberikan tidak mengecewakan. TAHNIAH!”

And oh ya, the testimonials can be in English or BM.

Please send the testimonial to feedback@MillionairesPlanet.com before 10th June 2010. Once I received it, I will e-mail you a link where you can download a copy of the audio recording.

Thank you for your help.

Hm.. i planned to take part in this challenge.
Even though i will not be selected as the winner (as i am always not so lucky), but the chance to give an honest testimonial on how his books and seminars have changed my life journey is damn great not to be missed.
Share:

Sentral Point Kajang episod 2




saya sudah berjanji akan bercerita lebih lanjut lagi tentang projek ni bila saya dah melawat showroom nya kan?
ok, jumaat lepas saya dah ke sana.
saya suka jumaat sebab pada waktu rehat yang panjang dan kaum lelaki ke masjid, saya boleh meronda-ronda.. hehehe

saya ke showroom sentral point kajang.
memang betul unit pejabat yang berharga rm120K tu untuk unit terkecil di tingkat 2.
rupanya ground floor dan tingkat 1 adalah unit kedai.
tapi semuanya di ground floor dah sold out.
cuma unit pejabat di tingkat 2 dan unit terhad di tingkat 1 sahaja yang tinggal.
unit pejabat ni pula ada 2 saiz.
saiz terkecil 614 sqft berharga rm120K manakala saiz yang besar sedikit dlm harga 180K.
setiap unit akan diberi 1 parking basement percuma kecuali unit pejabat terkecil.
namun begitu, parking tak menjadi masalah di sini.

Bangunan ni ada lif, jadi tak perlu risau kalau pejabat di tingkat 2.
tak perlu angkat kabinet besi naik tangga..

deposit rm5k untuk unit pejabat dan rm10k untuk unit kedai.
free s&p, ada 5% rebet, cctv dan security access ke basement dan lobi.
kemunculan unikl dan kolej new era menambahkan tarikan di sini.

tapi setakat mana projek ni akan muncul sebagai lot komersil yang terkemuka di kajang?
hm.. yang tu rasanya mengambil masa...
mungkin apabila serviced apartment yang akan dibina di belakang lot komersil ini siap dan dihuni.. mungkin...
serviced apartment tu dijangka akan dilancarkan hujung tahun ni.
setakat ni katanya harga yang dijangka adalah dlm rm200k...

saya juga mahu tengok, antara sentral point kajang dan putra kajang mana akan lebih berjaya?
kedua2nya di sebelah silk highway..
tapi bertentangan arah.
tapi putra kajang lebih hampir dengan pekan kajang.

kalau ada pembaca berminat dengan projek ni, boleh hubungi 012-3811611 / 012-8021611 / 03-87397618
Share:

Buku Milan Doshi - antara perbelanjaan terbaik saya

Esok insya allah kalau tak ada aral saya nak ke seminar iProperty.
Teringat pula soalan hazree, apa buku milan doshi yg bagus untuk dibaca tu?

hm.. sebenarnya memang saya berangan nak buat review buku-buku pelaburan hartanah terbaik yg pernah saya baca
so, bila hazree dah tanya macam tu, boleh la saya mulakan dengan buku milan doshi ni

ok, milan doshi ni, kalau ada yang belum kenal, dier merupakan antara property investor paling terkemuka di malaysia
sama class dengan renesial leong dan azizi ali
dia ni dah lama dlm property ni...
fokus utama pelaburannya adalah commercial property.
Dia ada beberapa commercial lot di Berjaya Times Square dan dengarnya di Bukit Bintang Plaza
tapi dia ada juga invest dlm hartanah kediaman di taman equine.

ok, setakat ni ada 2 buah buku yang dia tulis berkaitan pelaburan hartanah

mula-mula dia tulis buku "How You Can Get Rich from Property and Stock Markets"
kemudian diterjemahkan ke versi Bahasa Melayu "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan melalui Pelaburan Hartanah dan Pasaran Saham".
buku ni saya tak beli, tapi saya suggest kepada library pejabat lama saya untuk beli dan letakkan di library.
Kemudian, saya jadi peminjam pertama.. hehehehe

Sepertimana tajuknya, buku ni mengajar asas bagaimana bermula dan mengaut keuntungan dari pelaburan hartanah dan pasaran saham.
Kurang detail kerana nak cover dua aspek berbeza tapi cukup untuk membuka mata kita.


Kemudian pada tahun 2005, Milan Doshi menerbitkan satu lagi buku.
"How You Can Become a Multi Millionaire Real Estate Investor"
atau versi BM bertajuk "Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Hartanah Terbilang"


Buku ini setebal 321 muka surat, detail dengan pengenalan, tips, panduan dan segala pengiraan berkenaan pelaburan hartanah.
Boleh dikatakan sangat detail.
rasanya kalau anda banyak tak tahu tentang hartanah ni, anda boleh tahu hampir semua teknik dan bagaimana pelaburan ini dilakukan dengan membaca buku ini.
Pengiraan yag diajar memang lengkap. Tidak selengkap yang ada dlm buku azizi ali dan renesial leong sekalipun.

Isi kandungan buku ini meliputi:
- Lets Get started
- what you need to know when buying a property
-legal and tax issues made simple (tapi pening gak kepala nak memahaminya... hehehe)
- Getting the best financing package
-insight into real estate agents and negotiators
- managing your real estate investments
-other crucial issues in property investment

ni tajuk-tajuk besar je.. setiap tajuk besar ada 3 - 9 tajuk kecil.
memang lengkap, jelas dan letih lah membacanya... hehehe
tp soal letih membaca tak sepatutnya jadi masalah kan..
itu sebab diciptanya bookmark.
untuk menanda di mana kita berhenti membaca supaya dapat menyambungnya lain kali.
Itu juga gunanya rak buku.
supaya buku yang disimpan lepas dibaca mudah untuk diambil dan dibaca semula untuk ulangkaji dan pemahaman yang lebih...

tips yg saya paling ingat, kalau nak beli condo atau apartment, jangan sesekali beli unit di tingkat paling atas.
juga, beliau mengatakan mindset terbaik dlm pelaburan hartanah adalah bila dah membeli satu unit yang baik, jangan sesekali menjualnya.
Kenapa? hm.. kena la beli dan baca..

saya beli buku ni semasa attend talk milan doshi dlm seminar iProperty tahun lepas.
masa tu dia jual dengan harga rm60. buku versi bahasa inggeris.
harga sebenar rm69.90
kalau versi BM murah sikit, rm59.90 tapi milan tak bawak versi BM masa tu.

hm..setakat ni, buku ni, buku azizi ali dan buku renesial leong adalah perbelanjaan terbaik saya.
yang saya memang tak pernah menyesal membelinya.
malah amat bersyukur kerana saya dibukakan hati untuk membeli dan membaca buku-buku ini semua.


Share:

Sentral Point Kajang



Setiap kali saya ulang alik ke tempat kerja, pasti akan menoleh ke site pembinaan projek komersial bercampur ni....
dalam hati tertaya-tanya...
tapi malangnya masih belum sempat singgah ke sales office dia
nampak macam menarik sebab betul2 bersebelahan dengan silk highway.
di blok sebelah iaitu di Sentral Business Park ada unikl dan bakal ada kolej new era..
pejabat kerajaan miros atau institut penyelidikan keselamatan jalanraya pun ada.


Tengok pada harga yang terpampang di pengadang projek tu ada tertulis bermula dari 12ok
hm. mungkin tu untuk unit pejabat di tingkat atas sekali.

nama projek Sentral Point Kajang.
developer adalah TKS Projects, developer yang sama dengan Sentral Business Park.
Nak cerita lebih pun tak boleh sebab tak dpt singgah lagi
tgk kat website nyer pun tak ada banyak info


hm.. nantilah.. dah melawat nanti saya cerita semula
Share:

Buying properties at a discount - StarProperty.my

I found this article is so interesting and helpful for us, the property investors, especially those seeking good deals from subsale market sector.
Plus, it is from Azizi Ali, my favorite property mentor!

Buying properties at a discount - StarProperty.my

Have a nice reading time, friends!
Share:

iProperty Seminar

apa yang akan anda lakukan hujung minggu ni?

iProperty.com.my akan menganjurkan iProperty Exhibition 2010 bermula jumaat 21 mei hingga ahad 23 mei ni
bertempat di MidValley exhibition center.

boleh la cuci mata tengok projek-projek hartanah terbaru...
mesti banyak yang mahal-mahal kan.. dan yang lambat laku..
kenapa saya cakap yg lambat laku?
sebab biasanya projek atau unit yg hot mcm goreng pisang panas akan sold out dlm masa 2 minggu selepas soft launch
tak sempat masuk exhibition pun...

tak caya?
cuba check Gaya service apartment utk studio unit, PJ5 SOHO utk unit 1 bedrooom, 1120 Park Avenue Phase 1, Domain 2 @ Neocyber, Titiwangsa Sentral dan banyak lagi yang hot.
Ada yang habis dijual sebelum sempat masuk ke dalam pendengaran kita pun..
so, bila ke exhibition hartanah mcmni, berhati-hatilah...
kalau berhajat nak beli, tengok betul2 projek tu..
seeloknya jangan booking dulu.
pergi tengok show room atau melawat site sebenarnya dulu untuk gambaran sebenar.
jangan percaya bulat-bulat cerita-cerita manis salesman sahaja...

tapi tidak pula saya kata semua projek di dalam exhibition semuanya projek yang tak laku atau tidak bagus.
ada juga projek yang baik
contohnya Atmosfera condo, pernah dipamerkan di exhibition ni..
dan juga CBD 2 di cyberjaya.. pernah masuk Luxury property exhibition oleh iProperty
kena pilih betul-betul la..

ok, sebenarnya exhibition bukan main point cerita saya hari ni..
intro je tu.. intro yang panjang.. hehehehe
sebenarnya saya nak ajak kawan-kawan ke seminar yang akan diadakan bersempena exhibition ni
tengok tajuk-tajuk dan penceramah nya memang sangat menarik minat.
siapa kata talk by milan doshi tidak menarik untuk didengar?
Milan Doshi akan membentangkan tajuk "Retire Within The Next 5 years… By Having RM3million in Good Property Loans" pada pukul 7 - 8 mlm sabtu dan ahad.
walaupun waktu tu macam kurang sesuai, tapi kalau kita gerak ke surau 5 minit sebelum pukul 8, insya allah sempat lagi untuk solat maghrib.
Berdasarkan pengalaman lepas, Milan Doshi akan bawa buku-buku dia untuk dijual.
jadi, kalau belum dapatkan buku dia lagi, boleh la beli dengan harga istimewa.. kalau kali ni dia bawa lagi la buku tu..

Selain tu, ada juga property investors terkemuka yang lain akan memberi taklimat.

Untuk jadual penuh dan pendaftaran seminar, boleh pergi ke

pesanan saya, sebelum anda memulakan pelaburan hartanah anda, pastikan melabur untuk diri anda dahulu...
tambahkan ilmu di dada berkenaan pelaburan hartanah supaya anda tidak tersilap langkah...
saya?
insya allah saya pergi sabtu ni..
sebab ahad pagi ada larian chicken run.. lepas lari, leh main air kat sunway lagoon.. syoknyer!
:)
Share:

soalan dan jawapan - s&p dan title

Dah lama saya tak letak sesi Q & A saya di blog ni kan..
hari ni saya menjawab satu emel yg saya rasa menarik untuk rujukan semua.
kalau jawapan saya ni kurang lengkap, boleh la kawan2 tambah di ruangan komen.

Soalan :

Cik, saya pembaca setia blog cik. Saya ada berminat untuk beli apartment di sekyen 13 shah alam. tapai masih kabur mengenai urusan pembelian apartment leasehold ni. Saya berurusan terus dgn tuan rumah dan appoint lawyer sendiri utk S&P. apakah document yg mesti owner sediakan untuk proses S&P tersebut.Setakat ni saya dah sediakan letter of intent,dan byr booking 2% dr harga rumah.lps s&p siap nnt saya nk byr 8% lagi. Masalahnya bila saya mtk copy geran (master title,atau invidual title) owner kate takde. ye ke?tak kan ada S&P lame jer kat bank?


Jawapan:

walaikum salam....

terima kasih kerana membaca blog saya.
hm.. tindakan encik berhubung terus dgn tuan rumah dan lantik lawyer s&p sendiri tu betul la tu.. sebab owner tak pakai agent kan.. kalau pakai agent, encik akan berhubung dgn agent.
lawyer pulak mmg sebaiknya kita appoint lawyer kita sdr yg kita percaya dan yakin akan servis mereka.

ok, bagi penyediaan s&p, owner kena bg kita atau lawyer kita
- satu salinan ic
- salinan s&p lama
- salinan title (jika ada)

untuk tujuan loan pula, owner kena pulak bagi kita atau lawyer loan kita
- salinan letter offer bank loan owner masa dia beli rumah tu

ok, tentang strata title yg dia kata tak ada tu, mmg boleh berlaku.
ini kerana sekiranya apartment/ condo atau rumah flat tu belum mempunyai strata title lagi, mmg title rumah tu masih lagi master title pada developer.
ini perkara biasa sbb kalau condo, apartment, flat ni berkongsi tanah yg sama kan..
so, nak keluarkan strata title mengambil masa.
20 tahun pun boleh jadi kalau projek yg dulu2.
kecuali la kalau rumah tu rumah landed, biasa nya mmg title berasingan. mmg ada individual title sendiri.
namun begitu, pada masa sekarang ni, utk projek2 rumah teres/ semi D atau banglo yg ada gated and guarded, title pun sesetengahnya dah jadi strata title.

jgn risau, ketiadaaan title ni tak menjejaskan proses pembelian rumah, cuma ada prosedur lawyer s&p kena notify developer dulu la sebelum boleh rumah tu dipindahmilik
Share:

Ilham Apartment untuk dijual



sebelum ni saya pernah maklumkan officemate saya nak jual apartment nya di Ilham apartment, tapi ada seorang lagi pembaca blog saya pula yg nak jual.
Dia minta saya war2kan di sini.

Ilham Apartment, seksyen U2, TTDI Jaya, Shah Alam
Dia nak jual RM130K.
keluasan dlm 750 sqft.. freehold kalau tak salah saya
Rumah ni dah siap ada built-in kitchen cabinet, built in wardrobe utk semua bilik dan built in tv cabinet.
tp nak letak gambar kitchen cabinet tu tak dapat la pulak hari ni sebab saya misplaced external hard disc saya...
:(
rumah ni juga siap dengan 1 open car park.

Kalau yg nak beli utk investment, market sewa boleh tahan.
Target penyewa adalah student poli, student PTPL dan pekerja di Shah Alam.
kena pulak kampus MSU dah nak siap.
Harga sewa dlm 700 utk unit kosong.
tapi kalau nak beli utk duduk pun ok jugak sebab environemnt dlm apartment ni sunyi.
takde la cramp sangat.

Kalau berminat, boleh contact saya utk makluman lanjut.
Share:

Economists widely expect interest rate hike in M'sia

OPR dijangka akan naik Khamis ni? erk....
kalau OPR naik, maknanya BLR akan naik juga la...
kalau BLR naik, dah tentu kadar bayaran bulanan kita yg amik fluctuate rate akan naik juga...

boleh baca kat paper the star hari ini
Economists widely expect interest rate hike in M'sia

hm.. itu sebab masa BLR rendah haritu, kalau anda nak beli condo atau apartment, saya galakkan anda semua beli yg dpt aliran tunai positive sahaja..
sebab kalau anda ambil yg aliran tunai negatif, bila BLR naik, laagilah negatifnya....

org baru nak merangkak dlm hartanah, modal tak besar, backup saving tak banyak, lebih baik kita ambil yg dpt aliran tunai positif
sebab lebihan wang tu boleh disimpan utk modal hartanah seterusnya
dan aliran tunai tu juga menguatkan kedudukan kewangan kita di mata bank utk buat pinjaman seterusnya...
Share:

30 april sebenarnya hari sedih buat kawan saya


30 april hari tu sebenarnya hari sedih buat kawan saya.
ibu nya meninggal dunia di hosp putrajaya.
jenazah dikebumi di pulau pinang.
ibunya meninggal pukul 2 pagi, dier sms saya pukul 8.
saya sempat melawat arwah dan dia di hospital putrajaya sebelum mereka bertolak.

Dia adalah kawan saya yang saya sangat suka.
Dah banyak jasa dia pada saya.
Dah banyak masa dia luangkan untuk saya.
Dah banyak kegembiraan yang dia hadirkan kepada saya.

Dan saya terharu kerana pada saat kesedihan dia, dia masih ingat untuk memberitahu saya.
Walaupun saya tak dapat menghilangkan sedih di hatinya, tapi saya dapat membacakan yasin buat jenazah arwah yang saya hormati.
Dapat juga saya menemani dia walaupun sekejap.. menunaikan hak dia sebagai kawan saya.

Selepas hari itu, alhamdulillah hari ni saya dapat bercakap dengannya di telefon...
setelah panggilan saya semalam tidak dapat dia jawab.

Saya tahu dia selalu membaca blog saya sebagai silent reader..
Jadi boleh saya bgtau dia di sini bahawa saya sentiasa ada di sebelah dia.. mendoakan dia?



(minta maaf entri hari ni emo sikit.. )

--
Rohaniah Noor
rohaniahnoor@gmail.com
http://rohaniahnoor.blogspot.com

Share:

book domain 3 kakak

tadi dah bagi cek utk deposit satu unit domain 3utk kakak saya.
wah... habis 3 beradik jd owner domain & the gang.
seb baik adik bongsu masih belajar.
kalau tak, maunya semua anak perempuan hajjah arpah terlibat!
hehe...

kakak book unit satu bilik tidur, 600 sqft harga rm205500 sebelum diskaun bumi dan early bird.
booking bayar 2% dari harga rumah.. dan itu sahaja.
selebih 8% akan ditolak dr diskaun,
so, kak ina, selamat memohon loan la ye...
--
Rohaniah Noor
rohaniahnoor@gmail.com
http://rohaniahnoor.blogspot.com

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog