alam puri dan magna ville - limited unit for sale?

tadi saya ke hospital selayang.
kawan satu pejabat lama yg juga geng cuti2 malaysia saya demam denggi.
teruk juga sbb masuk icu.

on the way ke sana, saya perasan ada dua projek yg dah hampir siap tp ada banner besar.
limited unit for sale
mula2 saya nampak alam puri.


condo ni freehold. dulu dijual pd harga bermula rm219K.
lokasi di jalan ipoh.
saya dulu ingat projek ni dah sold out. so, saya book casa idaman.
tp las2 saya cancel juga booking casa idaman tu.
dari maklumat di forum realestate.net.my, unit yg dijual ni bumi unit yg tak terjual.
so, developer release.. open to non-bumi.
harga pun dah hampir rm300k
hm.. nampaknya dulu saya mmg tak pandai lg research rumah betul2.
main assume je everything sold out.. tak check betul2.

developer adalah Zalam Corp Sdn Bhd.
baca ni utk berita masa mula2 alam puri dijual.
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/13/business/21207155&sec=business
dan juga

http://www.realestate.net.my/forum/viewtopic.php?t=20373&start=125&sid=d487b9a10cc0938bbb256ee658aae86a

http://www.realestate.net.my/forum/viewtopic.php?t=20373



projek kedua, magna ville di selayang.
magna ville ni dulu dijual pd harga bermula dr rm209k.
developer adalah magna prima.
marketing point mereka adalah kampus uitm utk medical faculty berhampiran.
saya pernah bertanya kepada salesperson ni, developer siap offer pakej sewa lagi.
pembeli serahkan unit mereka kpd developer utk mereka sewakan.
harga sewa dah fixed for 2 years.. rm1500
tp saya tak berminat dgn projek ni
sebab saya agak ragu2 student faculty tu ramai dan mampu utk sewa di sini.
harga sewa magna ville kena tinggi baru boleh cover bayaran bulanan dan untung cash flow.
kedua sbb masa mula2 projek ni launch, saya dengar developer ni ada problem sket dgn cimb.
hm.. reason pertama tu, kita tgk thn depan bila tenant mula masuk.
adakah assumption saya betul atau saya salah.

utk magna ville ni, yg menarik perhatian saya tadi, mereka siap offer free 3 car park.
3 car park? ini biar betul.. mmg betul2 jualan penghabisan stok ni..
atau mereka desperate?
(ops.. saya sangat pesimis dgn projek ni.. maafkan lah saya..)

utk lebih info, baca review mereka
http://realestate2buy.blogspot.com/2009/01/magna-ville-selayang.html

dan juga
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=719011&hl=magna+ville
0