• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

domain @neocyber for rent - starting oct 2009

loan untuk rumah saya domain @neocyber dah pun fullt disbursed.
jumaat lepas sebelum hari raya, kawan saya mazni pergi ambil kunci.
alhamdulillah...
cuma masa tu maintenance office dah tutup utk cuti raya, so dia tak dapat collect security card.
dalam pada itu, sejak dua minggu yang lepas saya dah mula mempromosikan rumah ni.
mula2 saya letak iklan apartment for rent.
nak sewakan the whole unit fully furnish
tapi respond yg saya terima agak slow. ada dua org je call tp tak confirm. rumah pun tak ready lagi.. hehehe
then saya try pulak iklankan the whole unit semi furnish. harga sewa rendah sikit la.. langsung takde org respon. hahahaha
tiba2 ada sorang chineese lady nak sewa satu bilik sahaja untuk anak perempuan dia.
dia nak bilik tengah tapi nak fully furnish siap dgn aircond dan meja study.
saya tak janji tp saya cuba dulu marketkan as room for rent.
kalau ada org lain nak master room dan bilik ke3, baru saya jadi sewakan bilik kepada anak dia.
kalau tak, saya nak sewakan satu rumah terus jugak la..

so, saya pun letak iklan, room for rent. fully furnish.
saya tgk master room dan bilik kedua sama besar.
bilik air pun tak attach dgn mana2 bilik tidur.
so saya iklankan sama harga.
room 1 rm 700
room 2 rm700
room 3 rm400 (takde air cond, cuma kipas)

lepas letak iklan ni, banyak call yg saya terima. nak master room.
malangnya, mereka nak bilik urgent.
rumah saya belum dpt kunci masa tu.
so, banyak juga yg melepas..
tp chineese lady tadi tetap nak bilik saya juga.
dia boleh tunggu samapi 28hb saya siapkan rumah tu.
insya allah hari ni dia dtg tgk rumah.. yg masih kosong.
dia nego nak rate rm650.
saya setuju tp katil single je la..

semalam dua beradik lelaki dan perempan student dr turkmanistan pun dtg tgk rumah. hari ni dia akan bg deposit.
dia nak master room utk adik dia yg perempuan tu.

saya janji by 28 hb semua boleh pindah masuk.
mlm td kami dah beli furniture.. dah dptkan aircond dan washing machine second hand..
insya allah paling lewat ahad boleh settle semua.

setakat ni, bilik ke3 masih kosong..takde org nak view lagi.
rupanya tenant kat sana lebih suka bilik yg besar dan lengkap. mahal takpe..
mereka lebih suka room for rent berbanding house for rent
sb mereka takde geng nak pakat cari rumah.

hm.. utk bilik ke3 tu, kalau nak air cond juga, boleh diuruskan.. cuma harga up lagi la..
Share:

pengalaman saya dengan grill rumah

nampaknya pejabat dah mula kosong... ramai dah mula bercuti utk hari raya
saya akan mula bercuti esok.
mungkin balik awal pagi untuk menikmati tol percuma di LPT.
lagipun saya ni kan pelajar yg agak rajin.. jadi, malam ni saya pergi kelas cyberlaw dulu.

beberapa hari tak update blog, saya sibuk dgn projek rumah dan assignment dan test utk study saya.
selasa kami shoot video utk assignment bahasa arab 3.
uitm ni dia wajibkan setiap pelajar ambil bahasa ke3.
kami shoot adegan yg melibatkan kawan saya, che mak dulu
sbb lepas raya che mak bersalin.
jumpa dia bila final exam je nanti
so, kalau shoot lepas raya, tak de pulak muka dia nanti sbb dia akan bersalin di kelantan.
semalam ada test criminal law. soalan pasal pembunuhan.
hm.. sesuai ke saya jd criminal lawyer? saya tak terer english..

ok, hari ni saya nak cerita pengalaman saya dengan grill rumah
atau lebih tepatnya dengan kontraktor grill rumah
nak upah orang pasang grill ni, leceh juga
kena tgk kualiti gril yg dihasilkan, ketepatan dia menghasilkan produk spt yg dipersetujui, harga dan ketepatan masa.

projek gril pertama saya adalah semasa saya nak dpt kunci rumah yg saya duduk ni.
kebetulan saya dan kawan2 satu universiti dan kawan satu pejabat beli di projek yg sama.
kawan pejabat saya, kak ina ada beli satu rumah.
so, pakcik dia rekemen sorg kontraktor ni.
nama sykt dah lupa tp kami panggil dier pakcik man.
oleh kerana kami tempah 7 buah rumah iaitu 6 low-cost, 1 medium cost, pakcik man setuju bagi harga rm800 satu rumah utk yg low cost. yg medium cost, dia tgk dulu.
design simple je.. cuma palang2 melintang. guna besi yg besar.
then kat yard, kami request tutup separuh dengan kepingan besi tu, supaya org dari luar takleh pau baju yg kami sidai kat dlm yard.
gril yg dipasang di yard dan semua tingkap boleh dibuka, ada pintu..
kecuali tingkap bilik ke2.
ini utk keselamatan.

rumah pertama siap, rumah kathy. hasil ok.
rumah ke2, rumah saya. ada la nak kena betulkan sikit, cat tak rata, palang atas pintu yard senget dan nak buka pintu gril tingkap susah.
pakcik dtg baiki.
rumah ke3, cermin tingkap bilik air pecah.
rumah ke 4 dan ke5, rumah adik beradik, aishah dan kakak dia, kak siti.
dia gagal deliver pd waktu yg sepatutnya. husband kak siti pun komplen la kat dia.
dia bengang dan terus decide takmau buat dah semua rumah kami yg belum disiapkan.
ada ke kontraktor merajuk?
so, rumah ke 4 dan ke 5 terpaksa cari kontraktor gril lain.
rumah ke 6, rumah kawan saya kak jue. kak jue try gak contact sbb masa tu dia nak masuk cepat. leceh nak cari kontraktor lain dan harga yg dia bg mmg murah.
pakcik man buat la jugak.. tp tiles kat dapur comot. kena cat.
then tiles kat dinding dapur ada scratch.. kesan terkena alat dia yg bulat berpusing laju tu..
apa ntah nama alat tu.
pakcik man kata nak ganti balik tiles yg rosak tu tp lambat.
las2 kak jue baik hati, tolak rm50 je dr jumlah bayaran.

so, baru2 ni rumah kak ina iaitu rumah ke 7 yg tak sempat buat gril dgn pakcik man nak pasang grill.
kami mmg takde kenal kontraktor gril yg boleh dipercayai dan dengan harga yg murah..
tanya husband lawyer hazlin sbb husband dia dan adiknya buat grill.
tp lokasi kami di kajang agak jauh bg dia. lgpun nak buat satu rumah je..
dier takut harga terpaksa jd mahal.
saya pun mati akal juga..
anak main hantam cari kedai grill kat kajang ni, risau juga. lgpun petang lepas kerja saya ke kelas. tak cukup masa nak survey.
anim bg idea, cuba contact kontraktor yg dok letak pamplet kat post box kita tu.
so, saya pun call sorg cina tu
nama dia ah teng
pd waktu yg dijanjikan, dia pun dtg.
jumpa saya, kak ina dan tgk rumah.
harga dia bagi mahal!
gril utk pintu, tingkap bilik air 2, tingkap bilik 2 panel dan yard pun dah rm800.
bukan kesemua rumah.
tp dia kata grill dia berkualiti. cat bagus.
gril pun bukan just lekat2 palang je.. besi yg melintang akan dimasukkan ke besi yg memanjang.
wah.. mmg mahal dan lebih secure la mcm tu.
kak ina pun setuju.
janji 10 hari siap.
tp cukup 2 minggu baru dia pasang. tp bukan dia yg pasang.. pekerja dia je.
gril tu pulak tak sama mcm yg dia janji.
cuma lekat2 palang je.. mcm yg murah tu.
tukang pasang tu pulak tak tau apa..
kak ina call gak ah teng tu.. komplen
tp dia mati2 tak mengaku yg dia janji lain.. isk
masa tu pulak saya ada kelas. kalau tak, saya pun bising sama kat telefon tu.
sbb saya ada masa kami order tu. saya pun dgr apa yg dia janji.
kak ina malas nak gaduh, bayar je la full.

o ye, ada sorg jiran saya nak gak no phone pakcik man.
dia nak buat gak dgn pakcik man atas alasan harga pakcik man murah
pakcik man quote kat dia rm700 je satu rumah.
ceh, kami dulu buat ramai2 pun dia minta 800.
tp pada hari yg dijanjikan utk dtg ke kajang, pakcik man buat hal.
member tu dah odw dr rumah dia di cheras.
sekali call pakcik man, pakcik man kata tak sepmat la nak dtg.
nnt lambat sgt tak sempat nak solat maghrib.
utk pengerahuan kawan2, kedai pakcik man kat sg chua. rumah kami kat jln semenyih dkt bandar teknologi kajang.
wkt appointment pukul 5 mmg dah dipersetuji bersama.
aduhai....

baru2 ni lak, member saya ayat nak pasang gril utk rumah dia.
apartment kenanga taman anggerik perdana. sama macam rumah kak siti ( rumah ke 6 tadi).
dia nak sewakan rumah tu.
elok gak sbb selama ni rumah tu menganggur macam tu je.
saya dah fobia dah dgn org grill ni..'
susah betul nak jumpa org yg buat kerja ok.

saya teringat wida ada post artikel kat blog dia pasal grill.
so saya tanya wida,minta contact number org grill tu.
terima kasih kat wida bantu saya bg no hp kontraktor grill tu.
malangnya kontraktor tu ckp, lokasi saya jauh. mereka tak dapat buat.
saya cuba tanya faris pulak.
dia mesti biasa deal dgn kontraktor gril ni.
faris rekemen satu kontraktor kat sebelah BHP kat LDP area puchong tu.
kat bandar bukit puchong, tepi LDP.
nama kedai ARVN.
saya dan ayat ke sana.. tokeh takde.
kami call, dia kata sekarang banyak projek. lepas raya baru boleh.
hm.. sebelum raya semua orang nak pasang gril...
ayat tanya anggaran harga berdasarkan ukuran kaki persegi yg kami dah ukur, dia kata rm8 per kaki persegi.
so lebih kurang rm1200++ la.
tp lepas raya baru boleh dia dtg tgk rumah, mcm lambat sgt.
tapi terima kasih kat faris sudi respon emel pertanyaan gril saya tu.

then saya lum putus asa, try pulak contact kontraktor man chong.
Man chong ni dulu banyak approach owner kat projek anggerik perdana kitorg.
ramai la yg pasang gril dengan dia.
design standard, kualiti so-so.. tp harga murah.
bila call man chong, dia ckp, "saya banyak projek la sekarang. U cari kontraktor lain la.."

hm..

Buntu, saya bincang dgn ayat.
kami tekad gamble call kontraktor yg letak flyers dlm peti pos rumah ayat.
tp bukan ah teng!
saya dah ban ah teng dan pakcik man.
ada satu flyers tu sempoi je..
nama dia mahadi.
saya call en mahadi, set appointment jumpa ptg esoknya.
dia dtg dan tengok rumah.
utk rumah medium cost ayat (besar lg dr rumah kami yg kami upah rm800 tadi), en mahadi quote harga rm1200.
kautim, dapat rm1070. alhamdulillah..
janji dia, 25hb siap pasang.

puas hati dgn harga dia, saya mohon dia dtg ukur rumah di domain @ neocyber kat cyberjaya pulak.

hm.. tgk apa hasilnya. ok ke tak ntah.. ni risiko yg saya dan ayat ambil.
nnt saya update di sini sama ada hasil kerja en mahadi memuaskan hati atau sebaliknya ye..

saper ada contact kontraktor grill yg bagus, boleh la share di sini.
untuk rujukan bersama.
kalau ada kontraktor grill yg patut di ban pun leh share gak.. hehehe
Share:

Vista Angkasa for rent

Vista angkasa untuk disewa

Rumah kawan saya sedang direnovate untuk jadi jaauh lagi cantik.
So, sejak minggu lepas, saya sibuk uruskan rumah ni.. dan juga rumah kawan saya di kajang tu.

Untuk rumah ni, saya dah beli cat, ikut bajet yg kawan saya nak.
Nak beli Jotun Jotaplas 18 liter dah habis kat kedai hardware serdang tu.
so saya ambil ICI maxilite 18 liter warna linen. Harga rm63.
utk feature wall, saya ambil jotun warna ungu muda 7 liter dan warna borobudur. Juga dari Jotun Jotaplast. Harga rm30.00
Untuk dinding yg ada kulat tu, saya beli sealer 5 liter je.. harga rm57.00
manakala untuk pintu, saya ambil jotun gardex 1 liter harga rm28.00

Saya akan tolong catkan.
wah.. seronoknya mengecat rumah ni...sangat letih tapi seronok dan puas hati tgk hasilnya nanti.

Sepupu kawan saya pula akan uruskan utk penggantian tiles pula.
insay allah isnin angkut barang, selasa depan start kerja. khamis boleh siap semua.
nasib baik mohon permit renovate dr pihak management, cepat boleh dapat.

tabletop kitchen cabinet pun perlu diganti. Saya sedang usahakan.
Insya Allah, bulan 10 dah boleh disewakan.
So, sesiapa yg berminat utk sewa satu unit apartment di Vista Angkasa bulan oktober 2009 ni boleh la hubungi kami.
So far, mmg dah ada beberapa panggilan yg diterima tp malangnya belum dpt tunjuk rumah lagi..
sbb renovation belum siap.
insya allah boleh tgk rumah lepas raya.

Di bawah ni saya copy paste iklan utk rumah ni.

Monthly rent: RM 1 500 (nego) Bedrooms: 4
Type: Apartments, For Rent Size: 1010 sq.ft.
Furnished: Not furnished

Facilities: -

Block 8, level 15. Just next to University LRT Station and bus station. Near MidValley, Federal highway, Petaling Jaya, Bangsar, Bangsar South and Kuala Lumpur city center.
New Paint interior and exterior, new tiles. Equipped with kitchen cabinet, fans for 3 bedrooms and living hall. Will be available on October 2009.

Genuine tenant please call me 0192648628. 2 months deposit + 500 for utilities.



View Larger Map
Share:

kenanga apartment, taman anggerik perdana for rent


apartment kenanga, taman anggerik perdana untuk disewa.

kawan saya, ayat nak sewakan rumah dia di pangsapuri kenanga atau apartment kenanga di taman anggerik perdana.
sedia untuk diduduki pada bulan oktober 2009.
3 bilik tidur, 2 bilik air. keluasan adalah lebih kurg 850 sqft.
rumah baru.. belum pernah diduduki. so, memang cantik la dalam dia..

rumah ni kosong.. tapi gril, lampu dan kipas mmg ada la..
rumah dipasang tiles sepenuhnya.
tapi kalau nak semi furnished, ayat kata takde masalah. tu boleh dibincangkan.

anggerik perdana ni kat jalan semenyih. Dkt dgn anggerik villa.. sebelum bandar teknologi kajang.
dekat dengan jalan masuk ek highway silk, lekas, kl-seremban, besraya.
20 minit ke putrajaya.. 35 minit ke pusat bandar kuala lumpur. 7 minit ke seksyen 5 bandar baru bangi, ikut jalan kelab golf.
nak ke bandar kajang pun dekat je.. cuma kena lalu traffic light la.. hehe..
nak ke semenyih pun dah dekat.. sbb kat tgh2 antara kajang dan semenyih.

betul2 dpn sekolah rendah. dkt simpang depan anggerik perdana tu ada klinik kesihatan kerajaan kajang. Dekat juga dgn sekolah teknik kajang.
pasar malam isnin dan sabtu tp yg sabtu tu kecil-kecilan je..
ada billion. nak ke giant kajang prima pun dekat. kalau terus lagi, ke tesco saujana impian.
terus lagi menghala ke sri kembangan lalu sg long, akan jumpa jusco.
so, nak shopping mmg takde masalah.
kalaau anda berminat, boleh call 0192648628

harga sewa rm500 (boleh runding)
deposit 2+ 1, deposit utiliti rm200






pondok guard depan pangsapuri teratai.
sebelah teratai adalah pangsapuri kenanga.
tp skang ni pondok guard ni dah pindah ke depan sikit lagi.
sbb kat depan tapak guard ni sekarang, developer tgh bina rumah teres 2 tingkat.


View Larger Map

NOTA: RUMAH NI DAH PUN DISEWA.
NOT AVAILABLE ANYMORE

Share:

Lets Save the turtle

Pledge Your Support!


It is not too late for me to sign up my support for the WWF-Malaysia "Egg = Life" Campaign for better protection of marine turtles NOW.
Enough to see the egg sold openly at pasar in Kelantan and Terengganu.
The turtle's generations suffer too much just because of human's act and 'besar perut'.

I hope my small support will bring an effect to WWF campaign to urge the government to pass law that ban the tutle egg sale and consumption.
To those who has the humanity and care for others, please sign up too at http://www.saveturtles.my/?page_id=10

Share:

alam puri dan magna ville - limited unit for sale?

tadi saya ke hospital selayang.
kawan satu pejabat lama yg juga geng cuti2 malaysia saya demam denggi.
teruk juga sbb masuk icu.

on the way ke sana, saya perasan ada dua projek yg dah hampir siap tp ada banner besar.
limited unit for sale
mula2 saya nampak alam puri.


condo ni freehold. dulu dijual pd harga bermula rm219K.
lokasi di jalan ipoh.
saya dulu ingat projek ni dah sold out. so, saya book casa idaman.
tp las2 saya cancel juga booking casa idaman tu.
dari maklumat di forum realestate.net.my, unit yg dijual ni bumi unit yg tak terjual.
so, developer release.. open to non-bumi.
harga pun dah hampir rm300k
hm.. nampaknya dulu saya mmg tak pandai lg research rumah betul2.
main assume je everything sold out.. tak check betul2.

developer adalah Zalam Corp Sdn Bhd.
baca ni utk berita masa mula2 alam puri dijual.
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/13/business/21207155&sec=business
dan juga

http://www.realestate.net.my/forum/viewtopic.php?t=20373&start=125&sid=d487b9a10cc0938bbb256ee658aae86a

http://www.realestate.net.my/forum/viewtopic.php?t=20373



projek kedua, magna ville di selayang.
magna ville ni dulu dijual pd harga bermula dr rm209k.
developer adalah magna prima.
marketing point mereka adalah kampus uitm utk medical faculty berhampiran.
saya pernah bertanya kepada salesperson ni, developer siap offer pakej sewa lagi.
pembeli serahkan unit mereka kpd developer utk mereka sewakan.
harga sewa dah fixed for 2 years.. rm1500
tp saya tak berminat dgn projek ni
sebab saya agak ragu2 student faculty tu ramai dan mampu utk sewa di sini.
harga sewa magna ville kena tinggi baru boleh cover bayaran bulanan dan untung cash flow.
kedua sbb masa mula2 projek ni launch, saya dengar developer ni ada problem sket dgn cimb.
hm.. reason pertama tu, kita tgk thn depan bila tenant mula masuk.
adakah assumption saya betul atau saya salah.

utk magna ville ni, yg menarik perhatian saya tadi, mereka siap offer free 3 car park.
3 car park? ini biar betul.. mmg betul2 jualan penghabisan stok ni..
atau mereka desperate?
(ops.. saya sangat pesimis dgn projek ni.. maafkan lah saya..)

utk lebih info, baca review mereka
http://realestate2buy.blogspot.com/2009/01/magna-ville-selayang.html

dan juga
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=719011&hl=magna+ville
Share:

bagaimana menyelesaikan pinjaman perumahan dlm masa 10 tahun?

blog adalah medium untuk penulisnya berkongsi cerita
tapi perkara yg lebih menarik kepada saya ialah apabila saya pula berpeluang mendengar tips dan cerita dari pembaca2 blog saya dan rakan2 blogger yg lain.
wah.. terima kasih banyak2 sudi berkongsi dan bertukar2 cerita.

kali ni saya nak share cerita puan H.
pelaburan hartanah pertama beliau adalah sebuah apartment kos rendah di Kota Damansara.
beliau beli pada harga 59K.
hebat betul beliau kerana berjaya melangsaikan bayaran pinjaman rumah tersebut dalam masa 10 tahun sahaja..
ye, 10 tahun sahaja..
sekarang ni beliau hanya kutip duit sewa saja2 je la..

lantas saya tanya, apakah teknik yg beliau gunakan.
ini jawapan beliau.

actually i dont have any specific move how to settle the loan early. what i do is :-
1) i pay more (20%) than the monthly installment .
2) every 2 years i will withdraw kwsp account 2 and tell the bank to reduce the loan balance. some people they withdraw the money from kwsp and instead of reduce the loan amount they just pay the monthly installment in advance. which i think is not a good practice.
hm.. nampaknya cara yg simple tp berkesan.
boleh la kita jadikan panduan..
(tapi saya sudah keluar habis kwsp saya.. macamana.. huhu..)
Share:

rumah vista kawan saya

rakan saya, shamsul, beli sebuah rumah di vista angkasa
semasa beliau belajar di universiti dulu, beliau tinggal di sini
itu sebab beliau juga berhasrat utk menjadi tuan rumah di vista angkasa ni.. apabila melihat kadar pulangan sewa dan betapa hangatnya lokasi ni kepada student dan golongan bujang yg bekerja.

shamsul ni sebenarnya duduk kat terengganu..
dungun..tp dulu kat K.T
saya kenal beliau melalui blog saya.
dia anta emel kepada saya bgtau nak beli rumah di vista
saya bantu beliau mencari unit vista untuk dijual
saya aturkan beliau dengan lawyer hazlin
siap anim, kawan saya yg kejer kat law firm tu, jemput dia kat stesen bas putra lagi masa mula2 dia dtg nak book unit dan sign snp..
hehe.. staff hasanan hamzah yg cemerlang!

so, hujung thn lepas, beliau beli satu unit di blok 8
blok 8 ni besar lagi dr blok 7 yg saya beli.
tp oleh kerana vendor rumah ni merupakan syarikat, bukan individu, proses yg diambil saaaangat panjang.
.. kerani sykt yg agak cerewet melengahkan banyak perkara.
tp alhamdulillah... minggu lepas akhirnya settle.
dah dpt kunci.
oleh kerana beliau jauh, beliau minta tolong saya amik kunci dr lawyer
dan tengok keadaan rumah.

isnin lepas saya pun jenguk rumah ni..
wooo.. dasat betul tenant lama tinggalkan rumah ni.
lantai berkulat dan hitam.. tandas rosak...
pintu tandas rosak..
sampah di setiap tempat.
saya rasa kalau shamsul tengok, mesti dia pening.




saya rasa, better lantai ni buka, ganti tile terus.
pintu tandas kena ganti baru. sbb dah rosak.. tak boleh tutup rapat.

pagi sabtu baru2 ni, saya tolong bersihkan rumah dia dgn adik saya.
mula2 tombol pintu dpn dia jam.. nak buka tak boleh
saya tak sangka pula jd macamni sbb isnin aritu saya masuk, belum jam lagi
so, saya tak de la bawak tukul besi
nasib baik shamsul call sepupu dia, sepupu dia datang
bawak tukul besi dan tolong buka pintu.
tp ambil masa setengah jam juga la utk buka... pukul 12 tgh hari baru boleh masuk.
saya dan adik bersihkan rumah sampai pukul 4 ptg

bulan puasa buat kerja macam ni..sungguh letih!
saya teringat dulu masa saya sekolah lagi
menoreh getah semasa bulan puasa saaaangat letih.
mak.. saya... adik saya yg lagi sorang..ada waktu dgn kakak saya
kalau waktu biasa, kami menoreh sampai pukul 12 tghari
tp bulan puasa, dpt menoreh sampai pukul 11 pun dah rasa azab...
kering tekak.. badan lemah..
then siap menoreh, kami bentang surat khabar buat alas, then tidur..
sedar2 mak dah bangun angkat susu
dah pukul 12 thari...
kadang2 tgh2 tido, cahaya matahari jatuh atas muka
kami ambil surat khabar lain tutup muka kami.. sambung tido.
hm.. masa tu kami betul2 struggle utk hidup..
saya cuma nak duit upah dr mak utk duit belanja dan beli buku2 utk belajar.

ok, balik kepada vista..
vista tgh cat semula
blok 7 saya dicat dengan warna biru muda.. lining biru tua.
alamak... saya tgk macam kuarters polis la...

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog