maaf saya lama menyelam

maaf.. saya pack sgt dengan hal rumah saya do cyberjaya selain membantu uruskan rumah kawan saya di vista angkasa dan kajang.
saya tidak dpt update blog..
malah sudah sangat lama tak baca blog orang lain

utk yg bertanya perkembangan rumah saya di cyberjaya, secara ringkasnya saya bgtau, so far bilik kedua pompuan cina tu cancel utk sewa.
so cuma bilik master je ada budak pompuan sewa.
ada juga budak melayu student universiti swasta di cyberjaya nak sewa kedua2 bilik tu
malangnya deposit tak bayar2 habis
bila saya tak jadi nak sewakan, dia sakit hati sampai hanta sms mencarut, mengugut
bapanya pun call tgh malam mengugut2

hm.. kisah yg tak best dengar kan..
tp ni semua menambahkan lagi pengalaman saya dan kekebalan saya terhadap lagakan, kutukan, carutan dan ugutan bakal penyewa.

rumah vista kawan saya alhamdulillah dah ada penyewa.
rate rm1400.
tp diorg akan pindah masuk sabtu ni.
deposit baru bayar 3k++ siang td.
esok bg balance.

rumah kajang kawan saya, gril lambat siap.
tenant yg berminat nak sewa pun dah lari sbb grill lambat.
so, saya tak mau dah order grill dgn en mahadi dr al-idam enterprise di sg chua kajang
dia tak boleh ikut dateline.

btw, tahniah kepada adik saya siti
kerana jadi salah sorg tuan punya domain @neocyber.
welcome to the group.
insya allah keputusan yg bijak
perit getir saya yg saya cerita tadi tu jgn jadikan pelemah semangat.
itu suka duka biasa tuan punya rumah..
lagipun adik saya pun dah pernah alami dah penyewa dia tak bayar deposit habis dan sewa rumah ni..
bukan senang nak halau keluar kalau tak kenyang kena maki dan ugutan dulu.

ok, nak sambung buat assignment lagi.
mohon maaf kalau saya menyelam lama semula..
kerana next week satu assignment kena hanta, then ada 2 test.
next week satu lagi pun kena siapkan assignment.
hujung bulan start exam.

--
Rohaniah Noor
rohaniahnoor@gmail.com
http://rohaniahnoor.blogspot.com/
0