iProperty seminar dan projek mengecat

sabtu lepas saya ke iProperty Luxury Collection 2009.
seronoknya dapat dengar talk live dr milan doshi
seronok sangat dapat berkomunikasi dengan Peter Yee
tp kecewa dengan yap ming hui
saya tak mau tulis kenapa..
tp siapa yg ada di situ tahu kenapa..
saya pasti semua orang kecewa.

paling kecewa tak dpat tunggu giliran renesial leong
terpaksa balik awal sebab mak, kakak dan familinya datang rumah
tidur rumah saya malam sabtu tu
so, bila sabtu tengahari mereka nak balik, tak sedap pula rasa kalau saya tiada di rumah masa tu
so, kena balik awal..
balik masa victor lim tengah menyampaikan presentation beliau
tp demi mak, tak apa..
ada rezeki, ada berkat doa mak, nanti saya dapat jumpa renesial leong di masa lain pula

ahad, saya plan nak ke iProperty seminar ni lagi
tp tak jadi
sbb rumah kakjue di blok 21 taman bukit angkasa belum habis cat lagi
tenant nak masuk 1 ogos ni tp cat belum settle
khamis minggu lepas saya belanja cat 7 liter utk kak jue..
saja sebagai hadiah seorang kawan
dan hadiah dr sorg tuan rumah kepada tuan rumah yg lain
cat tu untuk bilik tidur ke3 dia yang belum di cat sebab cat yang dia beli sebelum ni dah habis.

jadi, saya tukar plan.
rasanya lebih afdhal saya tolong kawan
dari pegi seminar yg lebih bersifat utk dr saya sendiri
kami start mengecat hampir pukul 12 tghari
pukul 3.30 ptg saya siap cat bilik ketiga dan dinding luar rumah dia.
dinding yg kat koridor.
bagi orang nampak cantik dan baru dari luar
kak jue tolong cat kat kawasan2 yg tersorok guna berus kecik
saya pulak menggelek dinding.

kerja yang letih tapi seronok

kepada kawan2 yg baru2 belajar jadi tuan rumah, saya amat galakkan anda buat sendiri kerja2 ni
kata orang, D.I.Y
basuh rumah, tukar apa yg patut, cat sendiri..
unless la kalau paip rosak yg complicated tu kan.. mmg kena panggil plumber la
ataupun anda businessman yg memang dah kaya dan sibuk 24 jam
ataupun anda bukan berada di malaysia
tp kalau anda bukan orang2 yg macamtu
dan kerja tu bukan memerlukan kepakaran yg sangat tinggi, mmg saya galakkan buat sendiri.

sebab? pertama kita belum jadi jutawan hartanah pun kan..
so, kena la kurgkan kos dan maksimakan untung
kan lebih jimat buat sendiri dr upah orang

kedua sebab kepuasan yang kita dapat
tak dapat digambarkan betapa puasnya hati tgk rumah yg sebelum tu kotor dan catnya usang
dah berubah wajah macam baru
hasil peluh kita sendiri.
kepusan ni berganda2 dr just beli rumah tu, panggil orang basuh, upah orang cat dan tgk hasil dah siap je..
tak caya cuba..

lgpun kalau kami, perempuan2 yg cute ni boleh buat sendiri, apatah lagi anda tuan rumah lelaki yang hensem dan gagah kan..
takkan nak mengaku kalah..
:P

by the way, rumah kak jue di blok 21 taman bukit angkasa ni dah ada penyewanya
4 orang pelajar perempuan yang akan buat master dan PhD di UM
1 ogos ni masuk rumah
harga sewa : rm800
alhamdulillah..
0