salam aidiladha

Salam aidiladha kepada semua kawan2
Hari Raya aidiladha kali ni disambut agak berbeza
pertama, kerana sejakhampir 6 thn bekerja sebagai kakitangan kerajaan, ini lah kali pertama saya tidak mengambil cuti tambahan langsung untuk menyambut aidladha.
sehari pun tidak.
tapi balik kampung tetap balik.
bukan kerana apa.. cuti saya thn ni dah habis.. huhuhu..
banyak bercuti semasa exam sem ke 4 dan ke 5, ditambah pula semasa badan saya sering letih2 dan tak sihat sebelum dan semasa bulan puasa yg lepas.

Tahun ni juga pertama kali saya menunaikan ibadah korban.
Cuma bukan la korban di kampung saya
saya rasa orang kat kampung saya dah tak miskin.. dah terlebih2 makan daging.
alhamdulillah rezeki saya dpt menunaikan korban tahun ni..
semoga Allah murah kan lagi rezeki saya di masa hadapan
dan lipatgandakan ilmu dan pengetahuan saya
untuk saya kongsi bersama-sama yang lain juga.

... tadi saya dah terpikat pada satu set home teater pioneer..
kalau rezeki saya murah di masa hadapan, agaknya itu perbelanjaan saya nanti ye..
set home teater yg diidamkan sejak 1st degree lagi...hehehe
0