jutawan ekstreme



ingat tak saya pernah bagitahu
dalam banyak2 buku azizi ali, buku jutawan ekstrem paling saya suka.
ada dua sebab.

sebab pertama, saya tak beli buku tu.
hadiah harijadi.
thn 2006.

sebab kedua adalah sebab isi kandungannya mengubah sebahagian besar hidup saya.

buku ini merupakan versi bahasa melayu kepada buku mXe!
(eh, kebetulan pula..
buku mXe pun saya dpt secara hadiah percuma semasa menghadiri seminar en azizi. nampaknya saya memiliki kedua2 versi buku tanpa mengeluarkan wang sendiri.
bagusnya..)

hm.. buku jutawan ekstrem berbeza dari buku2 lain.
azizi mengajar kita tentg persepsi yang benar tentang wang,
mengajar kita mengejar impian
dan hidup secara ekstrem.. ekstrem mengejar impian
dan wang akan mengikut kita.

dia memperkenalkan 5 kunci asas kepada kehidupan yang berjaya dan juga untuk menjadi jutawan ekstreme.

kunci ketiga yg amat terkesan.
iaitu ikut impian anda.
biasanya kita bangun pagi untuk pergi ke kerja dengan mood yg cukup malas.
apatah lagi pd hari isnin.
kalau tak payah pergi kerja, memang bahagia sungguh lah!
sebenarnya itu tandanya kita tidak seronok dengan apa yg kita lakukan.
namun kita lakukan juga kerana mengejar wang..
wang yg hanya cukup utk menampung hidup kita
atau mungkin yg tak berapa nak cukup, jadi, bila tgh2 bulan je poket dah mula kering.
akhirnya selama 20 ke 30 tahun kita hidup terseksa begitu
tp tak juga kaya.

so, dalam buku ni, azizi telah berjaya membakar semangat dan azam saya untuk mengejar impian saya.

setiap org punya impian dan cita2.
so, mengapa mesti tinggalkan begitu saja?
usah risau tentang wang
kerana apabila kita melakukan sesuatu yg kita amat suka atau minat,
kita secara automatik akan melakukan yg terbaik.
dengan cara itu, duit akan tanpa disedari mengikut kita..
tapi dlm amaun yg jauh lebih banyak dr yang kita terima jika bekerja dlm keadaan terpaksa tu.

saya teringat chef wan.
degree pertamanya dlm bidang accounting
sebab itu apa yg ibu bapanya mahukan.
tapi kemudiannya, dia mengejar impiannya pula dlm bidang masakan.
dan alhamdulillah sekarang dia merupakan chef yg terkemuka di peringkat antarabangsa.

begitu juga halnya dengan eric leong.

jelas, mereka jauh lebih berjaya dalam bidang yg menjadi impian mereka.

dulu, saya fikir, saya mmg akan menghabiskan usia saya di dalam bidang teknologi maklumat.
saya sebenarnya suka juga bidang ni
terutama apabila saya terlibat dlm system development.
tp saya punya impian yg lain
impian sejak zaman sekolah lagi.
saya ingin menjadi peguam.
saya akan sangat terkilan apabila melihat atau berurusan dengan peguam.
saya fikir, kerjaya sebagai peguam merupakan kos lepas dlm hidup saya
sesuatu yg tak akan saya capai.
lagi pulak, kalau saya nk sambung study, buat apa saya buat degree lain kan?
baik sambung master dlm bidang IT je..
kelayakan akademik meningkat
belajar pun setahun hingga 2 tahun je
ya.. itulah pemikiran tipikal saya dulu.

tp tamat je membaca buku ni, persepsi saya berubah.
rupanya saya masih ada peluang mencapai impian saya itu
saya masih ada peluang utk tidak rasa terpaksa ke tempat kerja setiap pagi
dan saya tak perlu risau tentang risiko kewangan
sebab wang akan dtg sendiri nanti jika saya lakukan yg terbaik dlm impian saya itu

disebabkan buku ini,
sebaik saya tahu uitm membuka pengambilan ijazah sarjana muda pengajian undang2 secara pengajian luar kampus
saya terus memohon
tanpa ragu
saya masih ada peluang mencapai impian saya
dan saya akan berusaha mencapainya

(kalau masa buat degree IT dulu, saya selalu ponteng kelas.. especially kalau tghari
tp sekarang, hujan pun saya harung utk ke kelas!)

sekarang, disebabkan inspirasi yg diberikan oleh buku ini juga
apabila saya sedar saya amat meminati hartanah
saya membuka blog ini
utk mencatat dan berkongsi cerita
kerana jika apa yg kita lakukan itu adalah impian kita
cita2 kita
passion kita
kita akan terus lakukannya
dan amat gembira melakukannya
walaupun tiada pulangan wang atau material yang kita perolehi secara langsung.

hari ni, 4 jun 2009
hari jadi saya
bermakna dah 3 tahun saya memiliki buku ini
semoga kandungannya terus memberi manfaat kepada saya.
0