subang andaman

dah lama tak update blog.
sejak minggu lepas saya kurang sihat.
rasa dan selsema dan batuk.. tp oleh kerana saya mengamalkan madu asli dari arab saudi, selsema dan batuk terkawal. tp belum hilang sepenuhnya.
badan saya juga sangat letih.
rabu lepas saya collect katil single beserta tilam yg saya menang bid di lelong.com.my dengan harga rm20 sahaja.
collect sorang2.. masa angkat ke kereta dr rumah penjual tu, dia tolong sama.
tp masa angkat dr kereta ke rumah saya, saya angkat sorang2.. huhu
sabtu pula, saya collect peti ais dan water heater panasonic yg masih baru yg saya beli dari expat korean dengan harga rm300 untuk peti ais dan rm200 untuk water heater.
tp yg ni abang ipar dan adik saya tolong angkat.
then ahad saya ke seminar.
so badan saya letih sangat, tak dpt nak update blog.


so, balik pada tajuk.
semalam saya ke show house subang andaman.
hampir setiap hari saya melalui show house dia ni, menyebabkan semalam saya rasa yg saya mesti singgah tengok.

di mana subang andaman?
ia terletak di sebelah apartment puri ayu. berhadapan dengan kilang gula CSR di batu tiga shah alam.


sebenarnya subang andaman dah mula dijual sejak awal tahun lepas.
saya penah melawat booth dia di mapex.
dan saya pernah tengok show house dia dibuka thn lepas.
tp selepas harga minyak naik dan bahan2 binaan naik harga, saya tgk tiada lagi promosi dijalankan.
saya ingatkan dah sold out.

tiba-tiba bulan lepas, saya perasan subang andaman kembali dipromosi.
rupanya masih belum dijual habis.
mungkin mereka tangguhkan projek ni.

saya tidak sempat nak bg review detail tentang projek ni.
anda boleh baca di laman web iproperty.com
http://www.iproperty.com.my/property/developmentreview.asp?pid=973&tab=1

cuma saya nk maklumkan, semalam semasa saya melawat show house ni, saya dapati baru 40 unit dijual.
masih banyak lagi unit yg available.
harga paling rendah yang available adalah rm200k untuk unit terkecil, type 2C 758 sqft
2 bilik tidur dan 1 bilik air sahaja.
untuk unit paling besar iaitu type 2D 1249 sqft, harga dalam lingkungan rm290K.
ia freehold.
semalam di show house tu ada zamarul hisyam dan diana rafar.. sedang melihat2 dan saya rasa mereka book satu unit.
sebab saya dengar zamarul hisyam nak membayar sejumlah wang dan mereka memilih unit.

semasa saya dtg, cuma ada 2 org salesperson.
sorang melayan zamarul hisyam, sorg lagi melayan sorg pperempuan melayu.
so, tak cukup orang untuk melayan saya.. so saya self service masuk ke rumah contoh dan tidak dpt bertanya soalan2 lain.
oleh kerana saya nak kejar masa ke kelas, saya tak tunggu la dua salesperson ni available.
0