alfatihah utk ustaz asri

(rehat sebentar dr tajuk hartanah...)

saya mengenali beliau melalui suaranya sebelum saya kenal siapa namanya atau melihat rupanya
yg saya tahu, setiap lagu baru dendangan beliau akan menjadi siulan saya
kemudian bila dah masuk darjah 5 baru saya tahu, nama kumpulan tu adalah nada murni
bila masuk tingkatan 1, bila saya beli album munajat, baru saya tahu nama penyanyi yg suaranya sungguh lunak tu adalah asri

lagu munajat segar dlm ingatan saya sehingga kini

masa tu satu kaset cuma rm5.00


tp bila nada murni berpecah menjadi rabbani, saya tetap setia meminati suara ini.
masa tu harga kaset dah jadi rm15.00
dan harga cd pun pun dah rm29.90
lirik dan video klip lagu anak soleh sungguh meruntun jiwa..
tak kurang lagu 'adab dan sopan' yg sangat saya suka melodinya
dan alhamdulillah saya berpeluang tangkap gambar dengannya di greetown mall masa saya study dulu

tapi semalam ustaz asri telah meninggalkan kita semua
rebah di pentas nasyid
sesuatu yg dia perjuangkan setelah sekian lama
pemergian dia secara tiba2 mmg amat mengejutkan kita

kita baru sahaja kehilangan arwah yasmin ahmad, pengarah yg sungguh unik dan hebat
kini kehilangan pula suara lunak yg mengisafkan jiwa kita
jasa baktinya kepada saya dan seluruh pendengar lagu2nya amat besar

alfatihah buat ustaz asri



0