cerita dari pembaca J

asyik saya je yg bercerita dlm blog ni
apa kata kita bg ruang kepada pembaca blog saya pulak berkongsi pengalaman mereka dlm bidang hartanah?
menarik juga kan.. dgr kejayaan dan cerita mereka pula.
mereka telah menghantar emel kepada saya.
dan dgn persetujuan mereka, saya akan letak di sini utk rujukan dan bacaan bersama..
utk pertamanya saya nak kongsi pengalaman pembaca bernama J.
dia telah membeli 3 bua hartanah.
hartanah pertama casa indah. wow!
hartanah kedua hillpark di bukit kerinci.
hartanah ketiga di bukit jalil, beliau menang lelong.

Salam Anie,
lama tak ber"email" altho saya selalu baca blog awak...tp got restriction in office network to comment.Just nak informed yang loan saya utk rumah lelong hari tu dah approved 90% frm RHB islamic.Package not bad.BLR-2.1% cap at 10.25%. Legal fees covered by bank. So kena sediakan duit utk legal fees for SAP je. rumah tu saya dah masuk, dah buang sumer sampah sarap and basuh....sakit pinggang...hehehe...tapi puas hati. Sekarang tinggal nak cat, repair wiring, pasang grill dan pasang kitchen table top.nak buat yang simple2 je.Pastu bleh advertise utk disewa.

Rumah kat hillpark tu pulak pending loan approval dari RHB jugak. Yang eon bank tu saya hold je sbb tiba2 je eon bank cakap dia cover legal fees 1.5% sedangkan legal fees is 2%.So yg tak cukup tu eon bank suruh saya topup.On top of that kena bayar lagi rm200 utk inspection.iskkk tak pernah dengar pulak ada inspection.Dia kata valuer fees eon bank cover but not inspection..hhmmm...dah approve macam2 cekadak pulak eon bank ni...ada kos2 tersembunyi yang sebenarnya budak sales tu boleh bgtau awal2...x puas hati betol..saya baru apply RHB dan menyebabkan masa terbuang macam tu je. Lesson learnt.Next time apply je byk2 bank, pastu baru pilih yg terbaik. baru ni saya apply cimb dan eon bank je.Dua2 pun approved.CIMB interest tak best.EON bank ada kos tersembunyi.

Pasal rumah casa indah tu pulak cadangnya nak jual...nak minta pendapat Anie, should i wait till dapat CF baru advertise or boleh je advertise sekarang?According to developer, completion by Oct09..saya agak maybe by end of 2009. So ada lebih kurang 4 bulan lagi.Kalau ikut nasihat azizi ali tak perlu tunggu completion dah boleh advertise.Apa pendapat Anie?
Hebat kan perkongsian beliau.
komen saya"

wsalam..
dua2 pakai RHB islamic.
tinggi gak caps rate dier ye.. 10.25%
tp rhb islamic ni mmg senang sket nak lulus.
cuma bdasarkan pengalaman saya, diorg ni lambat sket nak disburse duit.
so, J kena follow up baik2 dgn bank la.. jgn bg diorg lewat.

cimb rate tak bes?
hm.. mmg rate cimb tak serendah eonbank.
rate dia tinggi sket.
mebi sbb eonbank ni tak glemer mcm cimb.
tu yg eonbank buat promosi kaw2.. rendahkan BLR.
tp dlm memilih bank, kita tak boleh pandang dr segi rate je..

tgk juga lock -in period, daily rest atau monthly rest, flexi atau fixed term, islamic atau conventional..
aim nak abiskan bayar cepat, better amik flexi. daily rest
kalau nak ikut sistem islam, amik islamic loan..
tp islamic ni ada isu gak. nak refinance pengiraan dia leceh sket.
tak sesenang dan seuntung conventional..
hm.. ada pro dan kontra kan..

psl casa indah tu, pada pendapat saya ok gak kalau advertise utk dijual sekarang.
nak dptkan pembeli akan amik masa gak kan..
terpulang la.. kalau nak duit cepat
duit tu boleh guna invest kat rumah lain pula.
tp kalau tunggu dpt CF, saya rasa harga akan up lagi sket la..
sbb kalau jual sekarang, pembeli still kena tunggu siap dulu.
eh, tp ada isu ke tak utk transfer rumah tu dr developer ke pembeli baru eh?
bab ni saya pun tak sure.. sbb tak pernah lagi buat.. hehe

0