pengalaman saya dengan grill rumah

nampaknya pejabat dah mula kosong... ramai dah mula bercuti utk hari raya
saya akan mula bercuti esok.
mungkin balik awal pagi untuk menikmati tol percuma di LPT.
lagipun saya ni kan pelajar yg agak rajin.. jadi, malam ni saya pergi kelas cyberlaw dulu.

beberapa hari tak update blog, saya sibuk dgn projek rumah dan assignment dan test utk study saya.
selasa kami shoot video utk assignment bahasa arab 3.
uitm ni dia wajibkan setiap pelajar ambil bahasa ke3.
kami shoot adegan yg melibatkan kawan saya, che mak dulu
sbb lepas raya che mak bersalin.
jumpa dia bila final exam je nanti
so, kalau shoot lepas raya, tak de pulak muka dia nanti sbb dia akan bersalin di kelantan.
semalam ada test criminal law. soalan pasal pembunuhan.
hm.. sesuai ke saya jd criminal lawyer? saya tak terer english..

ok, hari ni saya nak cerita pengalaman saya dengan grill rumah
atau lebih tepatnya dengan kontraktor grill rumah
nak upah orang pasang grill ni, leceh juga
kena tgk kualiti gril yg dihasilkan, ketepatan dia menghasilkan produk spt yg dipersetujui, harga dan ketepatan masa.

projek gril pertama saya adalah semasa saya nak dpt kunci rumah yg saya duduk ni.
kebetulan saya dan kawan2 satu universiti dan kawan satu pejabat beli di projek yg sama.
kawan pejabat saya, kak ina ada beli satu rumah.
so, pakcik dia rekemen sorg kontraktor ni.
nama sykt dah lupa tp kami panggil dier pakcik man.
oleh kerana kami tempah 7 buah rumah iaitu 6 low-cost, 1 medium cost, pakcik man setuju bagi harga rm800 satu rumah utk yg low cost. yg medium cost, dia tgk dulu.
design simple je.. cuma palang2 melintang. guna besi yg besar.
then kat yard, kami request tutup separuh dengan kepingan besi tu, supaya org dari luar takleh pau baju yg kami sidai kat dlm yard.
gril yg dipasang di yard dan semua tingkap boleh dibuka, ada pintu..
kecuali tingkap bilik ke2.
ini utk keselamatan.

rumah pertama siap, rumah kathy. hasil ok.
rumah ke2, rumah saya. ada la nak kena betulkan sikit, cat tak rata, palang atas pintu yard senget dan nak buka pintu gril tingkap susah.
pakcik dtg baiki.
rumah ke3, cermin tingkap bilik air pecah.
rumah ke 4 dan ke5, rumah adik beradik, aishah dan kakak dia, kak siti.
dia gagal deliver pd waktu yg sepatutnya. husband kak siti pun komplen la kat dia.
dia bengang dan terus decide takmau buat dah semua rumah kami yg belum disiapkan.
ada ke kontraktor merajuk?
so, rumah ke 4 dan ke 5 terpaksa cari kontraktor gril lain.
rumah ke 6, rumah kawan saya kak jue. kak jue try gak contact sbb masa tu dia nak masuk cepat. leceh nak cari kontraktor lain dan harga yg dia bg mmg murah.
pakcik man buat la jugak.. tp tiles kat dapur comot. kena cat.
then tiles kat dinding dapur ada scratch.. kesan terkena alat dia yg bulat berpusing laju tu..
apa ntah nama alat tu.
pakcik man kata nak ganti balik tiles yg rosak tu tp lambat.
las2 kak jue baik hati, tolak rm50 je dr jumlah bayaran.

so, baru2 ni rumah kak ina iaitu rumah ke 7 yg tak sempat buat gril dgn pakcik man nak pasang grill.
kami mmg takde kenal kontraktor gril yg boleh dipercayai dan dengan harga yg murah..
tanya husband lawyer hazlin sbb husband dia dan adiknya buat grill.
tp lokasi kami di kajang agak jauh bg dia. lgpun nak buat satu rumah je..
dier takut harga terpaksa jd mahal.
saya pun mati akal juga..
anak main hantam cari kedai grill kat kajang ni, risau juga. lgpun petang lepas kerja saya ke kelas. tak cukup masa nak survey.
anim bg idea, cuba contact kontraktor yg dok letak pamplet kat post box kita tu.
so, saya pun call sorg cina tu
nama dia ah teng
pd waktu yg dijanjikan, dia pun dtg.
jumpa saya, kak ina dan tgk rumah.
harga dia bagi mahal!
gril utk pintu, tingkap bilik air 2, tingkap bilik 2 panel dan yard pun dah rm800.
bukan kesemua rumah.
tp dia kata grill dia berkualiti. cat bagus.
gril pun bukan just lekat2 palang je.. besi yg melintang akan dimasukkan ke besi yg memanjang.
wah.. mmg mahal dan lebih secure la mcm tu.
kak ina pun setuju.
janji 10 hari siap.
tp cukup 2 minggu baru dia pasang. tp bukan dia yg pasang.. pekerja dia je.
gril tu pulak tak sama mcm yg dia janji.
cuma lekat2 palang je.. mcm yg murah tu.
tukang pasang tu pulak tak tau apa..
kak ina call gak ah teng tu.. komplen
tp dia mati2 tak mengaku yg dia janji lain.. isk
masa tu pulak saya ada kelas. kalau tak, saya pun bising sama kat telefon tu.
sbb saya ada masa kami order tu. saya pun dgr apa yg dia janji.
kak ina malas nak gaduh, bayar je la full.

o ye, ada sorg jiran saya nak gak no phone pakcik man.
dia nak buat gak dgn pakcik man atas alasan harga pakcik man murah
pakcik man quote kat dia rm700 je satu rumah.
ceh, kami dulu buat ramai2 pun dia minta 800.
tp pada hari yg dijanjikan utk dtg ke kajang, pakcik man buat hal.
member tu dah odw dr rumah dia di cheras.
sekali call pakcik man, pakcik man kata tak sepmat la nak dtg.
nnt lambat sgt tak sempat nak solat maghrib.
utk pengerahuan kawan2, kedai pakcik man kat sg chua. rumah kami kat jln semenyih dkt bandar teknologi kajang.
wkt appointment pukul 5 mmg dah dipersetuji bersama.
aduhai....

baru2 ni lak, member saya ayat nak pasang gril utk rumah dia.
apartment kenanga taman anggerik perdana. sama macam rumah kak siti ( rumah ke 6 tadi).
dia nak sewakan rumah tu.
elok gak sbb selama ni rumah tu menganggur macam tu je.
saya dah fobia dah dgn org grill ni..'
susah betul nak jumpa org yg buat kerja ok.

saya teringat wida ada post artikel kat blog dia pasal grill.
so saya tanya wida,minta contact number org grill tu.
terima kasih kat wida bantu saya bg no hp kontraktor grill tu.
malangnya kontraktor tu ckp, lokasi saya jauh. mereka tak dapat buat.
saya cuba tanya faris pulak.
dia mesti biasa deal dgn kontraktor gril ni.
faris rekemen satu kontraktor kat sebelah BHP kat LDP area puchong tu.
kat bandar bukit puchong, tepi LDP.
nama kedai ARVN.
saya dan ayat ke sana.. tokeh takde.
kami call, dia kata sekarang banyak projek. lepas raya baru boleh.
hm.. sebelum raya semua orang nak pasang gril...
ayat tanya anggaran harga berdasarkan ukuran kaki persegi yg kami dah ukur, dia kata rm8 per kaki persegi.
so lebih kurang rm1200++ la.
tp lepas raya baru boleh dia dtg tgk rumah, mcm lambat sgt.
tapi terima kasih kat faris sudi respon emel pertanyaan gril saya tu.

then saya lum putus asa, try pulak contact kontraktor man chong.
Man chong ni dulu banyak approach owner kat projek anggerik perdana kitorg.
ramai la yg pasang gril dengan dia.
design standard, kualiti so-so.. tp harga murah.
bila call man chong, dia ckp, "saya banyak projek la sekarang. U cari kontraktor lain la.."

hm..

Buntu, saya bincang dgn ayat.
kami tekad gamble call kontraktor yg letak flyers dlm peti pos rumah ayat.
tp bukan ah teng!
saya dah ban ah teng dan pakcik man.
ada satu flyers tu sempoi je..
nama dia mahadi.
saya call en mahadi, set appointment jumpa ptg esoknya.
dia dtg dan tengok rumah.
utk rumah medium cost ayat (besar lg dr rumah kami yg kami upah rm800 tadi), en mahadi quote harga rm1200.
kautim, dapat rm1070. alhamdulillah..
janji dia, 25hb siap pasang.

puas hati dgn harga dia, saya mohon dia dtg ukur rumah di domain @ neocyber kat cyberjaya pulak.

hm.. tgk apa hasilnya. ok ke tak ntah.. ni risiko yg saya dan ayat ambil.
nnt saya update di sini sama ada hasil kerja en mahadi memuaskan hati atau sebaliknya ye..

saper ada contact kontraktor grill yg bagus, boleh la share di sini.
untuk rujukan bersama.
kalau ada kontraktor grill yg patut di ban pun leh share gak.. hehehe
4