kes boonsom boonyanit: konsep ke2 dan ke3 yg anda perlu faham

ok, sambung tutorial kes boonsom boonyanit.
anda dah faham doctrine of judicial precedence kan.

skang ni saya nak cerita dua konsep lagi.

1) immediate purchaser dan subsequent purchaser.
immediate purchaser ni yg beli direct dr kita.
subsequent purchaser pula adalah pembeli seterusnya.
contoh, kita jual satu rumah kepada ali. Ali adalah immediate purchaser kita.
bila ali jual rumah tu kepada raju, raju merupakan subsequent purchaser kita.
tapi raju adalah immediate purchaser kepada ali.
bila raju pula jualkan rumah tu kepada siti, siti juga adalah subsequent purchaser kita.
siti juga adalah subsequent purchaser kepada ali
dan siti adalah immediate purchaser kepada raju.
begitulah seterusnya...

2) bona fide purchaser dan mala fide purchaser
bona fide (sebutannya bo-na-fi-dey) purchaser adalah pembeli yg membeli dengan niat baik, tanpa sebarang niat jahat atau tidak melalui cara penipuan.
Dia juga tidak tahu menahu sebarang transaksi penipuan yg berlaku.
Dia hanya membeli dengan niat baik dan mengikut prosedur yang betul dan mengikut undang2.
bona fide purchaser ni kiranya innocent person la..

tetapi mala fide (sebutannya ma-la-fi-dey) purchaser adalah pembeli yg membeli dengan niat jahat, melalui mekanisme penipuan atau penindasan atau beliau mengetahui niat jahat, pamalsuan, penipuan atau pelanggaran undang2 yg berlaku di dalam pembelian itu.

hehe.. tamat dah pelajaran hari ni.
senang nak faham kan.
lepas ni baru saya cerita tetang kes boonsom boonyanit tu dan kesannya kepada kita pembeli, pemilik dan penjual hartanah.

(penerangan saya ni mungkin kurang tepat dr segi takrifan undang2.
saya cuma gunakan bahasa yg mudah bg orang yg tidak ada asas undang2 tanah utk memahami sedikit sebanyak konsep 'indefeasibility of title' yg terkandung di dalam kes boonsom boonyanit ini..
jgn pulak sapa2 guna utk jawab assignment ya!)
0