beli buku di bookplanet

umum ketahui saya peminat azizi ali, renesial leong dan milan doshi.
mereka adalah idola saya dlm bidang hartanah
buku2 mereka saya beli dan baca.. dan ulang baca

biasanya saya beli buku2 mereka dari kedai buku mph, popular, semasa jualan gudang buku atau secara terus semasa menghadiri seminar mereka.
saya sangat maklum yang azizi ali telah membuka laman web e-commerce beliau sendiri
www.bookplanet.com.my
menjual buku2 yang diterbitkan oleh syarikatnya, true wealth
sebelum ni saya cuma window shopping, belum pernah order online lagi

tapi baru2 ni semasa bookplanet mengadakan jualan sempena merdeka, saya dapati diskaun yg diberikan sangat hebat. 20% - 50%
kebetulan saya ada beberapa buku yang saya memang nak beli..
(walaupun buku milan doshi yg saya baru beli hujung bulan lepas pun belum habis baca lagi..hehe)
bukan apa, dah alang2 sale kan.. baik beli siap2
buku bukan rosak kalau kita baca lambat.

jadi, 6hb lepas saya pun order 4 buah buku
- rahsia raja lelong oleh eruwan gerry norsen
- ganda wang anda oleh azizi ali
- bagaimana memperolehi rm30k dlm masa 30 hari melalui hartanah lelong oleh ahmad tarmizi jusoh
- ibu kool bapa hebat oleh jamilah samian

haha.. mungkin kawan2 saya hairan kenapa saya beli buku ke4 tu..
itu utk saya hadiahkan kepada seseorang.. saya lambat lagi perlukan ilmu tu..hehe

rahsia raja lelong tu dah lama saya nak beli. nak venture ilmu perniagaan baru..
juga sebab saya kagum dengan penulisnya.
eruwan gerry ni kawan satu universiti dgn saya.
dan pernah sama2 kerja di perodua.. sebelum saya quit.
dengarnya dia pun dah quit dan kerja dgn petronas sekarang.
bangga bila kawan sendiri berjaya dan sampai ke tahap ini.

beli buku2 ni semasa sale, jadi semua sekali saya dapat diskaun sebanyak rm40.88
bagusnya..!!
penjimatan tertinggi setakat ni yg saya dapat
lebih tinggi dr yg saya dpt masa saya beli buku di jualan gudang dulu

masa nak bayar buku2 ni, ada masalah nak guna credit card
nak bayar guna fpx pun tak boleh sebab masa order tu dah lebih pukul 11 malam
so, terpaksa bank in manual.. terpaksa hubungi staff true wealth dulu
nak jimat punya pasal, saya ambil delivery secara pos berdaftar biasa je.. tak ambil secara pos laju.
cuma rm5.50 je.. jimat 2 ringgit lebih. hehehe

saya bank in duit hari rabu.
khamis buku saya tu dah dipos.
dan tara...! ptg tadi buku-buku tu dah sampai.
siap dapat 10% discount coupon lagi untuk pembelian seterusnya sebelum 26 ogos 2009
alhamdulillah..

so, lepas ni nak order kat bookplanet lagi la bila diorg buat sale lagi.
:)
0