rumah vista kawan saya

rakan saya, shamsul, beli sebuah rumah di vista angkasa
semasa beliau belajar di universiti dulu, beliau tinggal di sini
itu sebab beliau juga berhasrat utk menjadi tuan rumah di vista angkasa ni.. apabila melihat kadar pulangan sewa dan betapa hangatnya lokasi ni kepada student dan golongan bujang yg bekerja.

shamsul ni sebenarnya duduk kat terengganu..
dungun..tp dulu kat K.T
saya kenal beliau melalui blog saya.
dia anta emel kepada saya bgtau nak beli rumah di vista
saya bantu beliau mencari unit vista untuk dijual
saya aturkan beliau dengan lawyer hazlin
siap anim, kawan saya yg kejer kat law firm tu, jemput dia kat stesen bas putra lagi masa mula2 dia dtg nak book unit dan sign snp..
hehe.. staff hasanan hamzah yg cemerlang!

so, hujung thn lepas, beliau beli satu unit di blok 8
blok 8 ni besar lagi dr blok 7 yg saya beli.
tp oleh kerana vendor rumah ni merupakan syarikat, bukan individu, proses yg diambil saaaangat panjang.
.. kerani sykt yg agak cerewet melengahkan banyak perkara.
tp alhamdulillah... minggu lepas akhirnya settle.
dah dpt kunci.
oleh kerana beliau jauh, beliau minta tolong saya amik kunci dr lawyer
dan tengok keadaan rumah.

isnin lepas saya pun jenguk rumah ni..
wooo.. dasat betul tenant lama tinggalkan rumah ni.
lantai berkulat dan hitam.. tandas rosak...
pintu tandas rosak..
sampah di setiap tempat.
saya rasa kalau shamsul tengok, mesti dia pening.




saya rasa, better lantai ni buka, ganti tile terus.
pintu tandas kena ganti baru. sbb dah rosak.. tak boleh tutup rapat.

pagi sabtu baru2 ni, saya tolong bersihkan rumah dia dgn adik saya.
mula2 tombol pintu dpn dia jam.. nak buka tak boleh
saya tak sangka pula jd macamni sbb isnin aritu saya masuk, belum jam lagi
so, saya tak de la bawak tukul besi
nasib baik shamsul call sepupu dia, sepupu dia datang
bawak tukul besi dan tolong buka pintu.
tp ambil masa setengah jam juga la utk buka... pukul 12 tgh hari baru boleh masuk.
saya dan adik bersihkan rumah sampai pukul 4 ptg

bulan puasa buat kerja macam ni..sungguh letih!
saya teringat dulu masa saya sekolah lagi
menoreh getah semasa bulan puasa saaaangat letih.
mak.. saya... adik saya yg lagi sorang..ada waktu dgn kakak saya
kalau waktu biasa, kami menoreh sampai pukul 12 tghari
tp bulan puasa, dpt menoreh sampai pukul 11 pun dah rasa azab...
kering tekak.. badan lemah..
then siap menoreh, kami bentang surat khabar buat alas, then tidur..
sedar2 mak dah bangun angkat susu
dah pukul 12 thari...
kadang2 tgh2 tido, cahaya matahari jatuh atas muka
kami ambil surat khabar lain tutup muka kami.. sambung tido.
hm.. masa tu kami betul2 struggle utk hidup..
saya cuma nak duit upah dr mak utk duit belanja dan beli buku2 utk belajar.

ok, balik kepada vista..
vista tgh cat semula
blok 7 saya dicat dengan warna biru muda.. lining biru tua.
alamak... saya tgk macam kuarters polis la...

0