domain sitie dah ada penyewa

domain sitie dah ada penyewa.
lepas tulis entri blog lepas pd hari ahad, malam tu juga ada perempuan iran nak tgk rumah.
student limkokwing.
esok pg dier confirm nak rumah tu
ptg terus jumpa, bg deposit semua dan sign agreement.
ni tinggal stamping je belum buat.
sewa rm1800 sebulan, kontrak utk setahun.
tahniah kat sitie.
dan terima kasih kat kak haida, blog reader a.k.a tuan rumah domain yg tolong bagi agreement versi english kat saya dengan urgentnya.
sebab setakat ni cuma ada agreement sewa rumah versi melayu dan agreement room for rent versi english.
belum pernah lagi saya memerlukan tenancy agreement whole house versi english.
dan tak sangka pulak secepat tu saya memerlukannya.
seb baik kak haida ada.. terima kasih kak.

cuma tak puas hati dengan cavenzi.
26hb februari diorg deliver sofa dan furniture yg sitie order.
tapi mereka hantar sarung cushion salah.
kami nak yg ada motif floral hitam putih.
tp dier hantar cushion tu kaler hitam.. satu set dgn sofa. serba hitam.
mana cantik. kami komplen la.. suh dier bawak balik cushion tu.
then saya siap tulis note lagi kat resit penerimaan tu yg 2 cushion ni return back sbb cover tak sama dgn yg diorder.
esoknya saya call salesman cavenzi yg kami deal tu.
minta dier follow up jugak.
lama diam.. sampai la hari isnin saya bengang,
dah lebih seminggu belum dpt cushion yg betul lagi.
last2 rabu baru mereka dpt trace kesilapan tu.
dia janji 16hb ni baru boleh deliver cushion yg betul tu..
lama giler..
kesian tenant duduk kat sofa yg tak lengkap.
hm... kurang la selesa nya..

btw, BLR kebanyakan bank dah naik ke 5.8%
saya dengar ada juga bank yg naikan ke 5.75% je
bank2 ceti saya masih belum announce lagi.. kot?
ntah,, sejak arwah atok meninggal pagi2 selasa, blank kejap.
tak baca paper berita ekonomi jap.
tp mmg takde terima apa2 surat lagi la.. tunggu je la.

0