wardrobe baru saya

dah lama saya nak tulis pasal wardrobe ni tapi ada je entri lain yg rasa lebih urgent.

rabu lepas saya cuti satu hari
tunggu orang dtg pasang built-in wardrobe saya
actually saya dah lama baca kat forum pasal patric ni
dier glemer kat forum cari.com.my
ramai org order kithen cabinet dan wardrobe dgn dia
so, bila adik saya tanya, macamana dia nak duduk rumah saya kalau almari plastik yg ada tu tak muat dan dah nak runtuh..
mana dier nak letak baju
saya pun nekad nak pasang built-in wardrobe.
boleh letak banyak barang
adik saya pulak dah dpt elaun mara
dier nak pulangkan semula duit yg saya bg pinjam utk dia beli motor
lega la saya.. ada modal nak pasang wardrobe. just top up dengan duit saya je..

so, sabtu patric dan abang dia erny datang
ukur dan saya pilih material
rabu lepas uncle ah tek dan anaknya datang pasang.
dari pukul 11 sampai pukul 1.30 siap
lebar 5 kaki 6 inci
tinggi lebih kurang 9 kaki 8 inci.. sampai syiling
warna hitam dan putih.. body dlm dan pintu warna putih
panel tepi warna hitam
cantik dan cepat.. saya puas hati





hm.. satu perkara saya nak tambah.
anak uncle ah tek ni baru 16 tahun
tp dah tak sekolah..
bila saya tanya kenapa tak sekolah.. malas ke?
anak dia gelak je..
tp yang saya kagum, anak orang cina ni walaupun dah takmau sekolah, dia rajin ikut ayah dia bekerja... pasang wardrobe dan kabinet dapur
uncle ah tek kata, "sekarang belajar.. .nanti dah besar, pandai2 la dia nak hidup"
saya dapat jangka, lagi 5 tahun atau 10 tahun, anak uncle ah tek ni akan ada bisnes kitchen cabinet sendiri..
kalau anak melayu.. umur 16 tahun tak sekolah?
mesti merambu entah ke mana.. main motor.. rempit.. kalau kat jengka tu pakat hidu gam..
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog